Wednesday, May 31, 2017

Enam Tahun Bersama UNIFI


Belek-belek blog lama, ternampak satu review UNIFI yang saya tulis dahulu. Sebenarnya saya sudah hampir enam tahun lebih bersama UNIFI. Ketika mula-mula saya memasang UNIFI pada awal tahun 2011, kelajuan ketika itu 5Mbps. Selepas itu saya telah melalui beberapa fasa upgrade ke 10Mbps dan kemudian ke 20 Mbps. Entri tersebut ada di sini

Kini, saya menggunakan UNIFI 50Mbps, free upgrade yang diberikan pada tahun 2017. Setakat ini, UNIFI yang kami gunakan di rumah sangat memuaskan hati. Saya sekeluarga memang always connected. Anak-anak dengan Youtube mereka. Selamat 6 tahun menggunakan UNIFI, downtime mereka boleh dikira dengan jari. Cuma masalahnya, sesekali downtime, luka di hati sangat mendalam kerana apabila kita dah always connected, banyak benda kita bergantung pada kelajuan UNIFI ini. 

Apa yang saya boleh katakan ya, setelah enam tahun menggunakan UNIFI, kelajuan dan kestabilan meningkat, cuma sejak upgrade 50Mbps ni kadangkala device saya agak sukar untuk connect pada wifi router. 

Kita imbau kembali REVIEW pertama UNIFI saya pada tahun 2011, kira-kira enam tahun lepas. Seperti biasa, tiada sebarang editing dilakukan pada entri dibawah. Masih mengekalkan penulisan asal.


Sebenarnya topik di atas bukanlah sesuatu yang sensasi terutama dikalangan rakan sekerja saya kerana seperti biasa saya sememangnya ketinggalan keretapi. Di saat rakan-rakan semua sudah pun menggunakan Unifi dan download HD movies, Unifi saya baru sahaja di activate kan. Tujuan saya menulis entry ini ialah kerana permintaan isteri saya yang inginkan saya review Unifi kerana ramai rakan-rakannya yang meminta dia review Unifi.
Saya mulakan dengan proses urusan memohon talian Unifi. Saya membuat permohonan di TM Shah Alam, tidak menggunakan sebarang ejen ataupun tidak ke mana-mana TM Point, sebaliknya saya terus TM Shah Alam. Kenapa saya berbuat demikian? Kerana teringat pengalaman memohon talian Streamyx pada tahun 2007 di salah sebuah kedai TM Point dimana akhirnya permohonan Streamyx kami dilontar seperti bola ke sana dan ke sini.
Di TM Shah Alam seksyen 11, selain dari mengisi borang permohonan Unifi, saya juga mengisi borang permohonan memotong talian Streamyx dan talian telefon. Borang permohonan pemotongan saya serahkan kepada seorang pegawai bertugas di bahagian pemotongan sementera borang Unifi saya serahkan di kaunter Unifi TM Shah Alam. Ini kisah hari Selasa. Kakitangan TM mengatakan bahawa beliau tidak mahu menjanjikan apa-apa kerana permohonan Unifi terlalu banyak. Saya anggarkan dalam masa sebulan barulah mereka akan memasang Unifi saya, paling cepat pun dua minggu dan saya juga menjangkakan pemotongan Streamyx akan dibuat secepat mungkin, tapi tak apa sebab saya masih ada Maxis Wireless Broad Band.
Kenapa tiba-tiba ramai orang mohon Unifi? Sebab sekarang ada promosi percuma yuran pemasangan (RM 200)
Itu kisah hari Selasa dan apabila saya pulang ke rumah, Streamyx masih boleh berfungsi jadi saya menggunakan Streamyx saya seperti biasa malah terasa semakin laju pula, cuma kalau tengok Youtube masih perlu tekan pause sehinggalah data telah hampir separuh streaming baru tekan play kembali.
Hari Jumaat panggilan telefon diterima mengatakan bahawa TM akan datang memasang Unifi pada Jumaat hadapan. Bermulalah episod kelam kabut mengemas bilik belakang untuk dijadikan tempat ber Unifi.
Isnin, saya menelefon kedai perabot meminta menghantar meja study yang dibeli paling lewat hari Khamis kerana tidak mahu menganggu proses pemasangan Unifi.
Hari Selasa saya melihat di handphone saya ada 4 miss call dari nombor TM. Saya cuba call balik nombor tersebut namun nombor tersebut tiada dalam perkhidmatan, hanya TM sahaja yang mampu melakukan perkara macam tu. Browse internet masih menggunakan Streamyx.
Hari Rabu, kedai perabot telefon, ‘Kita mahu hantar itu meja sama itu bla bla bla ini petang, ada LUMAH ka?’
Nak jadi cerita selepas meja study dan bla bla bla di hantar dan dipasang, panggilan telefon dari nombor TM lagi sekali. ‘Saya dari TM, nak tanya ada apply Unifi kan? Pemasangan hari Jumaat kan? Kalau kitorang nak cepatkan hari Khamis boleh tak? Kalau tak boleh tak apa, kita boleh ikut schedule asal’. Jawapannya, okey sahaja. Sebenarnya hari Rabu ni kami dah mula gunakan Maxis Wireless Broadband sebab Streamyx dan talian telefon sudah dipotong.
Khamis 2.30 petang. Dua pasukan yang turun, satu pasukan ada dua orang. Satu pasukan kontraktor luaran, dia yang akan pasang wayar fibre dari kotak hijau ke rumah. Satu lagi technician dalam, dia akan setup connection Unifi.
Pasukan Unifi ni datang sharp jam 2.30, sebenarnya saya dah kesan diorang berada di belakang rumah saya dari jam 2.15 lagi tapi agaknya SOP diorang ni akan muncul bagi salam tepat jam 2.30.
Proses pemasangan wayar luar ke dalam rumah dalam 30 minit. Kemudian juruteknik dalam rumah akan mengemaskan lagi wayar tersebut secantik yang boleh dan seselamat yang boleh sambil setup unifi (masukkan username,password etc).
Kenapa wayar dalam rumah perlu selamat? Sebab takut ada anak kecik dan dia patahkan wayar tersebut menyebabkan fibre optic dalam tu akan turut terpatah, habislah connection Unifi. Terpaksalah panggil orang tu balik ganti, mahal wooo RM 200 sekali panggil. Percuma 15 meter wayar fibre optic.
Semua habis jam 3.30 petang dan bermulalah sesi tutorial yang sepatutnya memakan masa hampir sejam tetapi menjadi 20 minit sahaja kerana saya yang banyak mengajar diorang tentang Unifi. Benda baru dalam hidup saya pun hanya lah IPTV dan VoIP.
Jadi apa yang kita dapat? Selain internet connection menggunakan High Speed Broadband, kita juga dapat set telefon wireless percuma dimana talian telefon kita (nombor telefon pun dapat nombor baru) akan menggunakan line Unifi. Panggilan percuma ke semua nombor Fixed Line TM tanpa had masa. Tapi awas, ada nombor Fixed Line yang kita sangka menggunakan line TM tapi sebenarnya Maxis. Tak pasal-pasal kena bayar. Kalau kena bayar tak silap 13 sen seminit termasuk panggilan ke mobile phone.
Satu benda lagi yang kita dapat ialah satu alat untuk kita sambungkan ke TV kita, tak kisah samada TV biasa atau TV LCD dimana kita boleh tengok TV menggunakan Unifi, dipanggil IPTV. Kalau hujan lebat, ASTRO tak dapat siaran, boleh lah layan TV menggunakan Unifi. Siaran yang diberi tak lah sehebat ASTRO, tapi semua TV Free di Malaysia ni boleh ditonton. Ada juga channel interaktif dan juga boleh BELI  movie dan siaran-siaran lain. Pengguna boleh juga melanggan channel berbayar, tambah je la duit dalam bayaran bulanan. Tapi ASTRO lagi syok.
Tahap kepuasan menggunakan Unifi? Tengok Youtube tak perlu kita tekan pause dulu nak tunggu data tu download, terus je tekan play dan layan macam TV. No more waiting. Buka blog terus muncul selepas mata berkelip (kalau sebelum mata berkelip tu kat Jepun boleh lah, tapi kadang-kadang sebelum mata berkelip juga). Saya ada buka satu website yang agak berat, dia diam kejap selama not more than five seconds and tiba-tiba sekelip mata semuanya terbentang di browser, kalau guna streamyx dia akan keluar sedikit demi sedikit.
Payment :- Rm 149, saya ambil ViP 5. Bulan pertama kena bayar RM 149 + RM 149 bayaran cagaran. Pemasangan RM 200 (dipecahkan kepada 4 bulan iaitu Rm 50 sebulan sehingga habis rm 200)) adalah percuma untuk mereka yang mendaftar dari 15 Jan 2011 hingga 15 Februari 2011. Sesiapa yang mendaftar selepas 15 Februari 2011 akan bayar RM 149 + RM 149 + RM 50 untuk first bill.
Sesiapa yang mendaftar secara online di Unifi.my pada 15 Jan 2011 – 15 Feb 2011 akan hanya membayar RM 149 + rm 50 kerana first month fee being waived. Kalau daftar secara online boleh pilih phone number lagi.
Maklumat promosi dan benda-benda Free ni please update di website TM dan Unifi sebab ianya boleh berubah samada menjadi lebih baik atau menjadi lebih tak baik.
Okey itu sahaja untuk isteri saya copy paste untuk direview. Thank You semua kerana terpaksa membaca sesuatu yang anda telah ada dan gunakan.
Untuk makluman semua dalam BBC Knowledge Vol2 Issue 2 menyebut bahawa rumah kediaman yang mempunyai internet paling laju ialah di Karlstad. Sweden, kepunyaan Sigbritt Lothberg. Kelajuannya ialah 40GBps, Unifi pula paling rendah 5MBps dan paling laju 20 MBps. Anak Sigbritt ialah Peter Lothberg, seorang pakar internet dan IT.  Peter memberikan ibunya yang berusia 75 tahun kelajuan internet 40GBps agar ibunya boleh download HD Movie dalam masa 2 SAAT  sahaja. Sigbritt boleh melihat 1,500 HD Channel serentak. Cisco yang merupakan majikan Peter membiayai kos pemasangan internet ini. Peter menggunakan satu teknik dimana 2 router yang berjarak 2000 KM antara satu sama lain berhubung tanpa menggunakan apa-apa intermediary transponder. Secara ringkasnya, tiada data loss berlaku. Ini kisah tahun 2007.

2 comments:

  1. Salam, nk ty mcm mana dapat free upgrade ke 50mbps.?

    ReplyDelete
  2. Itu kena tunggu Offer dari pihak TM sendiri. Saya dapat free upgrade selepas pengumuman PM di pembentangan Budget 2017. Kena tunggu email atau SMS dari TM. Dalam kes saya, saya, saya masuk ke website www.tm.com.my/thankyousurprise . Anyone who has subscribed to its services – TM Homeline, and Streamyx and UniFi for residential customers – before February 2017 will be eligible for the free upgrade which it calls the “Thank You Surprise”.

    Those on Unifi Advance Plan 30Mbps (megabits per second) will be upgraded to 50Mbps, for instance.
    Read more at http://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2017/01/24/tm-speed/#wu6LEjo9wiAaysIU.99

    ReplyDelete