Friday, March 03, 2017

Muar Rivercruise


Seperti kebiasaan, pada awal bulan saya akan post satu entri. Sebenarnya saya cuba nak post entri setiap minggu namun masa kadangkala tidak mengizinkan, hampir setiap hari ada sahaja perkara yang perlu saya selesaikan. Malam ini saya tidur agak lambat, update entri ini pada jam 12 tengah malam. 

Kisah entri ini berkisar mengenai saya habiskan cuti bersama keluarga di Muar, Johor. Memang dah jadi kewajipan kalau kami lama sikit di Muar, kami akan ke Tanjung Emas iaitu muara Sungai Muar. Sungai Muar ini memang besar, namun saya pernah melihat sungai yang lebih besar lagi daripada ini di Malaysia. 

Kali ini pilihan kami di Tanjung Emas adalah menaiki Muar Rivercruise. Dulu kami pernah juga naik bot ini tetapi ketika itu anak kedua saya masih belum lahir. Harga tiket not bad, untuk dewasa dua belas ringgit sahaja, untuk kanak-kanak half price. 


 Perjalanan sekitar 20-30 minit, kita dibawa menyusuri Sungai Muar sehinggalah hampir ke jambatan kedua Muar. Di saat ekonomi menekan ini, percutian seperti ini sangat sesuai.


Gambar di atas merupakan perjalanan pulang, saya sebenarnya sedikit takut sebab lihat sahaja air sungai tersebut yang sangat tinggi, kebetulan ketika ini air sedang pasang. Tapi memandangkan ramai juga penumpang di atas bot dan keadaan bot yang kukuh disamping life jacket tersarung di badan, kegusaran tersebut hilang. Yang seronoknya apabila bot menuju ke bawah jambatan. Maklumlah selalu lalu di atas sahaja.



Lihat sahaja air yang tinggi. Ketika ini bot semakin hampir dengan jambatan. Rasa tak sabar nak lalu bawah jambatan. Berdebar di hati tiada siapa yang tahu.


Ini lah keadaan ketika melalui bawah jambatan. Tiada apa yang menarik cuma rasa seronok dapat melihat bawah jambatan pertama Muar. 

Bagi mereka yang inginkan percutian budget, boleh la cuba naik rivercruise Muar ini dan bermain-main di Tanjung Emas, iaitu muar Sungai Muar. Ketika kami berada di sini, angin kuat. Makanan di Muar juga not bad, balik dari naik bot, kami singgah makan sate di stesen teksi Muar. 

Seperti biasa, abaikan typo kerana entri ini ditulis pada tengah malam dan dalam keadaan mamai.

No comments:

Post a Comment