Kaki kanan saya memang sudah lama sakit. Sakit apabila berjalan kaki dan juga sakit selepas membawa kenderaan. Kerap kali apabila sampai di pejabat, saya akan turun dari kereta dan menuju untuk thumbprint dahulu, kemudian baru cari parking. Ini sudah menjadi habit saya sejak 2003, sejak mesin punch card terletak di berhampiran parking. Sebelum ini, mesin punch card terletak di tingkat 4.
Pernah juga saya cuba ubah habit ini dengan mencari parking terlebih dahulu barulah ketuk punch card, malangnya saya akan terlupa terus untuk ketuk punch card. Setiap pagi apabila sampai di pejabat, saya akan keluar dari kereta saya dalam keadaan kaki berdengkut dengkut, kadangkala terpaksa berjalan sebelah kaki. Sakit di kiri dan kanan heel sebelah kanan saya. Ada juga rakan sekerja yang ingat saya gout. Keadaan ini sudah berlarutan selepas sekian lama, seingat saya sejak dari tahun 2006. Namun ianya reda setahun dua terutama ketika saya menggunakan kasut Hush Puppies (atau Camel Active?) arch support. Kini, sakit tersebut kembali lagi terutama sejak saya menggunakan kedua-dua kasut Jeep yang saya amati insolenya tidak tebal. Saya ada beli insole tambahan namun tidak berkesan. Nak beli kembali kasut Arch Support yang pernah saya beli sebelum ini, saya lihat harganya dah hampir cecah RM400. Kopak abang. Kedua-dua kasut Jeep saya beli dengan harga diskaun, tak sampai RM 200 untuk setiap pasang di satu karnival SALES di Jusco. Saya juga ada melakukan kerja-kerja khidmat negara yang memerlukan saya berdiri selama sekurang-kurangnya 3-4 jam, namun ketika bertugas khidmat negara tersebut saya memakai but khas yang memang tebal sehinggakan bawa kereta pun macam tak terasa pijak pedal minyak dan brek. Takkan nak pakai but tersebut untuk kerja di pejabat? Lagipun but tersebut susah nak buka dan pakai berulang kali (Teringat Masa Ligamen Ankle Koyak, menangis nak pakai but ni sebab nak kena tekan kaki bagi masuk, terpaksa cuti dari bertugas menjaga keamanan)
Kenapa kaki sebelah kanan sahaja yang sakit? Why not left? Sebenarnya kaki kanan saya terutama di bahagian ankle telah menerima pelbagai bentuk musibah, bermula dari kemalangan motosikal ketika berumur 17 tahun sehinggalah koyak ligamen beberapa tahun lepas. Pernah juga koyak ligamen pada tahun 2002 di padang bolasepak SIRIM ketika beraksi melawan team SIRIM. Meletup ankle seolah-olah patah, cemas juga sehingga terpaksa ke DEMC untuk terima rawatan. Ligamen yang sama juga koyak ketika jatuh tangga pada 2014, meletup juga bunyinya. Check di KPJ Selangor, ligamen koyak. Pernah jatuh dari pagar setinggi rumah teres setingkat pada tahun 1999 sehingga bengkak tumit kaki kanan, masa ni tiada kesedaran nak terima rawatan, terbaring je lah di rumah bujang. Nasib baik kena pada Jumaat malam, Sabtu dan Ahad rehat sahaja di rumah. Masa eksiden motosikal ketika umur 17 tahun, impak pertama di kaki kiri tetapi impak jatuh memang di kaki kanan. Nasib baik kecederaan ketika bermain badminton pada tahun 2013, otot koyak di betis kanan, bukan ankle kanan. Tapi Kanan la jugak.
Kisah otot koyak ni pun haru juga, masa tu nak ambil shuttle drop depan net. Kaki sebelah kiri di depan dan kanan lurus kebelakang, tiba-tiba rasa macam partner bergu saya di belakang libas betis kanan saya dengan reket sekuat hati. Saya senyum je masa kena, ingatkan dia bergurau. Lepas dapat ambil dan matikan shuttle, saya toleh pada dia dan sambil gelak saya tanya dia, 'KENAPA KAU KETUK KAKI AKU? KAU INGAT AKU TAK BOLEH AMBIK KE?'. Partner saya terpinga-pinga. Dia tanya saya balik, 'KAU CAKAP APA NI?' . Masa tu saya pula pelik sebab jarak partner saya dengan saya agak jauh, memang tak mungkin dia kehadapan dalam sekelip mata semata-mata nak libas kaki saya. Terus saya angkat tangan dan duduk tepi. Masa nak jalan keluar betis kanan saya cramp. Macam-macam cara saya buat untuk kendurkan cramp tu tapi dia tetap cramp. Selepas berehat sebentar dan keluar minum, saya balik ke rumah dalam keadaan hairan sebab kaki masih rasa cramp. Sampai di rumah, mandi dan baring atas katil nak tidur, makin kuat rasa cramp. Dan malam itu, menahan sakit cramp saya sampai la saya tertidur. Bayangkan ketika tidur kita terjaga sebab kaki cramp, itulah yang saya rasa sepanjang malam. Ingatkan bila bangun tidur rasa cramp tu hilang, rupanya sama sahaja. Terus sahaja saya ke klinik dan klinik bagi surat refer ke KPJ. Di KPJ, baru tau otot koyak. Dapat ubat tahan sakit dan kena RICE.
Tu semua kisah kaki kanan. Belum kisah jari kiri. So, apabila semakin kerap sakit di heels saya ini, saya mula mencari solusi demi solusi menerusi internet (which is not a good way, supposed to see the doctor). Bukan tak mahu jumpa doktor, tapi saya tahu saya akan di refer ke pakar dan rekod pakar dah menunjukkan ankle kanan ni dah melalui pelbagai tragedi, so why not try a good arch support shoes that is not as expensive as my previous one. Lagipun sejak dua menjak ni, masa tidur pun kiri dan kanan heel saya akan sakit terutama apabila waktu sejuk dan siangnya banyak berjalan. Another thing is, the problem with pain right after coming out from the car semakin kerap, almost a daily occassion. Yang anehnya, selepas kira-kira 100-200 steps, hilang dah sakit tu.
Nak jadi cerita, baru-baru ini saya tersinggah di Medi Feet di kampung saya sebab wife ajak pergi untuk tinjau kasut dan selipar kerana Mak saya juga perlukan selipar atau kasut yang bagus. Sampai sahaja di Medi Feet saya diperkenalkan dengan kasut yang sesuai dengan masalah saya dan terus jatuh cinta pada kasut tersebut, duit pulak tak mencintai saya. Terpaksa la tunggu balik ke bandar, korek tabung sana sini dan akhirnya kelmarin berjaya beli kasut yang saya jatuh cinta itu.
Inilah kasut yang saya jatuh cinta itu, sangat selesa untuk masalah saya dan tadi saya dah gunakan selama 5000 langkah, heels tak sakit sangat. Mudah-mudahan heels saya boleh sembuh dengan menggunakan kasut ini. Harga dia je agak sakit, RM 279. Semoga poket saya cepat sembuh. Harap-harap ini satu pelaburan yang berjaya. Dibawah merupakan sedikit maklumat mengenai Medi Feet.
Saya cuba Google origin Medi Feet ni tapi balik-balik keluar Medi Feet Malaysia, ada la sikit-sikit Medi Feet di luar negara seperti India, Canada, New Zealand etc. Saya ada tanya staf yang jual kasut pada saya, katanya Medi Feet ini dari New Zealand. Saya rasa mungkin Medi Feet ni asal dari Malaysia dengan kerjasama pakar dari sana. Whatever it is, its a good product. Fell in love at first sight with its comfortness, kalau nak kira cantik, banyak lagi kasut lain yang cantik, yang penting selesa. Ini kisah review dari saya yang baru beli MediFeet tak sampai 48 jam.
Menarik sangat .. design skrg pon lawa-lawa.. tengah survey kot2 ade
ReplyDeletesenarai harga.