Wednesday, December 28, 2016

Jalan Jalan Hujung Tahun 2016 : Yew Hotel Teluk Intan



Kisah cuti hujung tahun 2016. Asalnya balik cuti 24-25 Disember ke rumah mertua. Tiba-tiba mereka semua ajak kami sekeluarga ke Teluk Batik, Lumut. Saya memang tak pernah jejak ke Teluk Batik, paling hampir pun ke Lumut dan Pulau Pangkor, itupun dah hampir 10 tahun. Kondisi jalan ke Lumut pun dah cantik sekarang. Dari rumah mertua, saya guna jalan menghala ke Seri Iskandar dan terus ke Lumut. Majoriti jalan sudah 4 lorong, hanya sedikit sahaja yang masih dua lorong. Sempat singgah di Tesco Seri Iskandar untuk keluarkan duit tunai. 


Sampai sahaja di Teluk Batik, ipar duai saya setup tempat untuk berkelah dan saya pula bakar kambing perap. Anak-anak awal-awal dah main dalam air. Mereka sungguh seronok berbanding ketika mandi di Pulau Manukan, Sabah yang banyak batu. Di sini kata mereka, bersih. Nun di gambar atas kelihatan jeti untuk memunggah sesuatu. Ikut kata  rakan-rakan yang menetap di situ, itu jeti untuk memungggah bijih besi, ada yang kata arang batu. Mana satu betul saya tak tau. Saya pula pada awalnya ingat itu jeti PSC Naval Dockyard, nampak macam jambatan sedang dibina pun iye jugak.Yang sebenarnya, itu adalah jeti samada untuk bijih besi atau arang batu. Lama juga budak-budak ni berkubang dalam laut, bila dah letih dan lapar baru lah naik. Lokasi kami di hadapan Chalet Pak Man. Bayar RM 5 untuk letak kereta di dalam chalet. Sempat saya berbual dengan Abang Maha iaitu menantu Pak Man. Kata Abang Maha, dulu chalet ini adalah kuarters yang dibeli oleh Pak Man secara tender untuk dijadikan chalet. Abang Maha kata chalet Pak Man full sehingga awal 2017. 

Nak mandi dan bersihkan badan selepas mandi laut pun satu hal juga. Bilik mandi dan tandas berbayar yang paling dekat pula full house, beratur sangat panjang macam nak beli tiket Final bolasepak. Nasib baik Abang Maha tunjukkan tempat untuk mandi berbayar di sebuah motel yang terletak kira-kira 400 meter berhadapan dengan chalet Pak Man. Isteri dan anak-anak pun saya angkut naik kereta ke situ, habis penuh pasir di dalam kereta.

Selesai bersihkan diri, kami jenguk ke pekan Lumut. Nampak cantik dan comel pekan tersebut namun sempit dan susah untuk letak kenderaan. Pada mulanya kami bercadang nak park kenderaan di kawasan parking bertingkat namun disebabkan anak-anak dan terlena di dalam kereta, saya berhentikan kereta di tepi jalan dan isteri sahaja yang shopping barang-barang laut. 

Selesai di Lumut, maka bermulalah road trip kami untuk menjelajah jalan dalam balik ke Lembah Klang lalu Sabak Bernam. Ketika melalui Lekir, rupanya ada sawah padi yang luas disitu. Keadaan masa tu dah maghrib, hujan renyai-renyai. Saya buat keputusan untuk singgah dan tidur di Teluk Intan, sambil-sambil nyinggah di menara condong twin Pisa. Kami sampai di Yew Hotel pada jam 8 malam. Hotel telah saya tempah pada jam 5.30 petang sebelum bertolak dari Lumut.





Sampai sahaja di hotel, lepas urusan check-in selesai, kami dapat bilik twin bed di tingkat 1. Bed yang diberi super single. Price is RM 171 nett including free breakfast. Ini harga super peak. Kalau off peak lagi murah. Kalau nak booking boleh contact terus hotel.  Sebelum ini kalau nak check-in hotel selalu guna Agoda je, kali ni saya direct Google dan masuk ke website Yew Hotel ni sebab saya on the road dan tak install apps Agoda.

Anak bongsu saya yang sebelum ini tidur nyenyak dalam kereta setelah kepenatan main air laut, terus segar bila sampai hotel. Anak-anak saya memang macam ni setiap kali tidur hotel, macam-macam benda yang mereka explore. Bilik ni not bad, design baru, comel untuk kami sekeluarga, ada TV LED, ada beberapa channel Astro Sports dan Arena, TV1, TV2, TV3, TV9, AXN. Yang lain saya tak perasan. Cuma channel cartoon je takde, ada pun Animax. Aircond York tepi katil, sejuk. Sama macam di bilik saya di rumah. Ada electric kettle dan kit buat air, towel ada dua besar dua kecil, kit mandi-mandian. Tanda arah kiblat pun ada walaupun nama hotel Yew dan orientasinya Chinese. Lokasi hotel ini terletak betul2 di sempadan antara pekan Teluk Intan yang lama dan kawasan perkampungan Cina. Speedmart 99 tak jauh, kalau jalan kaki bengkok juga lutut. Menara Condong pun tak jauh, kalau jalan kaki ke sana memang balik semula ke hotel naik teksi la jawabnya. Naik kereta 5 minit je ke Menara Condong.


Toilet not bad. Hotel ni kira modern design dan baru. Ada water heater, Water shower pun besar. Puas hati juga.


Pagi esoknya, kami turun ke cafe hotel untuk breakfast. Free breakfast untuk dua orang, kalau saya nak add on untuk anak saya, diorang charge flat rate RM 10. Saya ingatkan buffet, rupanya menu ala carte dan dah ada menu yang sudah ditentukan. Setiap hari lain-lain menu. Kami dapat bihun goreng dengan roti bakar dan telur serta secawan kopi atau teh. Lupa nak tanya air refill atau tak. Anak-anak saya order cookies dan roti bakar serta air mineral. Total harga yang anak saya dicaj, tak sampai RM 15, the correct amount saya lupa.

Dah kenyang, kami naik rooftop. Hotel ni ada rooftop untuk view kawasan sekitar Teluk Intan. Pada perkiraan saya, rooftop ini juga boleh dijadikan tempat untuk barbeque sebab ada toilet dan sinki paip.


Ini adalah view Pekan Teluk Intan dari rooftop. Bangunan rumah kedai di hadapan tu menempatkan Speedmart 99. 
 

Yang ini pula view rooftop menghala ke sungai. Ada kapal di sungai tu. Besar Sungai Perak ni, selalu nampak Sungai Perak di Ipoh je, bila turun ke hilir ni baru nampak betapa besarnya Sungai Perak.


Kami check-out awal, first time saya check-out sebelum pukul 12 tengahari. Tujuan check-out awal ialah kami nak visit menara condong dan kedua ialah nak elak traffic rush balik ke bandar. Walaupun saya dah memang plan nak lalu jalan Sabak Bernam-Kuala Selangor, tapi hati tetap gusar andaikata sesak. 

Di menara condong, tak banyak boleh dibuat, kecuali baca sejarahnya, masuk ke dalam, naik atas dan kemudian usya kedai-kedai di sekeliling terutama di Kompleks Menara Condong. Tak sempat usya kedai-kedai lain. Lagipun kereta dah mula banyak. Waktu ni pukul 10.30 pagi. Kami di menara ni kira-kira 30 minit. Last saya visit menara ni pada tahun 80-an. Keadaan sekarang jauh lebih cantik dari dulu. Malam-malam ada lampu warna warni di menara ni. 

Kami meneruskan perjalanan balik. Kondisi jalan di Teluk Intan-Sabak Bernam-Kuala Selangor, walaupun 95% dah 4 lorong, tapi permukaan jalan teruk, nasib baik nawaitu memang untuk drive santai. Ada sesetengah kawasan, ikut lorong kanan lebih bermakna kerana permukaan jalan lorong kanan dah ditar. Lagi satu, jalan ni lalu tengah-tengah pekan seperti Hutan Melintang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan, Tg Karang dan pekan-pekan ni ada traffic light. Patut la kawan-kawan yang memang balik kampung lalu jalan ni bagitau jem berlaku di traffic light. Apa pun, road trip kali ni menarik sebab akhirnya dapat berkunjung kembali ke tempat yang saya amat jarang pergi. Plan nak revisit Bagan Datoh sebab last saya visit Bagan Datoh ialah pada tahun 1999. Next Time.

-Sorry for any typo, malas nak edit, mata dah berpinar-



No comments:

Post a Comment