Terjumpa tanda ini ketika menggunakan tandas di sebuah restoran. Tidak pasti apa akan berlaku jika kita gunakan tandas ini selain dari arahan di tanda yang dipaparkan.
Monday, November 14, 2016
Wednesday, November 09, 2016
Samsung Gear Fit 2
Samsung Gear Fit 2 |
Saya telah menggunakan Samsung Gear Fit 2 hampir tiga minggu lamanya. Pada mulanya agak ragu-ragu untuk menggunakan jam ini kerana saya telah biasa menggunakan jam yang tidak perlu saya charge hari-hari. Saya telah melakukan beberapa kajian terhadap jam ini dan ada review yang mengatakan bahawa jam ini boleh bertahan selama 2 hari dan ada yang kata lebih.
Seperti biasa, saya ke Samsung Setia Alam City Mall untuk membeli jam ini. Proses untuk pairing Fit 2 ini ke A7 2016 saya agak sukar. Nampak terkial-kial juga sales person di situ untuk connect both devices. Perlu download 2 apps, Samsung Gear dan Gear Fit Manager. Nampak kesukaran apabila menggunakan Gear Fit Manager dan kedua-dua bluetooth sudah di pair di phone, tetapi Gear Fit Manager tetap menunjukkan no available device tetapi jika menggunakan apps Samsung Gear, boleh pula connect.
Setia City Mall, tempat beli Gear Fit 2 di kedai SAMSUNG |
Setelah selesai setup segala yang diperlukan, saya pun terus test Fit 2 ini dengan berjalan-jalan di padang berhampiran Setia City Mall. Heartbeat dan steps nampak agak accurate, bukanlah 100% accurate. Saya ada terbaca mengenai heartbeat rate mana-mana fitness band pun bukanlah 100% accurate kerana monitoring equipment tersebut terletak jauh dari heart kita, iaitu di wrist.
First time test rekod steps di padang Setia City Mall |
Terma yang digunakan oleh industri merujuk kepada Fit 2 ini ialah fitness band, bukannya jam pintar atau smart watch. Bagaimanapun saya tetap memanggil nya jam kerana ia memang ada jam, dan saya guna pun macam jam. Perbezaan dengan jam biasa ialah kalau nak tengok kena tekan dahulu button. Fit 2 ada face watch recognition iaitu bila kita tengok jam tu dia akan menyala sendiri. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi, selalu nya jadi lah. Tetapi saya off kan sebab bila saya drive, bateri cepat habis kerana ianya sering menyala sendiri disebabkan tangan saya turun naik pulas stering.
Fit 2 boleh diset sentiasa on display watch (dipanggil face watch) tetapi akan consume bateri lebih cepat. Saya telah menggunakan Fit 2 ini dengan indoor and outdoor bike dan ianya dapat merakamkan segala aktiviti saya. Antara data yang dapat dirakam ialah heart rate, kalori, speed, time, route taken (ada built in gps) dan saya selalu sync data-data tersebut dengan S Health. Data-data ini dapat menunjukkan vigorous intensity level iaitu dimana waktu exercise kita akan enhance cardio kita. Connection ke smartphone untuk sync data adalah via bluetooth. Via wifi pun boleh tapi tak pernah cuba.
Fit 2 ni water resistance, saya dah test mandi shower guna Fit 2, basuh pinggan, basuh kereta guna Fit 2, takde masalah. Air tak masuk. Cuma kalau ikut manual, nak rendam dia jangan lebih 30 minit dan ada kedalaman maksimum, boleh rujuk google. Shower pun kalau laju dan deras, elakkan dari guna Fit 2, shower rumah saya tak berapa deras, so takde masalah. Ini kerana Samsung tak ada data mengenai ketahanan Fit 2 di air yang deras.
Masalah Fit 2 ni pulak, masa saya naik motor, nak tengok jam susah. Kena berhenti dulu tekan button baru jam display. Boleh je setting supaya ianya menyala bila kita angkat, tapi selalunya masa nak naik motosikal tu, terlupa nak ubah setting. Senang cerita, jam biasa takde masalah nak tengok jam kalau naik motosikal, Fit 2 kena set dulu face recognition. Kenapa saya tak set on by default? sebab bateri cepat habis. Saya dah terkena masa drive kereta.
So far, Fit 2 ni serve the purpose of me buying it, as an activity tracker, nak mengayuh atau bersenam ni malas, kena ada something yang buatkan kita rajin. So far Fit 2 bagi saya rajin. Kesihatan kena jaga. Fit 2 takde alarm yang keluarkan bunyi ye, tak tau la kalau saya tak perasan kewujudan bunyi, tapi tak nampak pun speaker, dia cuma vibrate je tapi vibrate dia ni boleh buat kita terjaga. Rasa macam ada orang gegar tangan kita.