Friday, July 29, 2016

Crocs

Bagi sesiapa yang memakai footwear Crocs original, ini merupakan langkah-langkah penjagaannya. Saya dapat ketika membeli Crocs original di Subang Parade. Sebenarnya saya pernah memakai Crocs yang clone yang saya beli dengan harga RM 15. Saya tidak pernah tahu harga Crocs Original, sekali jenguk di kedai Crocs di AEON di Ipoh, harga semua RM 200 keatas. Kemudian terjenguk Crocs di Subang Parade, tengah sale, beli 2 dengan harga RM 199. Cuma pilihan kurang menarik dan size pun tak banyak, maklumlah nak clear stock. Nak compare dengan kedai Crocs di AEON Ipoh memang cantik-cantik, harga pun rabak poket.

Alang-alang ada offer, saya beli dua, satu untuk wife dan satu untuk saya. Saya punya edisi Star Wars, memang minat Star Wars dari tahun 1980 lagi. Memang sedap rupanya pakai yang original walaupun size yang saya beli merupakan size diluar kebiasaan iaitu lebih kecil dari size yang saya selalu pakai.

Tapi, lepas ni kalau Crocs saya ini sudah haus tapak dia, kena fikir lebih dari dua kali untuk beli yang baru sebab harganya boleh koyak poket.



 

Majlis Perpisahan

Baru sahaja hendaklah menulis di blog yang sudah lama tidak diupdate namun kesuntukan masa pula untuk menggali pengetahuan untuk dikongsi kepada orang ramai kerana lagi beberapa minit saya perlu hadir ke majlis perpisahan rakan sekerja yang akan bertukar ke Kampus Segamat. Dibawah merupakan antara aktiviti beliau lakukan untuk Kampus kami. Selamat Maju Jaya Fuzi semoga karier terus berkembang di tempat baru.

 

Tuesday, July 19, 2016

Sejuknya Pagi

Baru selesai hantar anak ke sekolah. Sejak 2 hari ini, dia agak lambat siap.Ketika hantar anak bukan kami sahaja tapi juga ibu bapa lain yang sebelum ini kerap kelihatan hantar anak pada waktu yang sama dengan saya. Mungkin cuaca pagi yang dingin sejak dua menjak ini menjadi punca sedikit liat untuk bangun pagi.

Apa apa pun saya perlu selesaikan marking kertas exam sebelum mengorak langkah seterusnya dalam PhD saya. Mungkin blog ini akan bertambah sejuk.

SHR MZB.

Android Upgrade

Live blogging selepas update ke Android 6.0.1. Sambil sambil tunggu final badminton LCW.