Wednesday, June 22, 2016

Misteri Google Maps

Google Maps yang merupakan salah satu aplikasi Google memang powerful. Kadangkala saya menggunakan Google Map sebagai GPS saya. Ia juga menjadi rujukan saya untuk meninjau lokasi yang ingin saya tuju lebih-lebih lagi jika lokasi tersebut adalah lokasi baru yang belum pernah saya sampai. Digabungkan dengan Street View, saya seolah-seolah berada di lokasi tersebut.

Akhbar Mirror dari UK melaporkan pada tahun lepas bahawa seorang lelaki bernama David Lee Niles yang telah hilang selama 10 tahun, rupa-rupanya telah pun mati di dalam kereta yang tenggelam di dalam tasik. Kereta tersebut yang berada di dalam tasik boleh dilihat menggunakan Google Maps.

Bagaimanapun, penemuan kereta terbabit bukanlah dijumpai menerusi Google Maps tetapi oleh seorang lelaki yang kebetulan sedang menjalankan kerja menghiasai pokok di bangunan berhampiran tasik tersebut. Hanya setelah penemuan kereta itu, pengguna yang menggunakan Google Maps menyedari bahawa imej kereta telah wujud di dalam tasik. Ertinya, selepas Brian Houseman menyedari ada bangkai kereta di dalam tasik, barulah pengguna Google Maps menyedari bahawa imej yang berada di dalam tasik tersebut adalah bangkai kereta David Lee Niles.

Turut dijumpai di dalam kereta tersebut ialah mayat David Lee Niles berserta barang-barang lain seperti dompet miliknya.


No comments:

Post a Comment