Sunday, May 29, 2016

Fujitsu LH532 AP

Sengaja saya tulis entri berkenaan notebook saya ini kerana saya seringkali terlupa apakah series notebook yang saya gunakan ketika di rumah. Notebook ini juga digunakan oleh isteri saya untuk download atau buka website untuk anak saya. Budak sekolahr rendah zaman sekarang balik diberi optional website untuk mereka layari dan membuat latihan sekolah. Ianya tidak wajib, walaupun optional ada juga gunanya. Cuma sedikit bayaran diperlukan untuk akses 
 
Berbalik pada notebook saya ini, saya beli dengan harga Rm 1800 di Sunway Pyramid pada tahun 2012. Actually saya tak berapa ingat whether its 2011 or 2012. Kalau 2011, well, it's been a good 5 years. Apa-apa pun notebook had been loyal to me for at least 4 years now. Sometimes ada problem blue screen but I managed to google the bluescreen code and it was my Antivirus problem.
 
When I bought it, it was equipped with Win 7, which was much more better than my Toshiba's Vista. Finally, as said earlier in my blog entry here, saya mengatasi kengerian saya berhadapan masalah komputer dengan Free Update kepada Win 10, which was marvelous to use. Itupun hasil konsultasi dengan beberapa orang student ePJJ saya yang memang bekerja as IT support staf. 
 
Berbalik kepada kenapa saya tulis entri ini, adalah kerana saya sering terlupa model dan series notebook saya. Yang saya ingat hanyalah Fujitsu. Nasib baik di bawah notebook ini ada ditulis model. Namun kadangkala saya berada di luar rumah apabila tiba-tiba situasi memerlukan saya mengingati notebook saya. Entri ini membolehkan saya google Fujitsu Nizamyunus dan akan keluarlah entri ini.
 
Dibawah merupakan spesifikasi notebook Fujitsu saya yang telah berusia sekurang-kurangnya 4 tahun. Perlu diingat terdapat pelbagai spesifikasi LH 532 AP ini.
 
Fujitsu LH 532 AP
Processor Intel® Core™ i3-3110M (3MB cache, 2.40 GHz)
Skrin : 14 inci High Definition SuperFine LCD, 1366 x 768 pixels
Memori : 8GB DDR3 1600 Mhz
HDD : 640 GB SATA
Berat : 2.1 KG
 
Jujur cakap, ini merupakan notebook yang banyak jasanya pada saya. Cuma sejak akhir-akhir ini monitor hinge sebelah kiri ada masalah sikit samada tear and wear atau pernah tetekan dengan kuat.
 
Di rumah, walaupun jarang notebook ini beronline kerana kami lebih banyak menggunakan mobile devices, dan kadangkala saya online menggunakan MBA, ia tetap menjadi komponen penting pada kami sekeluarga. 
 
Okey lah, sekarang sudah pukul 1.41 am, badan letih sebab 1 jam cuci car porch rumah. 

Tuesday, May 24, 2016

Spectacle Wipe


Setiap kali ke Jaya Grocer, saya akan memerhatikan dan membelek produk di atas iaitu Green Shield Spectacle Wipes. Oleh kerana saya memakai spek, keinginan untuk mencuba produk ini begitu tinggi sekali. Semalam, akhirnya saya beranikan diri beli produk ini sekadar untuk mencuba, itupun setelah mengambil kira gaji bulanan dibayar pada hari ini. Harganya kencang. RM 5.xx satu pek ada 20 tisu. 
 
Sampai rumah, cuba pada spek saya. Hasilnya, memang clear. Lepas tu cuba pula pada skrin Fujitsu saya, mula-mula masa belum on kan Fujitsu, nampak agak kotor even after wiping, mungkin sebab kotoran seperti habuk semuanya berkumpul di tepi selepas wipe, namun bila saya on kan Fujitsu, nampak lebih jelas. Cuba pula wipe pada MBA, hilang kotoran. Tapi yang ketara adalah pada spek kerana memang clear view terus selepas menggunakan produk ini.
 
Saya pun Google produk ini, tidak banyak informasi yang dapat kecuali informasi dari online shopping site seperti Amazon. Tengok customer review di Amazon pun ramai yang bagi lima bintang, tapi ada juga yang bagi bintang yang sikit. Salah satu drawback yang saya dapat dari customer review di Google, kena tutup kuat kuat, nanti air di wipes tersebut cepat kering. 
 
Apa-apa pun saya bagi produk ini 5 bintang untuk pembersihan spec saya. Sebenarnya sedang berkira-kira untuk buat Lasik, tapi nanti dulu lah.