Wednesday, March 30, 2016

Ancaman Rekod Elektronik


Organisasi masa kini semakin banyak yang menggunakan rekod berbentuk elektronik atau digital, di kalangan IT mereka memanggilnya dengan nama Database, Baru-baru ini saya sempat berjumpa dengan seorang pemilik syarikat yang berkaitan dengan records management software dan dia memberitahu saya bahawa setiap kali melakukan business presentation, dia akan menggunakan terma-terma berlainan kepada mereka-mereka dari latarbelakang yang berlainan jika ingin menerangkan mengenai rekod elektronik. Salah satu terma nya ialah database untuk orang-orang IT. Bagi orang-orang dalam bidang pengurusan rekod, maklumat dalam database biasanya mereka panggil sebagai rekod elektronik. 

Beberapa hari lepas, online news portal di US melaporkan bahawa sistem komputer MedStar, iaitu salah satu dari penyedia perkhidmatan kesihatan di US telah diserang oleh virus yang berbentuk ransomware dimana sistem akan di lock oleh seseorang dan akan di unlock setelah sejumlah bayaran dilakukan kepada pihak yang melakukannya.

Kes ini memperlihatkan bahawa apabila berlaku serangan terhadap rekod elektronik, rekod berbentuk paper-based akan digunakan sementara agar operasi hospital dapat berjalan. Rekod-rekod perubatan elektronik di hospital-hospital MedStar merupakan antara yang paling teruk diserang virus hingga MedStar terpaksa menolak orang yang datang untuk menerima rawatan. Perjalanan operasi MedStar juga berjalan dengan amat lembab sekali.

Kes ini mendapat perhatian dan tindakan dari FBI. Dengan kewujudan ransomware yang ternyata mengambil kesempatan dari kebanjiran rekod-rekod elektronik yang wujud hasil penggunaan teknologi dalam kerja seharian, langkah yang lebih proaktif perlu diambil untuk melindungi rekod elektronik kita dan jangan abaikan rekod paper-based kerana ianya akan berguna kembali apabila rekod elektronik tidak dapat dibuka dan digunakan akibat serangan virus. 


No comments:

Post a Comment