Sengaja saya gelarkan ianya Awan kerana Cloud jika diterjemahkan terus ke Bahasa Malaysia adalah awan. Cloud merupakan storan untuk bahan-bahan digital kita yang tidak disimpan di dalam komputer atau device kita, tetapi di simpan di tempat lain yang lebih selamat. Tempat yang selamat ini ertinya seperti di server-server syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan Cloud. Ianya lebih secure kerana terdapat backup di tempat lain jika berlaku malapetaka terhadap server Cloud. Senang cerita, bila kita simpan di Cloud, kita tidak perlu memikirkan masalah berlakunya kerosakan atau kehilangan terhadap data kita.
PC Mag menerangkan tentang cloud seperti dibawah.
"In the simplest terms, cloud computing means storing and accessing data
and programs over the Internet instead of your computer's hard drive.
The cloud is just a metaphor for the Internet. It goes back to the days
of flowcharts and presentations that would represent the gigantic
server-farm infrastructure of the Internet as nothing but a puffy, white
cumulonimbus cloud, accepting connections and doling out information as
it floats." - http://asia.pcmag.com/networking-communications-software-products/2919/feature/what-is-cloud-computing.
Kalau kita beli smartphone, contohnya Samsung atau Apple, kita akan mendapati bahawa terdapat kemudahan untuk menyimpan data kita di Cloud secara percuma contohnya iCloud untuk Apple dan Google Drive untuk Samsung. Malah terdapat juga model Samsung yang memberikan One Drive. Samsung A7 2016 saya mempunyai Google Drive dan One Drive, saya boleh membuat pilihan antara kedua-duanya. Google Photo juga terdapat di Samsung saya. Sebelum ini pun sudah wujud Dropbox. Saya kini telah 'drop' Dropbox dari pilihan saya kerana saya lebih percaya pada Google Drive dan One Drive serta iCloud. Mereka-mereka ini boleh dikatakan sebagai satu aplikasi 'built in' untuk Android, OSX dan juga Windows.
Oleh kerana kita tidak simpan data-data di local hard drive dalam PC atau memori dalam handphone kita tetapi sebaliknya kita simpan di storan milik orang lain, timbul permasalahan tentang samada kita percaya atau tidak orang lain simpankan data kita. Ia sama juga dengan orang-orang dahulukala yang tidak berapa percaya duit mereka disimpan oleh pihak Bank. Sekarang semua orang simpan di Bank. Saya percaya pihak yang menjalankan bisnes Cloud ini tidak akan sewenangnya mengintai data-data kita. Bagaimanapun, mereka juga perlu buktikan bahawa mereka ini jujur dan mampu provide good security pada data kita, kalau mereka yang tidak intai, mungkin orang lain yang ceroboh dan intai.
Apabila dan ada beberapa cloud storage yang dah ready built in dalam device kita, mulalah kita memikirkan nak guna yang mana satu. Jika di lihat di internet, ada pelbagai website yang memaparkan review berkenaan ketiga-tiga cloud storage ini iaitu Google Drive, One Drive dan Dropbox. Icloud jarang dibandingkan kerana ianya eksklusif untuk Apple.
Perlu diingat kekurangan utama kesemua cloud storage ini ialah anda perlukan akses internet untuk mencapai data-data didalamnya kecuali jika anda sememangnya tahu anda akan berada di satu kawasan yang tiada akses internet, maka anda akan download data yang anda inginkan terlebih dahulu sebelum ke kawasan yang tiada akses internet. Zaman sekarang ini di Malaysia, hampir kesemua tempat ada akses internet samada wired, wireless atau mobile. Yang berbeza adalah speed. Ketika saya berbengkel minggu lepas, saya perlukan satu katalog yang rare dan sukar dicari. Untuk kembali ke ofis mendapatkan online catalog yang tersimpan di PC saya adalah satu pembaziran masa dan tenaga, lalu saya download katalog tersebut dari Google Drive saya, Kebetulan pula, saya memang tidak pernah terfikir untuk upload katalog tersebut sebelum ini tetapi oleh kerana saya ada email katalog ini kepada rakan saya dan size katalog ini hampir 100MB, secara automatik Gmail upload ke Googe Drive saya dan rakan saya hanya perlu download menerusi link yang diberi. Katalog tersebut remains in my Google Drive sehinggalah saya delete, dan saya tidak delete kerana saya tidak sangka ianya diupload secara automatik ke Google Drive saya. Nasib baik, kerana saya tidak perlu kembali ke ofis, hanya download dari Google Drive ke dalam handphone saya dan oleh kerana saya berada di kawasan 4G LTE, ianya mengambil masa yang singkat untuk download.
Kisah One Drive pula ialah ketika saya beli A7 2016 saya dua minggu lepas, saya login ke One Drive saya dan rupanya selepas itu One Drive saya backup secara automatik segala gambar-gambar yang saya ambil menerusi camera phone saya. Ini juga salah satu sebab dimana kita ada baca posting viral gambar pencuri Iphone ditangkap selepas pencuri lupa nak deactivatekan automatic photo backup di iCloud.
Ada banyak artikel di internet yang menceritakan tentang kebaikan setiap cloud services ini mainly comparison between Google Drive, One Drive and Dropbox. Saya tidak mahu ulas mengenai artikel-artikel ini tetapi segala perbandingan memberi tumpuan kepada storage size available for Free dan Berbayar serta jumlah bayaran per month atau per annum.
Bagi diri saya, saya lebih kepada services yang memang sedia ada dalam device saya, contohnya Google Drive dan One Drive ada pada A7 2016 saya, kalau saya rasa nak share with rakan-rakan lain, saya gunakan Google Drive, kalau nak share electronic data bersama wife saya, saya gunakan Google Drive kerana Note nya tiada One Drive. Kalau saya menaip menggunakan MBA saya, saya upload pada iCloud. Ini semua lambat laun akan mewujudkan masalah kerana jika saya mahu data A, saya terpaksa memikirkan di Cloud yang manakah saya simpan data tersebut. Yang pasti sehingga entri ini ditulis, saya tidak dapat akses iCloud menggunakan Android walaupun saya cuba akses guna browser. Apa-apa pun, so far, penggunaan saya banyak kepada Google Drive kerana ia boleh dibuka menggunakan pelbagai peranti yang saya gunakan terutamanya smartphone saya yang sentiasa mobile di mana-mana. iCloud biasanya mengandungi artikel-artikel saya kerana saya biasanya menggunakan MBA untuk menaip.
Pengalaman saya, iCloud sedikit berat, Google Drive dan One Drive lebih 'ringan'. Mungkin dikemudian hari ianya menjadi terbalik pula, technology always change. Cuma sejak sekian lama menggunakan teknologi internet sejak tahun 90-an, agak sukar untuk saya percaya benda-benda ini akan kekal lama. Ada kemungkinan, saya terpaksa melakukan proses migrasi jika salah satu dari cloud services ini tutup. Yang bertahan lama setakat ini adalah email services, itupun tengok pada provider.
No comments:
Post a Comment