Tuesday, February 02, 2016

Ke Alam Latihan Praktikal



Semalam hari pertama student-student saya menjalani latihan praktikal di merata organisasi di seluruh Malaysia. Oleh kerana hari pertama, saya call setiap seorang dari mereka untuk bertanya samada mereka sudah lapor diri di organisasi atau belum dan permasalahan yang mereka alami. Rata-rata dari mereka dalam mood gembira, bukan sahaja kerana saya call mereka tetapi juga kerana mereka telah selesai lapor diri di organisasi dan rata-rata dari mereka pada hari pertama hanya duduk memerhati orang lain buat kerja dan juga ada yang dengar briefing dan kursus induksi dari organisasi.

Pada bulan ini, saya mempunyai 119 pelajar yang menjalani latihan praktikal selama 4 bulan dalam bidang pengurusan rekod di pelbagai organisasi, ada yang bertaraf international, ada organisasi bertaraf SME, ada organisasi kerajaan dan juga swasta. Oleh kerana bidang mereka iaitu pengurusan rekod fits into most organization, saya menyaksikan mereka-mereka ini menjalani latihan praktikal di pelbagai tempat antaranya di project consultant company, real estate company, kementerian-kementerian, jabatan agama islam, hospital, oil and gas, hotel, construction company, cyber security company, muzium, universiti, lapangan terbang dan juga SME-SME.

Bukan sahaja dapat membantu pelajar-pelajar ini terdedah pada dunia pekerjaan sebenar, mereka juga dapat aplikasikan ilmu pengurusan rekod dan dokumen yang mereka pelajari. Paling penting, mereka menjadi 'duta' untuk mempromosikan bidang pengurusan rekod kepada organisasi dan kebanyakan organisasi memberi 'feedback' yang bagus terhadap bidang pengurusan rekod malah ramai juga yang terkejut bahawa bidang yang bagus ini wujud di Malaysia. Apabila ini berlaku, ia boleh membawa kepada student-student terbabit diserap terus bekerja di organisasi mereka.

Semoga kesemua 119 student-student ini berjaya mengharungi alam latihan praktikal. Mereka akan terdedah dengan alam pekerjaan sebenar termasuk work politics. 

 

No comments:

Post a Comment