Wednesday, December 28, 2016

Jalan Jalan Hujung Tahun 2016 : Yew Hotel Teluk Intan



Kisah cuti hujung tahun 2016. Asalnya balik cuti 24-25 Disember ke rumah mertua. Tiba-tiba mereka semua ajak kami sekeluarga ke Teluk Batik, Lumut. Saya memang tak pernah jejak ke Teluk Batik, paling hampir pun ke Lumut dan Pulau Pangkor, itupun dah hampir 10 tahun. Kondisi jalan ke Lumut pun dah cantik sekarang. Dari rumah mertua, saya guna jalan menghala ke Seri Iskandar dan terus ke Lumut. Majoriti jalan sudah 4 lorong, hanya sedikit sahaja yang masih dua lorong. Sempat singgah di Tesco Seri Iskandar untuk keluarkan duit tunai. 


Sampai sahaja di Teluk Batik, ipar duai saya setup tempat untuk berkelah dan saya pula bakar kambing perap. Anak-anak awal-awal dah main dalam air. Mereka sungguh seronok berbanding ketika mandi di Pulau Manukan, Sabah yang banyak batu. Di sini kata mereka, bersih. Nun di gambar atas kelihatan jeti untuk memunggah sesuatu. Ikut kata  rakan-rakan yang menetap di situ, itu jeti untuk memungggah bijih besi, ada yang kata arang batu. Mana satu betul saya tak tau. Saya pula pada awalnya ingat itu jeti PSC Naval Dockyard, nampak macam jambatan sedang dibina pun iye jugak.Yang sebenarnya, itu adalah jeti samada untuk bijih besi atau arang batu. Lama juga budak-budak ni berkubang dalam laut, bila dah letih dan lapar baru lah naik. Lokasi kami di hadapan Chalet Pak Man. Bayar RM 5 untuk letak kereta di dalam chalet. Sempat saya berbual dengan Abang Maha iaitu menantu Pak Man. Kata Abang Maha, dulu chalet ini adalah kuarters yang dibeli oleh Pak Man secara tender untuk dijadikan chalet. Abang Maha kata chalet Pak Man full sehingga awal 2017. 

Nak mandi dan bersihkan badan selepas mandi laut pun satu hal juga. Bilik mandi dan tandas berbayar yang paling dekat pula full house, beratur sangat panjang macam nak beli tiket Final bolasepak. Nasib baik Abang Maha tunjukkan tempat untuk mandi berbayar di sebuah motel yang terletak kira-kira 400 meter berhadapan dengan chalet Pak Man. Isteri dan anak-anak pun saya angkut naik kereta ke situ, habis penuh pasir di dalam kereta.

Selesai bersihkan diri, kami jenguk ke pekan Lumut. Nampak cantik dan comel pekan tersebut namun sempit dan susah untuk letak kenderaan. Pada mulanya kami bercadang nak park kenderaan di kawasan parking bertingkat namun disebabkan anak-anak dan terlena di dalam kereta, saya berhentikan kereta di tepi jalan dan isteri sahaja yang shopping barang-barang laut. 

Selesai di Lumut, maka bermulalah road trip kami untuk menjelajah jalan dalam balik ke Lembah Klang lalu Sabak Bernam. Ketika melalui Lekir, rupanya ada sawah padi yang luas disitu. Keadaan masa tu dah maghrib, hujan renyai-renyai. Saya buat keputusan untuk singgah dan tidur di Teluk Intan, sambil-sambil nyinggah di menara condong twin Pisa. Kami sampai di Yew Hotel pada jam 8 malam. Hotel telah saya tempah pada jam 5.30 petang sebelum bertolak dari Lumut.





Sampai sahaja di hotel, lepas urusan check-in selesai, kami dapat bilik twin bed di tingkat 1. Bed yang diberi super single. Price is RM 171 nett including free breakfast. Ini harga super peak. Kalau off peak lagi murah. Kalau nak booking boleh contact terus hotel.  Sebelum ini kalau nak check-in hotel selalu guna Agoda je, kali ni saya direct Google dan masuk ke website Yew Hotel ni sebab saya on the road dan tak install apps Agoda.

Anak bongsu saya yang sebelum ini tidur nyenyak dalam kereta setelah kepenatan main air laut, terus segar bila sampai hotel. Anak-anak saya memang macam ni setiap kali tidur hotel, macam-macam benda yang mereka explore. Bilik ni not bad, design baru, comel untuk kami sekeluarga, ada TV LED, ada beberapa channel Astro Sports dan Arena, TV1, TV2, TV3, TV9, AXN. Yang lain saya tak perasan. Cuma channel cartoon je takde, ada pun Animax. Aircond York tepi katil, sejuk. Sama macam di bilik saya di rumah. Ada electric kettle dan kit buat air, towel ada dua besar dua kecil, kit mandi-mandian. Tanda arah kiblat pun ada walaupun nama hotel Yew dan orientasinya Chinese. Lokasi hotel ini terletak betul2 di sempadan antara pekan Teluk Intan yang lama dan kawasan perkampungan Cina. Speedmart 99 tak jauh, kalau jalan kaki bengkok juga lutut. Menara Condong pun tak jauh, kalau jalan kaki ke sana memang balik semula ke hotel naik teksi la jawabnya. Naik kereta 5 minit je ke Menara Condong.


Toilet not bad. Hotel ni kira modern design dan baru. Ada water heater, Water shower pun besar. Puas hati juga.


Pagi esoknya, kami turun ke cafe hotel untuk breakfast. Free breakfast untuk dua orang, kalau saya nak add on untuk anak saya, diorang charge flat rate RM 10. Saya ingatkan buffet, rupanya menu ala carte dan dah ada menu yang sudah ditentukan. Setiap hari lain-lain menu. Kami dapat bihun goreng dengan roti bakar dan telur serta secawan kopi atau teh. Lupa nak tanya air refill atau tak. Anak-anak saya order cookies dan roti bakar serta air mineral. Total harga yang anak saya dicaj, tak sampai RM 15, the correct amount saya lupa.

Dah kenyang, kami naik rooftop. Hotel ni ada rooftop untuk view kawasan sekitar Teluk Intan. Pada perkiraan saya, rooftop ini juga boleh dijadikan tempat untuk barbeque sebab ada toilet dan sinki paip.


Ini adalah view Pekan Teluk Intan dari rooftop. Bangunan rumah kedai di hadapan tu menempatkan Speedmart 99. 
 

Yang ini pula view rooftop menghala ke sungai. Ada kapal di sungai tu. Besar Sungai Perak ni, selalu nampak Sungai Perak di Ipoh je, bila turun ke hilir ni baru nampak betapa besarnya Sungai Perak.


Kami check-out awal, first time saya check-out sebelum pukul 12 tengahari. Tujuan check-out awal ialah kami nak visit menara condong dan kedua ialah nak elak traffic rush balik ke bandar. Walaupun saya dah memang plan nak lalu jalan Sabak Bernam-Kuala Selangor, tapi hati tetap gusar andaikata sesak. 

Di menara condong, tak banyak boleh dibuat, kecuali baca sejarahnya, masuk ke dalam, naik atas dan kemudian usya kedai-kedai di sekeliling terutama di Kompleks Menara Condong. Tak sempat usya kedai-kedai lain. Lagipun kereta dah mula banyak. Waktu ni pukul 10.30 pagi. Kami di menara ni kira-kira 30 minit. Last saya visit menara ni pada tahun 80-an. Keadaan sekarang jauh lebih cantik dari dulu. Malam-malam ada lampu warna warni di menara ni. 

Kami meneruskan perjalanan balik. Kondisi jalan di Teluk Intan-Sabak Bernam-Kuala Selangor, walaupun 95% dah 4 lorong, tapi permukaan jalan teruk, nasib baik nawaitu memang untuk drive santai. Ada sesetengah kawasan, ikut lorong kanan lebih bermakna kerana permukaan jalan lorong kanan dah ditar. Lagi satu, jalan ni lalu tengah-tengah pekan seperti Hutan Melintang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan, Tg Karang dan pekan-pekan ni ada traffic light. Patut la kawan-kawan yang memang balik kampung lalu jalan ni bagitau jem berlaku di traffic light. Apa pun, road trip kali ni menarik sebab akhirnya dapat berkunjung kembali ke tempat yang saya amat jarang pergi. Plan nak revisit Bagan Datoh sebab last saya visit Bagan Datoh ialah pada tahun 1999. Next Time.

-Sorry for any typo, malas nak edit, mata dah berpinar-



Sunday, December 18, 2016

MediFeet and Me



Kaki kanan saya memang sudah lama sakit. Sakit apabila berjalan kaki dan juga sakit selepas membawa kenderaan. Kerap kali apabila sampai di pejabat, saya akan turun dari kereta dan menuju untuk thumbprint dahulu, kemudian baru cari parking. Ini sudah menjadi habit saya sejak 2003, sejak mesin punch card terletak di berhampiran parking. Sebelum ini, mesin punch card terletak di tingkat 4. 

Pernah juga saya cuba ubah habit ini dengan mencari parking terlebih dahulu barulah ketuk punch card, malangnya saya akan terlupa terus untuk ketuk punch card. Setiap pagi apabila sampai di pejabat, saya akan keluar dari kereta saya dalam keadaan kaki berdengkut dengkut, kadangkala terpaksa berjalan sebelah kaki. Sakit di kiri dan kanan heel sebelah kanan saya. Ada juga rakan sekerja yang ingat saya gout. Keadaan ini sudah berlarutan selepas sekian lama, seingat saya sejak dari tahun 2006. Namun ianya reda setahun dua terutama ketika saya menggunakan kasut Hush Puppies (atau Camel Active?) arch support. Kini, sakit tersebut kembali lagi terutama sejak saya menggunakan kedua-dua kasut Jeep yang saya amati insolenya tidak tebal. Saya ada beli insole tambahan namun tidak berkesan. Nak beli kembali kasut Arch Support yang pernah saya beli sebelum ini, saya lihat harganya dah hampir cecah RM400. Kopak abang. Kedua-dua kasut Jeep saya beli dengan harga diskaun, tak sampai RM 200 untuk setiap pasang di satu karnival SALES di Jusco. Saya juga ada melakukan kerja-kerja khidmat negara yang memerlukan saya berdiri selama sekurang-kurangnya 3-4 jam, namun ketika bertugas khidmat negara tersebut saya memakai but khas yang memang tebal sehinggakan bawa kereta pun macam tak terasa pijak pedal minyak dan brek. Takkan nak pakai but tersebut untuk kerja di pejabat? Lagipun but tersebut susah nak buka dan pakai berulang kali (Teringat Masa Ligamen Ankle Koyak, menangis nak pakai but ni sebab nak kena tekan kaki bagi masuk, terpaksa cuti dari bertugas menjaga keamanan)

Kenapa kaki sebelah kanan sahaja yang sakit? Why not left? Sebenarnya kaki kanan saya terutama di bahagian ankle telah menerima pelbagai bentuk musibah, bermula dari kemalangan motosikal ketika berumur 17 tahun sehinggalah koyak ligamen beberapa tahun lepas. Pernah juga koyak ligamen pada tahun 2002 di padang bolasepak SIRIM ketika beraksi melawan team SIRIM. Meletup ankle seolah-olah patah, cemas juga sehingga terpaksa ke DEMC untuk terima rawatan. Ligamen yang sama juga koyak ketika jatuh tangga pada 2014, meletup juga bunyinya. Check di KPJ Selangor, ligamen koyak. Pernah jatuh dari pagar setinggi rumah teres setingkat pada tahun 1999 sehingga bengkak tumit kaki kanan, masa ni tiada kesedaran nak terima rawatan, terbaring je lah di rumah bujang. Nasib baik kena pada Jumaat malam, Sabtu dan Ahad rehat sahaja di rumah. Masa eksiden motosikal ketika umur 17 tahun, impak pertama di kaki kiri tetapi impak jatuh memang di kaki kanan. Nasib baik kecederaan ketika bermain badminton pada tahun 2013, otot koyak di betis kanan, bukan ankle kanan. Tapi Kanan la jugak.

Kisah otot koyak ni pun haru juga, masa tu nak ambil shuttle drop depan net. Kaki sebelah kiri di depan dan kanan lurus kebelakang, tiba-tiba rasa macam partner bergu saya di belakang libas betis kanan saya dengan reket sekuat hati. Saya senyum je masa kena, ingatkan dia bergurau. Lepas dapat ambil dan matikan shuttle, saya toleh pada dia dan sambil gelak saya tanya dia, 'KENAPA KAU KETUK KAKI AKU? KAU INGAT AKU TAK BOLEH AMBIK KE?'. Partner saya terpinga-pinga. Dia tanya saya balik, 'KAU CAKAP APA NI?' . Masa tu saya pula pelik sebab jarak partner saya dengan saya agak jauh, memang tak mungkin dia kehadapan dalam sekelip mata semata-mata nak libas kaki saya. Terus saya angkat tangan dan duduk tepi. Masa nak jalan keluar betis kanan saya cramp. Macam-macam cara saya buat untuk kendurkan cramp tu tapi dia tetap cramp. Selepas berehat sebentar dan keluar minum, saya balik ke rumah dalam keadaan hairan sebab kaki masih rasa cramp. Sampai di rumah, mandi dan baring atas katil nak tidur, makin kuat rasa cramp. Dan malam itu, menahan sakit cramp saya sampai la saya tertidur. Bayangkan ketika tidur kita terjaga sebab kaki cramp, itulah yang saya rasa sepanjang malam. Ingatkan bila bangun tidur rasa cramp tu hilang, rupanya sama sahaja. Terus sahaja saya ke klinik dan klinik bagi surat refer ke KPJ. Di KPJ, baru tau otot koyak. Dapat ubat tahan sakit dan kena RICE. 

Tu semua kisah kaki kanan. Belum kisah jari kiri. So, apabila semakin kerap sakit di heels saya ini, saya mula mencari solusi demi solusi menerusi internet (which is not a good way, supposed to see the doctor). Bukan tak mahu jumpa doktor, tapi saya tahu saya akan di refer ke pakar dan rekod pakar dah menunjukkan ankle kanan ni dah melalui pelbagai tragedi, so why not try a good arch support shoes that is not as expensive as my previous one. Lagipun sejak dua menjak ni, masa tidur pun kiri dan kanan heel saya akan sakit terutama apabila waktu sejuk dan siangnya banyak berjalan. Another thing is, the problem with pain right after coming out from the car semakin kerap, almost a daily occassion. Yang anehnya, selepas kira-kira 100-200 steps, hilang dah sakit tu.

Nak jadi cerita, baru-baru ini saya tersinggah di Medi Feet di kampung saya sebab wife ajak pergi untuk tinjau kasut dan selipar kerana Mak saya juga perlukan selipar atau kasut yang bagus. Sampai sahaja di Medi Feet saya diperkenalkan dengan kasut yang sesuai dengan masalah saya dan terus jatuh cinta pada kasut tersebut, duit pulak tak mencintai saya. Terpaksa la tunggu balik ke bandar, korek tabung sana sini dan akhirnya kelmarin berjaya beli kasut yang saya jatuh cinta itu. 

Inilah kasut yang saya jatuh cinta itu, sangat selesa untuk masalah saya dan tadi saya dah gunakan selama 5000 langkah, heels tak sakit sangat. Mudah-mudahan heels saya boleh sembuh dengan menggunakan kasut ini. Harga dia je agak sakit, RM 279. Semoga poket saya cepat sembuh. Harap-harap ini satu pelaburan yang berjaya. Dibawah merupakan sedikit maklumat mengenai Medi Feet.

Saya cuba Google origin Medi Feet ni tapi balik-balik keluar Medi Feet Malaysia, ada la sikit-sikit Medi Feet di luar negara seperti India, Canada, New Zealand etc. Saya ada tanya staf yang jual kasut pada saya, katanya Medi Feet ini dari New Zealand. Saya rasa mungkin Medi Feet ni asal dari Malaysia dengan kerjasama pakar dari sana. Whatever it is, its a good product. Fell in love at first sight with its comfortness, kalau nak kira cantik, banyak lagi kasut lain yang cantik, yang penting selesa. Ini kisah review dari saya yang baru beli MediFeet tak sampai 48 jam. 

Monday, November 14, 2016

Funny Signs

Terjumpa tanda ini ketika menggunakan tandas di sebuah restoran. Tidak pasti apa akan berlaku jika kita gunakan tandas ini selain dari arahan di tanda yang dipaparkan.




Wednesday, November 09, 2016

Samsung Gear Fit 2

Samsung Gear Fit 2

Saya telah menggunakan Samsung Gear Fit 2 hampir tiga minggu lamanya. Pada mulanya agak ragu-ragu untuk menggunakan jam ini kerana saya telah biasa menggunakan jam yang tidak perlu saya charge hari-hari. Saya telah melakukan beberapa kajian terhadap jam ini dan ada review yang mengatakan bahawa jam ini boleh bertahan selama 2 hari dan ada yang kata lebih.

Seperti biasa, saya ke Samsung Setia Alam City Mall untuk membeli jam ini. Proses untuk pairing Fit 2 ini ke A7 2016 saya agak sukar. Nampak terkial-kial juga sales person di situ untuk connect both devices. Perlu download 2 apps, Samsung Gear dan Gear Fit Manager. Nampak kesukaran apabila menggunakan Gear Fit Manager dan kedua-dua bluetooth sudah di pair di phone, tetapi Gear Fit Manager tetap menunjukkan no available device tetapi jika menggunakan apps Samsung Gear, boleh pula connect.
Setia City Mall, tempat beli Gear Fit 2 di kedai SAMSUNG


Setelah selesai setup segala yang diperlukan, saya pun terus test Fit 2 ini dengan berjalan-jalan di padang berhampiran Setia City Mall. Heartbeat dan steps nampak agak accurate, bukanlah 100% accurate. Saya ada terbaca mengenai heartbeat rate mana-mana fitness band pun bukanlah 100% accurate kerana monitoring equipment tersebut terletak jauh dari heart kita, iaitu di wrist.

First time test rekod steps di padang Setia City Mall

Terma yang digunakan oleh industri merujuk kepada Fit 2 ini ialah fitness band, bukannya jam pintar atau smart watch. Bagaimanapun saya tetap memanggil nya jam kerana ia memang ada jam, dan saya guna pun macam jam. Perbezaan dengan jam biasa ialah kalau nak tengok kena tekan dahulu button. Fit 2 ada face watch recognition iaitu bila kita tengok jam tu dia akan menyala sendiri. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi, selalu nya jadi lah. Tetapi saya off kan sebab bila saya drive, bateri cepat habis kerana ianya sering menyala sendiri disebabkan tangan saya turun naik pulas stering.

Fit 2 boleh diset sentiasa on display watch (dipanggil face watch) tetapi akan consume bateri lebih cepat. Saya telah menggunakan Fit 2 ini dengan indoor and outdoor bike dan ianya dapat merakamkan segala aktiviti saya. Antara data yang dapat dirakam ialah heart rate, kalori, speed, time, route taken (ada built in gps) dan saya selalu sync data-data tersebut dengan S Health. Data-data ini dapat menunjukkan vigorous intensity level iaitu dimana waktu exercise kita akan enhance cardio kita. Connection ke smartphone untuk sync data adalah via bluetooth. Via wifi pun boleh tapi tak pernah cuba.

Fit 2 ni water resistance, saya dah test mandi shower guna Fit 2, basuh pinggan, basuh kereta guna Fit 2, takde masalah. Air tak masuk. Cuma kalau ikut manual, nak rendam dia jangan lebih 30 minit dan ada kedalaman maksimum, boleh rujuk google.  Shower pun kalau laju dan deras, elakkan dari guna Fit 2, shower rumah saya tak berapa deras, so takde masalah. Ini kerana Samsung tak ada data mengenai ketahanan Fit 2 di air yang deras.

Masalah Fit 2 ni pulak, masa saya naik motor, nak tengok jam susah. Kena berhenti dulu tekan button baru jam display. Boleh je setting supaya ianya menyala bila kita angkat, tapi selalunya masa nak naik motosikal tu, terlupa nak ubah setting. Senang cerita, jam biasa takde masalah nak tengok jam kalau naik motosikal, Fit 2 kena set dulu face recognition. Kenapa saya tak set on by default? sebab bateri cepat habis. Saya dah terkena masa drive kereta.

So far, Fit 2 ni serve the purpose of me buying it, as an activity tracker, nak mengayuh atau bersenam ni malas, kena ada something yang buatkan kita rajin. So far Fit 2 bagi saya rajin. Kesihatan kena jaga. Fit 2 takde alarm yang keluarkan bunyi ye, tak tau la kalau saya tak perasan kewujudan bunyi, tapi tak nampak pun speaker, dia cuma vibrate je tapi vibrate dia ni boleh buat kita terjaga. Rasa macam ada orang gegar tangan kita.


Tuesday, October 11, 2016

MoU Bersama Industri


Minggu lepas, saya dipanggil untuk menghadiri satu majlis menandatangani MoU antara UiTM dengan DG Kom . Untuk makluman, DG Kom ini merupakan satu syarikat berstatus bumiputera yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan rekod elektronik. Semoga dengan wujudnya MoU ini membolehkan pihak DG Kom membantu pelajar-pelajar di dalam pembelajaran pengurusan rekod elektronik. Di bawah merupakan gambar-gambar di majlis tersebut.

Keratan akhbar berkaitan
Pembaca doa majlis, Tuan Haji Alwi, bakal penerima PhD.

Dato' VC bersama Tuan Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat dan Boss DGKom 

Antara barisan Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat

Supervisors saya turut menghadiri majlis ini.

Produk utama DGKom iaitu DGFlo

Tempat menandatangani MoU

Sesi bergambar 

Dato'VC dan Tuan Dekan bersama Boss DG Kom



Memories of Apple

Saya masih ingat sekitar tahun 1993-1994, saya berpeluang menggunakan Apple MacIntosh di rumah seorang rakan saya yang kebetulan merupakan salesman Apple. Ketika itu saya juga baru menggunakan PC Windows-Based. Apa yang saya alami ketika itu ialah menggunakan Apple Mac sangat mudah. Zaman itu walaupun notebook Apple telah wujud namun ianya masih belum digunakan secara meluas di Malaysia, tidak seperti sekarang di mana bilangan pengguna MacBook di Malaysia adalah ramai. Dan ketika itu, saya menggelar Apple MacIntosh yang saya guna di rumah kawan saya tu simply as Apple. Not Mac seperti sekarang.


Saya tidak ingat siri Apple yang saya gunakan di rumah rakan saya tetapi ianya kelihatan seperti di atas. Gambar di ambil dari sini. Menurut apple-history.com, ianya adalah MacIntosh Color Classic. Yang saya amat ingat ketika itu ialah, menggunakan Apple jauh lebih senang dari menggunakan PC saya dan games nya juga menarik. Skrin dan resolusi pun lebih cantik. Harga pun meletup, seingat saya harganya lebih mahal dari PC saya. PC saya yang berkelajuan Intel 486, 80mb hardisk dan RAM nya saya tak ingat, harga dah RM 4 ribu lebih, Apple waktu tu diluar jangkauan keluarga kami.

Fast forward ke masa kini, saya mula kembali menggunakan produk Apple apabila saya membeli MacBook Air (MBA) saya, skrin kecil 11 inci, nipis dan ringan serta mudah dibawa kemana-mana. Objektif utama ialah untuk menulis, browse internet, social media, emails, kadangkala tengok movie  dan juga ada bikin sikit-sikit 'light' editing pictures. At that time saya beli MBA saya pada tahun 2014, harga bawah RM 3k. Baru-baru ini ada rakan sepejabat ingin beli Macbook, saya recommend MBA seperti saya kerana harganya bawah RM 3k dan dia sangat excited untuk membeli MacBook, tiba-tiba selepas browse website Apple Malaysia, saya kena marah. Rupanya harga dah melambung tinggi, dah tak dapat dah komputer Mac under Rm 3k. Tak pasti kenapa, whether its because of higher specs ataupun strenghtening RM. Tapi tak dinafikan, masa saya beli MBA saya, the RM was stronger back then, sampaikan selamba badak boleh renew this .com for few years. At that time the price was around RM 30 per year. 

I have never owned an iPhone, selalu berangan sahaja. Lagipun, all the apps that I needed was under Android, so might as well saya guna Samsung walaupun lately ni isu meletup Note 7 sedikit menyeramkan saya. One day, last year, I bought a second hand iPhone for a very cheap price from the owner. It was an iPhone lama, but still can be used. The reason owner jual is that she had already owned the latest iPhone and iPhone lama tu dah rosak home button and battery is not that good. So, I went to iFix to fix it, costs me around RM 200. One of the reason saya beli is sebab nak merasa how it is to use a iPhone and another reason is that one of my colleague had told me how convenient his life was by using iPhone and MBA where he can sync everything between those device (now he owns a HP notebook, which he uses almost everyday). But the main reason I bought the iPhone is because the cheap price offered by the owner.

To cut short, my experience with the iPhone did not do very well, maybe because I do not have anything to sync or share across Mac devices. I still use my Window desktop pc to write my thesis. Only in certain condition, I will use my MBA such as having to sit at a place away from office for a period more than 2 hours, for example, when servicing my car at the service center.

In the end, after few months using the iPhone, I sold it to a friend and I still gain a three figure profit. I still manage to experience the sync across Mac Devices but I do not use it much. 

When I first bought my MBA, it was runnning on Maverick. During the time of purchase, Yosemite was already out but my device was not pre loaded with Yosemite yet, so after few months using Maverick and did some research on problems of Yosemite, I finally upgraded it myself dalam keadaan takut-takut. Takut MBA crash, and I was surprise the update went smooth, helped by fast 30Mbps Unifi connection. Then came El Capitan. This time, I upgraded straight away without any delay as I had experience a smooth Yosemite upgrade process. 

Now, it's Sierra. Seems baru je guna El Capitan, dah sampai Sierra. This time I may take a long time to upgrade it as I found nothing wrong with El Capitan and also judging from sites I've read on the net, Sierra seems to be aiming for people who has multiple Apple devices. Anyway, I'll just wait and see, as long as it won't slow my MBA, I can consider in upgrading to Sierra but I think for the time being, I'll just wait.




Tuesday, October 04, 2016

Public Seminar


Public Seminar on the 5th of October 2016. Open to all.

Tuesday, September 20, 2016

Aplikasi GPS


Majoriti rakan-rakan dan kenalan saya menggunakan aplikasi maps atau GPS di smartphone masing-masing. Google Maps dan Waze merupakan aplikasi yang wajib ada dalam smartphone, saya tidak lagi menggunakan iPhone jadi saya tidak tahu nama aplikasi maps untuk iOS tetapi saya tahu iOS ada aplikasi nya sendiri yang bernama Apple Maps.

Jika dahulu, saya masih ingat apabila memandu di zaman tiada GPS atau smartphone, saya hanya berpandukan pada peta manual. Ada yang saya beli di stesyen minyak dan ada yang saya beli di kedai buku. Yang pasti, jika saya ingin travel ke Pahang, saya akan beli peta Pahang. Ada juga jual set peta untuk setiap negeri di Malaysia tapi harganya mahal ketika itu. So, saya akan hanya beli peta negeri terbabit jika ada keperluan untuk travel ke negeri itu sahaja. Bab tanya orang memang dah kerap lah, biasanya saya akan ke stesyen minyak di lokasi yang saya tuju untuk tanya alamat dan arah jalan. Adakalanya tanya orang tepi jalan. Saya juga kerap ditanya orang-orang yang sesat jalan. Kini amat jarang sekali orang tanya saya arah jalan, malah kurier, plumber, electrician atau delivery dari kedai pun terus sampai depan pintu rumah. Dulu diorang akan call tanya rumah dimana. Tahun ini baru sekali saya ditanya orang tidak dikenali arah jalan, cuak juga sebab ingatkan orang nak buat jenayah pada kita.

Bila dah ada handphone, sambil drive sambil call rumah orang yang kita tuju dan orang tu akan beri guide, itupun kalau orang tu pandai beri guide. Kalau tak pandai, sesatlah jawabnya. Kalau nak ke lokasi seperti zoo atau muzium, memang terpaksa tanya orang juga.

Apabila wujud nya GPS, saya beli dan mendapati bahawa ianya amat seronok digunakan. GPS pertama saya adalah Garmin NuVi yang saya beli second hand dari pramugara MAS yang membawanya dari US. Ketika di tangan saya, peta Malaysia telah diinstall di GPS Garmin tersebut. Cuma bateri nya sangat tidak kuat jadi terpaksa sambung setiap masa di car charger. Masalah kedua ialah petanya tidak update. Saya masih ingat ketika ke JB, saya lalu satu jalan yang tidak wujud di peta sedangkan jalan tersebut adalah jalan utama ke Nusajaya. 

Apabila masalah update ini berlarutan, saya mula belajar cara-cara update sendiri menerusi Malfreemap dan Malsingmap. Saya menjadikan update Map sebagai rutin setiap kali hendak travel atau pulang berhari raya. Masalah bateri menyebabkan saya membeli satu lagi Garmin NuVi yang baru, series nya pun berbeza. Garmin saya yang baru ini mempunyai fungsi tambahan iaitu junction assist dimana junction assist ini membolehkan kita memasuki lorong atau simpang yang tepat. 

Google Map dan Waze juga saya install di smartphone bagaimanapun ianya hanyalah untuk membantu Garmin NuVi saya. Google Map lebih update terutama untuk mencari nama jalan dan alamat lokasi. Waze pula kadangkala saya gunakan terutama jika ingin keluar dari ofis saya untuk melihat samada jalan keluar sesak atau tidak. 

Kenderaan saya juga ada GPS built in dan ini lebih mudah kerana saya tidak perlu membawa Garmin Nuvi saya. Bagaimanapun baru-baru ini saya ke luar semenanjung, Garmin Nuvi saya bawa dan ianya amat berguna kerana menyenangkan saya untuk ke pelbagai lokasi di destinasi baru saya itu. 

Antara kelebihan dan kekurangan  yang saya dapati ketika menggunakan pelbagai peralatan GPS ini ialah :-

Toyota GPS Built In kereta saya kelebihannya ialah tak perlu bawa GPS portable kerana ianya built in di dashboard kereta. Start sahaja kereta, GPS pun boleh on. GPS lock pun sangat pantas. Less than 10 seconds. Sambil menggunakan GPS, sambil-sambil boleh dengar radio. Tidak perlu internet, tak perlu risau habis bateri GPS. Permasalahan pula ialah GPS Built in saya ini hanya boleh diupdate di service center iaitu Toyota. Harga sekali update yang saya diberitahu oleh Service Advisor is RM 100 per update but first update adalah FOC. So far katanya update adalah yearly basis. Masalah kedua ialah, anak-anak tak boleh tengok movie di Player kereta saya kerana monitor sedia ada sudah digunakan untuk GPS. Hanya sound movie sahaja kedengaran. 

Garmin Nuvi pula kelebihan utama ialah mudah diupdate secara percuma menerusi Malfreemap atau Malsingmap. Tak perlu internet, boleh digunakan di semua tempat as long as dapat isyarat satelit GPS. Ia juga boleh dibawa ke lokasi yang tidak dapat dicapai oleh kereta saya. Contoh ialah ketika saya travel luar semenanjung tanpa membawa kereta saya. Kelemahan pula ialah, kena bawa keluar dari kereta sebab takut rosak atau dicuri. Suction cup untuk hold Garmin pun kadangkala terjatuh ketika memandu. Bateri Garmin Nuvi ini tidak lah kuat mana, mungkin tahan sejam dua on the road. Walaupun baru, better sambung pada car charger. Pernah sekali car charger rosak, terpaksa berjimat menggunakan Garmin Nuvi. 

Aplikasi seperti Waze dan Google Maps pula kelemahan utama perlukan mobile internet. No data, no mobile signal, no navigation. Google Maps memperkenalkan offline map, namun nak download perlukan ruang yang agak besar. Dan perlu tahu lokasi mana nak pergi, baru kita download peta lokasi tu. Offline map di Google Maps downloadable by location. Boleh je download the whole Malaysia, tapi kena beringat la size besar gedabak. Kelebihan Maps, senang nak cari alamat dan so far, more up to date. Waze pula kelebihannya ada real time traffic situation. Guna aplikasi navigation di smartphone ni boleh bedal bateri, ada rakan suggest sambung ke car charger. Lagi satu, nak bikin call leceh dan kalau time tu pulak call asyik kerap masuk, navigasi boleh terganggu sebentar.

Teknik saya, contoh saya nak ke satu alamat di Taman A, Pekan B. Saya akan gunakan Toyota GPS untuk ke Pekan B. Sebelum itu, apabila keluar rumah, saya akan guna Waze untuk scan samada sesak atau tidak supaya mudah saya cari route alternatif. Apabila sampai ke Pekan B, saya akan berhenti di tempat yang selamat untuk cari alamat Taman A. Kalau tak jumpa, baru saya akan on kan Google Maps saya dan guna Google Maps pula. 

Dibawah merupakan satu laporan di akhbar The Star 19 September 2016 mengenai trend penggunaan alat dan aplikasi navigasi. 

SAN JOSE, California: When it comes to map apps, consumers are finding plenty of fresh paths to digital navigation thanks to Google, Apple and a whole host of rivals. 
Here WeGo, Waze, MapFactor, Mapquest, Scout GPS, Maps.Me and InRoute are just some of the apps that are challenging Google Maps and Apple Maps, which dominate smartphone mapping services, by focusing on new and novel features. 
Google and Apple, though, aren't content to stay in the slow lane of innovation. Both have added new features to their map apps in recent months, including enabling users to add interim destinations to go along with the ultimate stop on a trip. 
Google's changes rolled out in an update to Google Maps this summer; Apple's changes will be included in iOS 10, the next version of its mobile operating system. 
"Just open the app, enter a destination, tap the corner menu, and then click add a stop," Google says in a blog post. "To rearrange the order of your stops, tap and hold the three-dot menu to the left of Add Stop and drag it to the position you want." 
The Apple Maps service has new features that seek to meld activities and services associated with a trip. 
"Apps like OpenTable can integrate bookings right into Maps," Apple says on its website. "Services like Uber and Lyft can make it easier for users to book a ride, without ever leaving the Maps app." 
And while this navigational arms race shifts into high gear, it's become apparent the original stand-alone GPS devices are becoming stranded by the side of the road. 
The proliferation of smartphone apps has reshaped a market once dominated by the stand-alone machines, such as TomTom, Garmin and Magellan. According to market research firm Berg Insight, worldwide shipments of personal navigation devices has decreased from 40 million units in 2008 to a projected 11 million by the end of this year. That number is expected to drop to just 7 million in 2019 – less than a tenth of projected smartphone map app users in that year. 
"Most consumers are using their smartphones as their primary navigation and map system," said Ben Bajarin, an analyst with Creative Strategies, a market researcher. "Retailers, in a lot of cases, don't really promote the stand-alone devices any more." 
The established map apps from Google and Apple offer a wide array of features, with the centerpiece being turn-by-turn navigation. And while the emerging apps also typically offer turn-based directions, they all attempt to offer niche features that also can go beyond the basics of the apps from the tech titans. 
Google-owned Waze, whose service is separate from Google Maps, emphasizes the social aspects of traveling, and its new features include improved ways to share your estimated time of arrival with others. It also provides quick access to frequent destinations. 
"You can use Waze to find out about lots of things," Bajarin said. "It pops up icons to tell you about traffic, police in your area, gives you suggestions on alternate routes. It's the integration of social media with navigation." 
Other apps also seek to meld the drive with other services. Scout GPS emphasises social interaction, including the ability to message friends and family and share your location or destination with designated people. Here WeGo allows you to summon taxicabs or access a ride-hailing service. 
And some apps focus on improving the driving experience. Mapquest, one of the first computer-based navigation guides, recently began allowing drivers to see speed limits on the street they're traveling. Maps.Me has added navigation elements that take up less space on the screen, and the speed the vehicle is traveling has been added. InRoute, designed mainly for long road trips, offers the ability to add numerous stops – and drivers can easily select routes that avoid areas with hot temperatures or hilly terrain. 
Saying it makes "cities easier to use," Citymapper is geared to the daily commuter. In addition to vehicle navigation, the app has found a way to coordinate public transit and ride-hailing services so people can plan integrated trips. 
Citymapper's service can be especially handy in big cities with major transit networks, said Michael Tchong, founder of Las Vegas-based Ubercool Innovation, which tracks technology trends. 
"The wave of the future is Citymapper," Tchong said. "It integrates vehicle navigation, buses, subways, trains, Uber, Lyft all in one package. It will tell you whether the train you are on is running on time." 
Experts predict the pace of innovation will pick up even more for map apps. 
"The map apps could become automated and start working as soon as you turn on your phone," said Rob Enderle, an Oregon-based analyst who tracks the tech sector. "That way, if you're driving, you don't have to juggle a bunch of apps." 
And map apps also may become more closely attuned to their users. They might start taking note of what types of restaurants you visit and only suggest those when you're looking for a place to eat, Bajarin said. 
"The unique personalisation of mapping is the next step," he said. "We are on that cusp." 
The big two 
The two big map apps for the major phone platforms are the widely used Google Maps for Android and iPhone and Apple Maps for the iPhone. 
GOOGLE MAPS
What's new: The ability to add interim stops to a destination, as well as estimates for how much time the detour will add to the trip. 
APPLE MAPS
What's new: Apple upgrades, include an interim stops feature; users who want a reminder of where they parked their car can use a pin drop as a target. 
The challengers 
Here are some free map apps that attempt to challenge, or at least seek to address some shortcomings of, the two primary programs from Google and Apple. 
WAZE
What's new: A cleaner and fresh look, with quick access to frequent destinations; a new way to share your ETA with others. 
MAPQUEST
What's new: Users can get speed limits to appear on their screens, including if you're in a school zone. The route ahead is shown in what is called "2.5D" which Mapquest calls the "Perspective View." Distance to a location now automatically updates. 
Here WEGO
What's new: Now easier to pick a destination and scroll to the mode of transportation. The app also offers ride-booking company Car2Go, as well as info on taxi services. 
MAPFACTOR
What's new: Better alternative route calculation; improved Google searches; the icon highlights when searching for a point of interest. 
SCOUT GPS
What's new: Although turn-by-turn navigation is available, the app focuses on social interactions. Among the new features: You can send messages to friends and family; drive to the location of friends and family; share your location, route and real-time ETA; and ask a friend to pick you up. 
MAPS.ME
What's New. The navigation elements take up less space; speed is now displayed; and an autozoom element has been added; bicycle riders can see terrain data; search results show hotel ratings and prices. 
INROUTE
What's New: Custom routes that let people avoid the heat on a summer road trip, or for those towing a trailer, ways to avoid steep hills; users can also chose routes with a lot of curves. 
CITYMAPPER
What's New: Travelers can get alerts about disruptions on transit systems in a city.

Monday, September 19, 2016

Bekas Tentera Jaga Sekolah



Akhbar The Star hari ini membawa berita mengenai kemungkinan bekas tentera akan bekerja sebagai pengawal sekolah berdasarkan pengalaman mereka. Ini penting agar elemen-elemen negatif dapat dikawal dari memasuki sekolah. Di sekolah anak saya, salah seorang pengawal adalah bekas tentera dan nampak ada perbezaan ketara antara dia dan pengawal lain. Sifat 'menjaga keselamatan anak-anak' lebih ketara pada dia. Bukan hendak saya katakan bahawa pengawal yang bukan bekas tentera tidak menjaga keselamatan anak-anak di sekolah anak saya, namun sifat tersebut lebih menonjol pada bekas tentera tersebut. Mungkin kehadiran beliau dikalangan pengawal lain membolehkan mereka belajar serba sedikit teknik kawalan dari bekas tentera terbabit. Di bawah merupakan petikan akhbar The Star bertarikh hari ini mengenai bekas tentera diambil menjadi pengawal sekolah.

PETALING JAYA: Retired armed forces personnel could serve as guards in schools to help address bullying, drug peddling, smo­king and other social woes.
Viper Force Sdn Bhd chief executive officer Mohd Rashid Musa said they had discussed with the Education Ministry on the possibility of engaging the veterans to help guard the schools apart from helping secure the peri­meters against negative influences.
“Now that we have an arrangement with PVTTB (Non-Pensionable Armed Forces Veterans Malaysia), we have a ready pool of resources who are willing to serve as guards.
“And they are no ordinary guards who basically focus on guarding physical settings. They are highly trained personnel who are capable of providing overall security inclu­ding feeding information to the relevant authorities to facilitate swift action,” he said.
Viper Force and PVTTB are expected to endorse a Memorandum of Understanding (MoU) today that will enable the company to tap into the vast pool of ex-servicemen to provide armed guard services.
Recently, Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi had rejected a proposal by the Education Ministry to utilise Rela members to help maintain security in schools.
Rela personnel must first be absorbed as manpower of security companies before they could serve as security guards, he said.
Mohd Rashid said having highly trained guards would be beneficial to the clients and the public, as they could also handle multiple threat risks.
“Security guards should not be regarded as second-class workers, as their job is important in helping ensure security and safety.
“Security guards can be the eyes and ears to help authorities address criminal threats in the neighbourhood and workplace,” he added.
Mohd Rashid said Viper currently provided security services for banks, warehouses and condominiums among others besides full protection services for VIPs.
“The door is now open for us to obtain a constant supply of guards from the pool of non-pensionable armed forces veterans,” he said.
Mohd Rashid said the association had an impressive pool of ex-servicemen aged between 30 and 40 whose skills and services could be utilised for the benefit of society and the nation.
“People should be willing to pay more for quality service. Security should never be compromised,” he said.
Previously, security companies had em­­ployed ex-servicemen on an ad hoc basis

Monday, September 05, 2016

Startup For The Semester

Hari ini merupakan starting day for this semester. Semester ini agak sukar bagi saya kerana saya perlu pecut untuk menghabiskan PhD saya. Jadual kelas saya telah saya perolehi minggu lepas dan seperti kebiasaan, saya merupakan antara mereka-mereka yang bertugas sebagai 'pembuka' atau 'opening' untuk semester ini iaitu Isnin awal pagi. Alhamdulillah, kehadiran memuaskan untuk Isnin pagi ini walaupun minggu hadapan mereka akan bercuti selama seminggu dan saya juga akan bercuti naik belon selama seminggu juga. 

Kelmarin, saya ke One Utama untuk visit Maybank One Stop Center. My intention was to ask Maybank tentang my new credit card yang menggunakan pin number and I was told that they will deliver it to me automatically. In the meantime I should be able to use my existing one until 1st January 2017. 

I do hope that the transition process will be done smoothly seperti mana ketika proses penukaran kad kredit saya kepada yang mempunyai cip. Kini proses disebabkan penggunaan pin number. Kesemuanya disebabkan oleh penambahbaikan keselamatan.


Ketika di OU, saya sempat meninjau Kiosk Panasonic Cubie. Panasonic Cubie ini merupakan alat memasak yang terkini dari panasonic.Boleh digunakan untuk baking kuih, steam, healthy fry dan macam-macam lagi. Boleh rujuk website panasonic di sini

Kalau ikutkan harga ketika roadshow ini, RM 1099 harga Panasonic Cubie ini. Tak tau la kalau harga luar roadshow lebih mahal. Cuma ketika demo fry, fries yang digoreng rasa kering. Tak seperti menggunakan kuali dan minyak.

Tuesday, August 30, 2016

Pagi Yang Hujan



Semalam, jerebu amat teruk melanda kawasan lembah klang termasuklah di kawasan rumah dan pejabat saya. Sebelum ini pun, negara kita sudah mengalami masalah jerebu dan pada tahun lepas, masalah ini amat teruk sehingga berhari-hari lamanya saya dan rakan-rakan tidak dapat menikmati cahaya matahari yang sempurna. Saya yang tidak ada masalah asma ini pun rasa sesak lebih-lebih lagi tahun lepas saya memang sangat aktif kayuh basikal outdoor. 

Apabila berlakunya jerebu semalam, saya menjadi agak risau jika ianya berlarutan seperti tahun lepas. Pernah juga kira-kira 10 tahun lalu, jerebu teruk melanda kawasan perumahan saya sehinggakan apabila saya terjaga dari tidur, jerebu tebal berada dalam bilik tidur saya.

Pagi ni, hujan turun amat lebat serta angin. Semoga jerebu hilang, walaupun saya berada dalam keadaan basah apabila sampai ke pejabat. Saya terbaca dalam laman web astro awani bahawa kandungan jerebu ini sebenarnya merbahaya dan boleh menyebabkan kerosak paru-paru. Dibawah merupakan poster Astro Awani tentang penerangan bahaya jerebu kepada manusia.

Klik Gambar untuk mendapatkan resolusi yang lebih besar.Melihatkan bahaya jerebu ini, saya bersyukur hujan yang lebat serta angin pada pagi ini biarpun saya basah ketika berlari dari kereta hendak ke ofis saya. Nak jadikan cerita, hari ini MBA dan beg saya diletakkan di bonet belakang, jadi sambil-sambil hujan lebat, sambil-sambil saya buka bonet untuk ambil beg. Dah lah malas nak pakai payung.

Thursday, August 25, 2016

STANDARDIZING PROCEDURES IN DIGITAL RECORD MANAGEMENT



NATIONAL ARCHIVES URGED TO STANDARDISE PROCEDURES IN DIGITAL RECORD MANAGEMENT



Date: 16-08-2016


PUTRAJAYA, Aug 16 (Bernama) -- The National Archives need to have 
a uniform system in managing its digital records on 
materials submitted as evidence in court, said Tourism and 
Culture Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Speaking to the media after opening a records management 
convention organised by the National Archives here today, 
he said though digital record management was challenging, it 
should be implemented especially if the evidence were required to 
be produced in court.

"Our main challenge is how to ensure that the records in 
this  digital age can be used in court because currently, even 
if the  record or information is from the National Archives,
its authencity is still being questioned and debated," he said. 

Mohamed Nazri said only critical information about the 
content, context and structure of the records could 
determine whether the records were genuine and reliable for 
them to be accepted as court evidence.

"Malaysia's success in the case concerning sovereignty over 
Pulau Ligitan and Pulau Sipadan in the International Court of 
Justice (ICJ) reaffirms the importance of efficient record 
management in supporting fights over rights in  court," he said.

On the other hand in the case concerning claims over Pulau 
Batu Puteh, he said, Singapore obviously maintained a set better 
of records which eventually convinced the court in their decision.

Mohamed Nazri proposed that when an information was recorded, it 
was probably necessary to have the presence of a commissioner 
of oaths and a witness to verify  the authencity of the record 
and they could be called for reference should the evidence be 
used in court.

He added that the relevant institutions such as the 
Attorney-General's Chambers, Communications and Multimedia 
Commission (MCMC), CyberSecurity Malaysia and Office of 
Chief Security Officer could work with the National Archives 
in establishing a standard in regulating records especially for 
court reference.