Wednesday, December 30, 2015

Pengalaman Menggunakan Chromecast

Chromecast just arrived at the office



Baru-baru ini saya beli Chromecast dari Lazada. Order hari Ahad dan hari Selasa jam 10.30 pagi, despatch Lazada yang bernama Yahya dah berada di ofis saya. Terkejut juga apabila Yahya call saya kerana saya letak alamat rumah, rupa-rupanya Yahya masih ingat dia ada hantar ke ofis saya external HDD yang saya beli di Lazada, ketika itu Yahya datang ke rumah tapi saya suruh Yahya datang ke ofis kerana saya tiada di rumah. Yahya juga masih mengingati lokasi ofis saya dan masih lagi ingat rupa saya. Actually, I do not know much about this thing called Chromecast sehinggalah saya 'terserempak' offer menarik Chromecast di Lazada Malaysia di mana they are offering it together with Free One Year Access to Iflix worth RM 96. The Chromecast itself is RM 179 which I believed Maxis is offering a lower price tapi without the free Iflix thing.

Saya juga membaca komen-komen pembeli Lazada yang masih belum mendapat access code Iflix seperti yang dijanjikan tapi buat masa ini saya tidak kisah sangat samada access code tu lambat atau cepat kerana saya memang ada membayar access ke Iflix secara bulanan iaitu RM 10. Please google Iflix to know what is it, just in case you do not know it. Saya suka Iflix sebab dapat menonton filem-filem Melayu tahun 90-an. 

Back to the Chromecast thing, selepas order di Lazada on Sunday, saya pun google Chromecast review and saw lots of wonderful review. Chromecast turn your TV yang ada connection HDMI into a smart tv, well not 100% smart but almost smart. Kita boleh stream Youtube and selective apps (setakat ni apps yang boleh di stream ke Chromecast masih terhad, tapi Google dalam proses updating apps yang boleh di stream ke Chromecast)ke Chromecast dan that video and sound will appear in your TV. Kalau TV anda 50 inch, besar lah video yang anda lihat. Lupa nak beritahu bahawa Chromecast ini adalah produksi Google.


Streaming Youtube ke TV

So, bila dah dapat Chromecast yang dihantar ke ofis, terpaksa tunggu tugasan di ofis selesai baru lah dapat mencuba Chromecast di rumah. Agak terkial-kial untuk memasukkan Chromecast ke dalam port HDMI di TV kerana TV saya tergantung di dinding. Chromecast ini, bentuk hampir menyerupai USB thumbdrive tetapi size nya agak besar dari thumbdrive. Ketebalannya hampir sama dan perlukan punca kuasa dari sumber kuasa lain kerana port HDMI tidak mampu memberikan kuasa kepada Chromecast. Disertakan sekali kabel USB di dalam kotak serta adapter. Jika TV ada USB port, masukkan sahaja kabel USB itu ke USB port TV, jika tiada, masukkan dalam adapter dan adapter tersebut di plug in pada power socket. Konsep sama dengan menggunakan smartphone sambil charging. Selepas Chromecast on, select input ke HDMI port Chromecast dan ikut arahan yang tertera. Sebelum tu, on kan dahulu Wifi di rumah anda. Connect device kita samada tablet atau smartphone ke Wifi. Download apps Chromecast, dan dari apps, device kita akan connect pada Chromecast kita. Melalui apps itu juga kita akan connect Chromecast kita kepada wifi kita. Kita juga boleh rename Chromecast kita dengan nama lain yang lebih unik. Selepas selesai proses ini, mungkin akan berlaku proses updating Chromecast menerusi internet connection wifi kita dan selepas selesai, ia boleh digunakan. Saya mengambil masa 15 minit termasuklah kesusahan untuk memasukkan Chromecast ke dalam port HDMI. Nasib juga ada cable HDMI extender diberikan sekali dalam kotak. 

Saya mencuba buka Youtube dalam smartphone saya dan saya play satu video HD dan saya click button Cast di Youtube dan video dan sound terus dipaparkan ke TV, smartphone saya boleh digunakan untuk call semasa saya 'cast' ke TV. Saya tertidur selepas 15 minit saya cast video Mountain Bike HD ke TV dan apabila saya bangun sejam kemudian TV saya masih memaparkan video HD tentang mountain bike tetapi ianya berbeza dengan video yang saya tonton sebelum saya tidur. Rupanya Youtube secara automatik memilih video HD dalam kategori Mountain Bike untuk dipaparkan di TV secara berterusan. 

Saya cuba iFlix, di tablet saya iFlix tidak boleh cast, di smartphone boleh. Maybe ini kelemahan dari iFlix. 

Browsing on the TV

Terbaca pula di internet, boleh browsing di PC dan laptop dan visualnya di cast ke TV. Saya try setup MBA saya untuk saya cast di TV, kena install dahulu Google Chrome dan kemudian install satu extension dari Google. Selepas itu saya masuk ke web chromecast.com/setup dan MBA saya mencari device Cast saya namun setelah 10 minit masih mencari-cari. Beberapa kali saya lakukan tetapi MBA masih gagal jumpa Cast saya. Saya sudah give up dan tutup TV. Tiba-tiba saya terfikir untuk try for the last time  dan kali ini berjaya. Rupanya Chromecast ini perlu kita refresh setiap kali kita guna dengan device berbeza, caranya just turn off TV dan on kan kembali. 

So far apa yang saya lihat berkenaan dengan Chromecast ini ialah untuk cast Youtube tiada masalah dengan pelbagai device tetapi untuk iFlix, hanya Note saya sahaja yang boleh cast, tablet saya gagal. Untuk screen mirroring iaitu segala content device kita boleh dipaparkan di TV, hanya Note saya dan laptop yang boleh, tablet saya gagal. For the record, tablet yang saya gunakan adalah Samsung Galaxy Tab 3V iaitu tablet paling murah dalam keluarga Samsung. 

Sempat bermain whatsapp dan dipaparkan di TV, sejujurnya ada sedikit lagging apabila kita Screen Mirroring Smartphone dan laptop kita. Tidak smooth seperti di smartphone dan laptop. Tapi tak lah lagg yang teruk. Still acceptable. 

Apa yang saya lihat, untuk menggunakan Chromecast kita perlu ada :-

1. Chromecast
2. TV yang ada HDMI Port
3. USB port di TV sebagai puncak kuasa Cast, kalau takde, boleh guna adapter yang diberikan.
4. Wifi di rumah. Saya tidak pasti samada Wifi tersebut perlu diconnect dengan internet atau tidak, tapi saya ada terbaca somewhere in the internet yang connection internet untuk Wifi tidak perlu, Wifi tersebut hanya sebagai penghubung antara Cast dengan Device.
5. Device seperti smartphone, tablet, PC atau laptop untuk kita cast content ke Chromecast. 

 
 

1 comment:

  1. Saya telah membeli di kedai dengan panduan diskaun.
    harga yang disyorkan bernilai, menjimatkan wang
    Store Discount >> http://bit.ly/chromecast2-discount-my

    ReplyDelete