Wednesday, December 30, 2015

Pengalaman Menggunakan Chromecast

Chromecast just arrived at the office



Baru-baru ini saya beli Chromecast dari Lazada. Order hari Ahad dan hari Selasa jam 10.30 pagi, despatch Lazada yang bernama Yahya dah berada di ofis saya. Terkejut juga apabila Yahya call saya kerana saya letak alamat rumah, rupa-rupanya Yahya masih ingat dia ada hantar ke ofis saya external HDD yang saya beli di Lazada, ketika itu Yahya datang ke rumah tapi saya suruh Yahya datang ke ofis kerana saya tiada di rumah. Yahya juga masih mengingati lokasi ofis saya dan masih lagi ingat rupa saya. Actually, I do not know much about this thing called Chromecast sehinggalah saya 'terserempak' offer menarik Chromecast di Lazada Malaysia di mana they are offering it together with Free One Year Access to Iflix worth RM 96. The Chromecast itself is RM 179 which I believed Maxis is offering a lower price tapi without the free Iflix thing.

Saya juga membaca komen-komen pembeli Lazada yang masih belum mendapat access code Iflix seperti yang dijanjikan tapi buat masa ini saya tidak kisah sangat samada access code tu lambat atau cepat kerana saya memang ada membayar access ke Iflix secara bulanan iaitu RM 10. Please google Iflix to know what is it, just in case you do not know it. Saya suka Iflix sebab dapat menonton filem-filem Melayu tahun 90-an. 

Back to the Chromecast thing, selepas order di Lazada on Sunday, saya pun google Chromecast review and saw lots of wonderful review. Chromecast turn your TV yang ada connection HDMI into a smart tv, well not 100% smart but almost smart. Kita boleh stream Youtube and selective apps (setakat ni apps yang boleh di stream ke Chromecast masih terhad, tapi Google dalam proses updating apps yang boleh di stream ke Chromecast)ke Chromecast dan that video and sound will appear in your TV. Kalau TV anda 50 inch, besar lah video yang anda lihat. Lupa nak beritahu bahawa Chromecast ini adalah produksi Google.


Streaming Youtube ke TV

So, bila dah dapat Chromecast yang dihantar ke ofis, terpaksa tunggu tugasan di ofis selesai baru lah dapat mencuba Chromecast di rumah. Agak terkial-kial untuk memasukkan Chromecast ke dalam port HDMI di TV kerana TV saya tergantung di dinding. Chromecast ini, bentuk hampir menyerupai USB thumbdrive tetapi size nya agak besar dari thumbdrive. Ketebalannya hampir sama dan perlukan punca kuasa dari sumber kuasa lain kerana port HDMI tidak mampu memberikan kuasa kepada Chromecast. Disertakan sekali kabel USB di dalam kotak serta adapter. Jika TV ada USB port, masukkan sahaja kabel USB itu ke USB port TV, jika tiada, masukkan dalam adapter dan adapter tersebut di plug in pada power socket. Konsep sama dengan menggunakan smartphone sambil charging. Selepas Chromecast on, select input ke HDMI port Chromecast dan ikut arahan yang tertera. Sebelum tu, on kan dahulu Wifi di rumah anda. Connect device kita samada tablet atau smartphone ke Wifi. Download apps Chromecast, dan dari apps, device kita akan connect pada Chromecast kita. Melalui apps itu juga kita akan connect Chromecast kita kepada wifi kita. Kita juga boleh rename Chromecast kita dengan nama lain yang lebih unik. Selepas selesai proses ini, mungkin akan berlaku proses updating Chromecast menerusi internet connection wifi kita dan selepas selesai, ia boleh digunakan. Saya mengambil masa 15 minit termasuklah kesusahan untuk memasukkan Chromecast ke dalam port HDMI. Nasib juga ada cable HDMI extender diberikan sekali dalam kotak. 

Saya mencuba buka Youtube dalam smartphone saya dan saya play satu video HD dan saya click button Cast di Youtube dan video dan sound terus dipaparkan ke TV, smartphone saya boleh digunakan untuk call semasa saya 'cast' ke TV. Saya tertidur selepas 15 minit saya cast video Mountain Bike HD ke TV dan apabila saya bangun sejam kemudian TV saya masih memaparkan video HD tentang mountain bike tetapi ianya berbeza dengan video yang saya tonton sebelum saya tidur. Rupanya Youtube secara automatik memilih video HD dalam kategori Mountain Bike untuk dipaparkan di TV secara berterusan. 

Saya cuba iFlix, di tablet saya iFlix tidak boleh cast, di smartphone boleh. Maybe ini kelemahan dari iFlix. 

Browsing on the TV

Terbaca pula di internet, boleh browsing di PC dan laptop dan visualnya di cast ke TV. Saya try setup MBA saya untuk saya cast di TV, kena install dahulu Google Chrome dan kemudian install satu extension dari Google. Selepas itu saya masuk ke web chromecast.com/setup dan MBA saya mencari device Cast saya namun setelah 10 minit masih mencari-cari. Beberapa kali saya lakukan tetapi MBA masih gagal jumpa Cast saya. Saya sudah give up dan tutup TV. Tiba-tiba saya terfikir untuk try for the last time  dan kali ini berjaya. Rupanya Chromecast ini perlu kita refresh setiap kali kita guna dengan device berbeza, caranya just turn off TV dan on kan kembali. 

So far apa yang saya lihat berkenaan dengan Chromecast ini ialah untuk cast Youtube tiada masalah dengan pelbagai device tetapi untuk iFlix, hanya Note saya sahaja yang boleh cast, tablet saya gagal. Untuk screen mirroring iaitu segala content device kita boleh dipaparkan di TV, hanya Note saya dan laptop yang boleh, tablet saya gagal. For the record, tablet yang saya gunakan adalah Samsung Galaxy Tab 3V iaitu tablet paling murah dalam keluarga Samsung. 

Sempat bermain whatsapp dan dipaparkan di TV, sejujurnya ada sedikit lagging apabila kita Screen Mirroring Smartphone dan laptop kita. Tidak smooth seperti di smartphone dan laptop. Tapi tak lah lagg yang teruk. Still acceptable. 

Apa yang saya lihat, untuk menggunakan Chromecast kita perlu ada :-

1. Chromecast
2. TV yang ada HDMI Port
3. USB port di TV sebagai puncak kuasa Cast, kalau takde, boleh guna adapter yang diberikan.
4. Wifi di rumah. Saya tidak pasti samada Wifi tersebut perlu diconnect dengan internet atau tidak, tapi saya ada terbaca somewhere in the internet yang connection internet untuk Wifi tidak perlu, Wifi tersebut hanya sebagai penghubung antara Cast dengan Device.
5. Device seperti smartphone, tablet, PC atau laptop untuk kita cast content ke Chromecast. 

 
 

Sunday, December 20, 2015

Blogger Apps


Agak lama saya tidak menggunakan apps di Android untuk update blog. Entri ini saya tulis menggunakan apps Blogger. Apps ini tidak lah sempurna 100% ditambah dengan entri menggunakan keypad di smartphone atau tablet, tapi bolehlah digunakan secara mobile.


Membeli Belah di Internet

Pembelian menggunakan internet merupakan satu trend masakini. Pelajar-pelajar saya juga menggunakan pembelian secara internet malah saya sendiri belajar membeli di Lazada dengan mereka. Bercakap mengenai Lazada, saya ada membeli external HDD 1TB baru-baru ini di Lazada dan oleh kerana harganya atas RM 200, saya menggunakan kaedah COD, which is the first time that I bought something through the internet by using COD method. Sebelum ini saya rajin menggunakan eBay dan saya bayar dahulu menggunakan PayPal kerana barang-barang adalah dari luar negara. Kini saya tidak lagi menggunakan eBay kerana tukaran USD yang tinggi. 

Pengalaman pertama menggunakan Lazada agak pahit namun tidaklah 100% pahit, ingin saya ucapkan terima kasih pada Zamil dari Customer Service Lazada kerana banyak membantu. Sebenarnya sebahagian kepahitan itu adalah salah saya sendiri kerana tidak melihat jangkaan tarikh HDD tersebut tiba dirumah. Akibatnya, hari yang saya sangkakan HDD akan tiba di rumah adalah tidak benar kerana barang tersebut baru dishipping ke warehouse. Apabila saya melihat status shipping, saya sudah excited kerana baru sehari sebelumnya saya memesan barang dan kini ia sudah dishipping kepada saya. Rupanya saya sudah salah tafsiran dan terpaksa redha yang HDD tersebut akan dihantar pada hari Isnin minggu hadapan. 

Pada hari Isnin, hati dah melompat kerana HDD akan sampai, namun saya menerima sms mengatakan atas permintaan saya, barang tersebut tidak jadi dihantar dan saya diminta hubungi Lazada untuk aturkan kembali tarikh hantaran. Dengan hati yang tersentap, saya menelefon Lazada dan bercakap dengan Zamil dan dia sendiri dalam keadaan pelik kerana saya menerima SMS tersebut Dipendekkan cerita, hasil bantuan Zamil, HDD di delivery kepada saya di pejabat pada hari Selasa. Sebelum itu, pada hari Ahad, saya ada beli lagi barang dari Lazada dan saya telah membayar menggunakan PayPal. Ingatkan lagi lama barang tersebut nak sampai, rupa-rupanya hari Rabu dah sampai ke rumah. 

Konklusi nya, kalau nak barang cepat, pergi sahaja ke kedai. 
Barang yang ini dibeli dan dibayar secara online.
Barang ini pula dibayar secara COD

Thursday, December 17, 2015

ICIS 2015

Fakulti Pengurusan Maklumat baru-baru ini menganjurkan konferen antarabangsa yang diberi nama The International Conference of Information Science 2015 dan bertempat di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana. 

Saya juga diberi tugas untuk menjadi jurukamera kerana sesi pembentangan kertas kerja dilakukan di tiga tempat serentak, jadi untuk mengharapkan seorang sahaja jurukamera adalah sukar. Ini juga merupakan peluang saya untuk kembali menjalankan hobi fotografi saya. Berbekalkan DSLR lama saya iaitu Nikon D60 serta speedlight Nissin dan Kit Lense 18-55, bermulalah upacara 'menembak' dan secara keseluruhan ada lebih 250 gambar yang dirakam oleh lensa saya. Gambar yang diambil tidak lah perfect namun memadai dengan sedikit touchup menggunakan apps di MBA saya.

Di bawah merupakan sedikit gambar-gambar yang saya rakamkan.















Monday, December 07, 2015

Pengalaman Melalui Kawad Cam

image source : guardian.co.tt

Entri di bawah saya ulang siar semula dari domain lama saya. Terdapat pelbagai rencah kehidupan di dunia ini yang tidak dapat dirasai oleh semua orang. Entri di bawah saya coretkan pada tahun 2012.


Sebelum perkara ini dilupakan begitu sahaja oleh saya, biarlah saya coretkan pengalaman yang saya lalui semalam supaya ianya boleh dikisahkan kembali jika diperlukan.
Segalanya bermula pada pagi semalam apabila saya dihubungi rakan saya, Nazrul yang meminta bantuan saya untuk ke sebuah IPD di Lembah Klang. Kebetulan pula kenalan lama saya bernama Johari merupakan anggota polis di IPD terbabit. Saya dan Nazrul tiba di IPD sewaktu makan tengahari kira-kira jam 1.30 dan kami makan bersama-sama Johari di restoran belakang IPD terbabit.
Rupa-rupanya di restoran tersebut terdapat sekumpulan lelaki dari lingkungan 20-an ke 40-an sedang makan dan salah seorangnya merupakan rakan saya dan Nazrul, namanya Dino. Kesemua kumpulan lelaki terbabit merupakan orang-orang Dino.
Menurut Dino, kesemua mereka akan menghadiri kawad cam dalam satu kes pergaduhan. Johari mengakui bahawa rakan-rakannya ada menangkap beberapa orang suspek yang terlibat dalam pergaduhan di kawasan pentadbiran IPD tersebut. Dino merupakan rakan lama saya dan mereka yang ditangkap merupakan kenalan Dino.
Nazrul, Dino dan rakan-rakan mereka yang berada di restoran akan menjadi perserta kawad cam dimana mereka akan berdiri di celah-celah suspek sebenar dan mangsa atau pengadu akan diminta menunjukkan orang yang memukulnya kepada pegawai penyiasat. Kawad cam akan dijalankan dalam beberapa pusingan dimana kedudukan para peserta kawad cam akan berubah. Jika pengadu mengecam orang yang salah dalam setiap pusingan atau gagal mengecam suspek yang sebenar, maka kes akan menjadi lemah atau kes gugur bagaimanapun ia bukanlah satu mekanisma yang muktamad untuk mengugurkan sesuatu tuduhan kerana saya juga tidak begitu arif dalam bidang perundangan, ini hanya penerangan asas yang diberitahu kepada saya sahaja.
Segalanya bermula apabila seorang detektif memanggil Dino, Nazrul dan rakan-rakan mereka untuk ke Bahagian Siasatan Jenayah yang terletak berhampiran. Ketika itu pula Johari meminta diri kerana perlu menghadiri mesyuarat. Ketika itu jam sudah menunjukkan angka 2.30 petang.
Masalah timbul apabila bilangan orang awam yang akan menyertai kawad cam tersebut tidak cukup. Saya tiba-tiba diajak turut serta dan memikirkan bahawa jika saya tolak proses kawad cam tidak akan berlangsung maka saya menerima tawaran terbabit. Lagipun tidak perlu berkira dalam soal ini kerana kita sendiri tidak tahu untung nasib kita satu hari nanti dan siapa yang akan menolong kita. Tidak perlu berlagak sombong.
Sebelum memasuki bilik kawad cam, MyKad kami diserahkan kepada detektif terbabit untuk difotostat. Saya dan rakan-rakan lain kemudiannya memasuki bilik kawad cam tersebut. Suasana ketika itu amat harmonis dan detektif-detektif yang bertugas juga amat professional dan berbual dengan kami. Ada antara detektif yang saya lihat amat menghormati saya, mungkin kerana kesanggupan saya turut dalam kawad cam terbabit yang sekaligus membantu melicinkan kerja mereka.
Apabila masuk sahaja dalam bilik kawad cam, rupa-rupanya kesemua suspek yang terlibat dalam kes pergaduhan terbabit ada di dalam bilik itu dengan baju lokap dan tangan bergari. Saya terkejut melihat salah seorang suspek kerana dia pernah bekerja bersama-sama saya. Dia juga kelihatan terkejut dan terpinga-pinga melihat saya berada dalam bilik kawad cam terbabit.
Perbarisan kawad cam dimulakan dan saya berada di nombor 8 sementara rakan saya Nazrul di nombor 9. Kami berbaris dicelah-celah kesemua suspek yang telah dibuka garinya dan baju lokap telah ditukar kepada t-shirt biasa. Mangsa/pengadu kemudiannya dipanggil dan diiringi pegawai penyiasat kes untuk mengecam kami dari luar bilik, di tingkap kaca. Sememangnya lucu apabila mangsa mengecam rakan saya Nazrul sebagai orang yang memukulnya. Selepas habis pusingan pertama, suspek-suspek lain pula dipanggil masuk (jumlah suspek dalam kes ini agak besar). Orang awam yang akan berbaris bersama suspek pula akan kekal.
Namun ketika inilah sesuatu berlaku. Salah seorang suspek tidak dapat memakai baju tshirt biasa untuk menggantikan baju lokap kerana badannya besar. Dan kebetulan badan saya besar, detektif meminta jasa baik saya untuk meminjamkan baju saya kepada suspek. Saya sebenarnya boleh menolak kerana ia bukan arahan tetapi dalam keadaan masing-masing inginkan proses berjalan lancar, tanpa gangguan dan dapat dihabiskan pada waktunya, maka saya memberi kan sahaja tshirt terbabit pada suspek untuk digunakannya. Ketika itu suasana dalam bilik kawad cam amat tengik dan busuk serta panas dan tiada pengaliran udara kerana penghawa dingin rosak.
Maka berdirilah saya tanpa baju di tepi bilik kawad cam menunggu sehingga proses kawad cam selesai dan apabila saya menerima kembali baju saya, segala macam bau tengik dan busuk melekat. Dua kali saya terpaksa mandi sekembalinya di rumah barulah bau tengik dan busuk itu hilang.
Selesailah sudah satu perkara yang saya pasti tidak ramai rakan-rakan ahli akademik saya akan lalui iaitu menjadi seorang suspek yang dicam tanpa perlu melanggar undang-undang. Semestinya ini akan menjadi satu pengalaman sepanjang perjalanan hidup saya.
Tentu anda tertanya-tanya apakah perjalanan kes ini. Oleh kerana kes masih baru dan dalam siasatan, saya tidak akan menceritakan lokasi kejadian.  Sebenarnya, pengadu/mangsa dalam kes ini telah melakukan sesuatu sehingga merosakkan akhlak remaja-remaja di satu komuniti. Telah beberapa kali pengadu/mangsa ditegur oleh komuniti di situ namun pengadu/mangsa hanya berhenti seketika, kemudiannya menjalankan kembali aktivitinya yang salah di sisi undang-undang. Saya difahamkan aduan telah dilakukan namun tidak diendahkan oleh pengadu/mangsa, mungkin kesalahan yang dilakukan kecil di sisi penguatkuasa namun ianya memberi impak negatif yang besar pada remaja di komuniti terbabit.
Berang dengan kejadian salah yang berterusan menyebabkan sekumpulan lelaki dari komuniti terbabit bersemuka dengan pengadu/mangsa. Saya difahamkan  berlaku provokasi hingga menyebabkan pergaduhan dan pengadu/mangsa yang pada mulanya merasakan dirinya kuat akhirnya tumbang dikeroyok oleh kumpulan lelaki dari komuniti tersebut.
Seorang lelaki dari kalangan komuniti tersebut bernama Pak Salim membawa pengadu/mangsa membuat laporan polis. Saya juga difahamkan Pak Salim memang tidak digermari oleh komuniti disitu kerana berperangai seperti samseng (mungkin juga samseng), dan pengadu/mangsa merupakan sumber kewangan tetap Pak Salim.
Apa yang didengar juga ialah pengadu tidak mengalami apa apa kecederaan serius, saya memang ada melihat sendiri pengadu ketika di IPD dan memang tidak kelihatan apa-apa kecederaan pada pengadu.
Apa anasir jahat yang pengadu/mangsa lakukan? Biarlah rahsia kerana kes masih dalam siasatan.
Sebelum kami balik, MyKad kami dipulangkan dan nombor telefon kami dicatit.
Dan ketika saya keluar dari IPD saya lihat anak-anak dan isteri-isteri semua suspek sedang menunggu bapa dan suami masing-masing. Timbul perasaan sayu kerana bapa dan suami masing-masing cuma ingin melindungi komuniti mereka dari anasir jahat, cuma mungkin tindakan mereka agak keras  dan diluar undang-undang.
Moral of the story:-
Yang ditangkap tidak semestinya jahat dan yang mengadu tidak semestinya baik.
Kalau nak masuk kawad cam, pastikan bawa baju tshirt dan seluar lebih, takut jadi insiden macam saya pula.
Jika anda adalah orang awam di kalangan kawad cam dan pengadu asyik menunjukkan bahawa andalah penjenayah, bukan bermakna anda akan ditangkap. Lebih-lebih lagi ketika waktu kejadian anda berada di kawasan lain seperti yang berlaku pada Nazrul.
TERIMA KASIH kerana sudi membaca Nukilan FANTASI dan TAHYUL saya.  Segala diatas adalah rekaan dan ciptaan semata-mata. Sebarang persamaan dari segi nama, hati dan perasaan adalah kebetulan yang menakjubkan.

Sunday, December 06, 2015

TV LED



Posting pertama saya di bulan Disember ialah mengenai TV saya yang rosak dan terpaksa digantikan dengan yang baru. Domain lama saya pernah menceritakan mengenai TV LCD saya. Setelah 4 tahun menggunakannya, akhirnya TV LCD jenama Sharp saya rosak, hanya ada suara tetapi tiada gambar. Sebelum itu, terdapat garis melintang di atas skrin. Saya telah google masalah garis tersebut dan jawapan yang diperolehi adalah TV saya akan rosak sepenuhnya. Beberapa kedai repair barang elektrik yang saya kunjungi mencadangkan supaya saya membeli TV baru sahaja di kedai-kedai menjualan alatan elektrik kerana kata mereka, kos repair boleh beli TV yang baru.

Bermulalah proses mencari TV baru, beberapa hari tiada TV sebenarnya tidak mendatangkan masalah kepada isi rumah saya kerana mereka masih ada internet. Setelah meneliti spesifikasi TV 32 inci, saya memilih TV LED Samsung. Lebih nipis dari TV LCD saya yang rosak dan warna lebih cantik dan terang serta mampu memainkan downloadable content menggunakan thumbdrive, sama dengan TV LCD saya. Menggunakan mounting dinding TV lama, cuma skru sahaja ditukar kerana ianya berbeza size dari TV lama, setelah disangkut di dinding, nampak kecil sahaja berbanding TV lama walaupun size sama, mungkin sebab TV lama speaker nya besar di bawah. 

Harga yang dibeli, RM 753.77 campur 45.23 GST so total harga ialah RM 799. Lebih murah dari TV lama yang berharga RM 12xx. Di bawah merupakan spesifikasi TV tersebut. Permasalahan yang sehingga kini belum diselesaikan ialah bagaimana untuk menyambung speaker Home Theater saya ke audio tv ini. Sebenarnya insiden TV rosak ini berlaku pada minggu pertama Oktober 2015 dan TV ini dibeli pada 12 Oktober 2015, setelah hampir 2 bulan baru ada masa untuk post di sini, so hampir 2 bulan lah HT saya tidak berbunyi. 

UA32J4005AKXXM 32'' Series 4 LED TV

Series
  • Series
4
Display
  • Screen Size
32"
  • Resolution
1366 x 768
Video
  • Picture Engine
HyperReal
  • Clear Motion Rate
100
  • Motion Refresh Rate
50 Hz
  • Dynamic Contrast Ratio
Mega Contrast
  • Wide Color Enhancer (Plus)
Yes
  • Film Mode
Yes
Audio
  • Dolby Digital Plus
Yes
  • Virtual Surround
DTS Studio Sound
  • DTS Codec
DTS Premium sound 5.1
  • Sound Output (RMS)
10 watts (5 watts + 5 watts)
  • Speaker Type
2 CH (Down Firing + Base Reflex)
  • Wallmount Sound Mode
Yes
Tuner/Broadcasting
  • Digital Broadcasting
DVB-T2 (Built-In)
  • Analog Tuner
Yes
Connectivity
  • HDMI
2
  • USB
1
  • Component In (Y/Pb/Pr)
1
  • Composite In (AV)
1 (Common Use for Component Y 1)
  • Audio Out (Mini Jack)
Yes
  • RF In (Terrestrial / Cable input)
1 / 1 (Common Use for Terrestrial) / 0
Design
  • Design
Slim Edge Mold
  • Bezel Type
NNB
  • Slim Type
Slim (5xmm)
  • Front Color
Indigo Dark Blue
  • Stand Type
Mini Arc
Additional Feature
  • Digital Clean View
Yes
  • Auto Channel Search
Yes
  • Auto Power Off
Yes
  • Caption (Subtitle)
Yes
  • ConnectShare™ (USB 2.0)
Yes
  • Sports Mode
Yes
  • Embeded POP
Yes
  • EPG
Yes
  • Game Mode
Yes
  • OSD Language
Local
  • Picture-In-Picture
Yes
  • Teletext (TTXT)
Yes
  • Triple Protector
Yes
Eco Feature
  • Eco Mark
Planet First
  • Energy Efficiency Class
A+
  • Mercury Content
0 mg
  • Lead Presence
Yes
Power
  • Power Supply
AC100-240V 50/60Hz
  • Power Consumption (Max)
48 W
  • Power Consumption (Stand-by)
0.5 watts
  • Power Consumption (Energy Saving Mode)
28 watts
  • Power Consumption (Typical)
28 watts
  • Peak Luminance Ratio
74%
Dimension
  • Package Size (WxHxD)
924 x 503 x 127 mm
  • Set with Stand (WxHxD)
745.4 x 466.6 x 150.5 mm
  • Set without Stand (WxHxD)
745.4 x 442.2 x 69.0 mm
Weight
  • Package Weight
5.53 kg
  • Set Weight with Stand
3.82 kg
  • Set Weight without Stand
3.73 kg
Accessory
  • Remote Controller Model
TM1240A
  • Batteries (for Remote Control)
Yes
  • Mini Wall Mount Supported
Yes
  • Vesa Wall Mount Supported
Yes
  • User Manual
Yes
  • E-Manual
Yes
  • Power Cable

Yes