Sunday, September 20, 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha 2015

Nizamyunus.com mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2015. Pejam celik rasanya baru sahaja kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. 


Kini, kita akan menyambut pula Hari Raya Aidiladha. Kita dikejutkan dengan tragedi di runtuhan kren di Masjidilharam yang mengorbankan sejumlah besar jemaah haji termasuk dari negara kita. Ada juga para jemaah haji dari negara kita yang cedera. Diharapkan keluarga mereka tabah menerima dugaan ini. 

Salah satu yang menarik perhatian saya dari aspek pengurusan maklumat ialah ketepatan pengurusan rekod-rekod para jemaah haji Malaysia oleh pihak Tabung Haji. Apabila berlakunya bencana seperti tragedi runtuhan kren, mangsa-mangsa samada yang cedera atau terbunuh dapat dikenalpasti berdasarkan rekod butiran diri mereka. Keluarga dapat dihubungi dan maklumat dapat dihebahkan oleh media. Ini menunjukkan betapa pentingnya pengurusan rekod yang baik.

Berbalik pada sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, saya berhari raya di tempat bermastautin sahaja kerana cuti yang diberi hanyalah satu hari sahaja. Apa-apa pun suasana dijangkan meriah kerana saudara mara saya dan isteri ramai yang sudah bermastautin, seperti kami, di lembah klang.

Kebetulan hari raya tahun ini jatuh pada musim cuti sekolah memungkinkan keluarga pulang beraya lebih awal. Masa yang baik untuk saya ride sekitar taman kerana kawasan taman sudah pun sunyi.

Harapan agar jerebut tidak kembali lagi kerana agak sukar untuk ride ketika jerebu, terpaksa minum air banyak dan mencuci muka menggunakan air sekerap mungkin. Saya sukar ride dalam keadaan bertopeng muka kerana asap hembusan nafas akan menyebabkan kacamata menjadi kelabu. Ride tanpa kacamata pula sangat bahaya kerana saya mungkin tidak dapat membezakan yang mana satu longkang dan yang masa satu jalanraya, lagi-lagi kerana saya ride malam hari. Tiada gunanya kelengkapan ride malam sempurna tetapi tidak dapat membezakan yang mana satu jalan yang lurus dan mana satu jalan yang bengkok.

Apa-apa pun Selamat Hari Raya Aidiladha 2015. 

No comments:

Post a Comment