Thursday, September 03, 2015

New Batteries for the Keyboard



Sejak akhir-akhir ini wireless keyboard yang saya gunakan mula buat hal. Bila tekan keyboard untuk menaip, huruf kadangkala agak lambat untuk timbul/muncul di skrin. Saya mula menyangkakan bahawa terdapat satu program yang sentiasa running di belakang tabir sehingga menyebabkan keystroke saya lagging. Tetapi ketika melakukan aktiviti lain tidak pula lagging, jika ada hidden program yang sedang running di background, sudah tentu semuanya lagg. 

Mulalah saya mencari maklumat berkaitan hal ini di Uncle Google dan memang tedapat permasalahan yang sama di alami oleh user-user di internet. Pelbagai juga solusi yang dicadangkan, ada yang mudah dan ada yang complicated. 

Saya mencuba dahulu solusi mudah, iaitu ganti bateri. Ya, ganti bateri. Saya menjangkakan mungkin bateri sudah mula weak. Bila saya tengok balik resit, rupanya sudah lebih 1 tahun saya gunakan keyboard ini. Entri berkenaan keyboard ada di sini. Selepas ganti bateri, semuanya kembali normal. 

Sebenarnya, diam tak diam sudah 1 tahun saya guna keyboard dan mouse tersebut. Saya langsung tidak sedar usianya sudah 1 tahun. Memang benar lah apabila kita sibuk, masa begitu cepat berlalu. Anak-anak pun saya lihat cepat membesar. Ibu bapa saya pun tidak sekuat dahulu. 

Time is Gold.



 

No comments:

Post a Comment