Wednesday, August 19, 2015
Mungkir
Mungkir boleh didefinisikan sebagai tidak menepati, menolak, menyangkal, tidak mengaku, tidak mengiakan. Definisi ini saya ambil dari satu laman web indonesia iaitu www.artikata.com. Mungkir juga digunakan di dalam Bahasa Melayu kita dan saya selalu berjumpa perkataan mungkir ini merujuk kepada tidak menepati.
Dalam kehidupan kita, kita akan berjumpa dengan sesuatu keadaan yang mungkir. Mungkir yang paling kerap ialah mungkir janji. Mungkin dia mungkir kerana terlupa dan jika dia terlupa sesuatu dengan anda, ini bermakna anda merupakan sesuatu yang 'less priority' dalam kehidupan orang itu.
Dalam tugas saya, kadang kala saya berjumpa dengan situasi mungkir. Kekerapan yang paling tinggi ialah students saya mungkir janji untuk menghantar tugasan pada waktu yang ditetapkan. Bukan semua, hanya segelintir tetapi segelintir itu yang membuatkan segala-galanya rosak.
Baru-baru ini saya menghadapi satu situasi dimana seorang rakan saya gelarkan dia sebagai A telah berjanji untuk menjalankan sesuatu projek bersama-sama kami semua. A mengatakan bahawa B akan datang pada malam itu bersama-sama rakannya. Gaya penceritaan A ini sangat meyakinkan sehingga ada di kalangan rakan-rakan kami yang amat sibuk pun turut serta kerana ingin menjayakan projek.
Tiba pada saat yang dijanjikan, kesemua kami berkumpul di satu lokasi pada malam hari, A datang lambat. Kami tanya, bila mahu mulakan projek, A cakap tunggu B kerana hanya B yang faham isi kandungan projek ini. Bila ditanya B menerusi telefon bimbit, B kata dia tak jadi datang. Kemudian salah seorang rakan dah berang, marahkan B kerana mungkir janji, B beri alasan bahawa rakan kepada B yang lebih pakar dalam projek tersebut tidak dapat dihubungi.
Begitu mudah B memberi alasan tanpa memikirkan susah payah kami rakan-rakan yang datang untuk melaksanakan projek terbabit. Dan A pula begitu senang pula mempercayai B, mungkin juga kerana A terlampau baik sampai mempercayai B tanpa ada sebarang zarah-zarah ragu.
Sebenarnya, B memang berperangai lepas tanggungjawab. Saya melihat kehidupannya dari dahulu memang tidak kisahkan kesusahan orang. Bak kata anak muda sekarang, Janji Tengkuk Dia Lepas.
Mungkir sebenar sesuatu yang dianggap serius dalam kehidupan kita. Sebab itu wujud nya kontrak perjanjian antara dua pihak, untuk menangani mungkir dan jika terjadinya mungkir, sesuatu boleh dilakukan oleh pihak yang dimungkiri kepada pihak yang memungkiri.
Itulah antara sekelumit kisah mungkir dalam hidup saya. Nasib baik jadual gaji saya masih belum pernah dimungkiri.
No comments:
Post a Comment