Kesibukan tugas menyebabkan entri-entri di blog ini tergendala sebentar. Saya hanya terjaga dari kesibukan apabila ditanya tentang entri baru di dalam blog. Sebenarnya untuk mencari masa dan ketenangan untuk menulis itulah yang sukar pada waktu sekarang ini lebih-lebih lagi saya kini dihimpit kesibukan kerana diberi satu lagi tugas baru yang agak mencabar iaitu untuk memastikan kelancaran pelajar menjalani latihan industri. Perkara yang menjadikan ianya sukar ialah kerana saya menerima tugas dari orang lain disaat saya tidak tahu apa-apa. Saya terpaksa 'mencipta' sistem yang baru agar ianya mudah diuruskan oleh saya. Dan kini alhamdulillah, sistem semakin stabil dan boleh dikatakan ianya hampir selesai 90%. Menjadikan ia lebih sukar ialah kerana saya langsung tidak mengenali kesemua pelajar yang saya uruskan dan mereka juga langsung tidak mengenali saya. Pengalaman saya, tugas akan menjadi lebih mudah jika kita mengenali serba sedikit mengenai latar belakang orang yang kita uruskan dan orang tersebut juga mengenali kita, tetapi dalam kes dan situasi saya, ZERO.
This is what is unique in my office, kita tiba-tiba diberi sesuatu secara tiba-tiba dalam keadaan 'sesuatu' itu agak genting. Namun, hasil pengalaman berbelas tahun di tempat saya bekerja, dan hasil pengalaman pernah terbabit dalam perkara yang hampir sama kira-kira 10 tahun dahulu, saya berjaya lalui dengan bantuan rakan-rakan sekerja.
Syawal dalam hidup saya dipenuhi oleh open house dan jamuan seperti tahun-tahun sebelumnya cuma kali ini jumlah open house rakan-rakan semakin berkurangan dimana ramai dari mereka tidak membuat open house pada kali ini. Di tempat kerja saya sahaja, saya menghadirkan diri di 3 majlis jamuan hari raya.
majlis jamuan hari raya di tempat kerja |
Kawalan keatas pemakanan perlu dikuatkuasakan lebih-lebih lagi saya jatuh sakit ketika dalam perjalanan pulang dari kerja luar di Perak. Sudah beberapa kali saya sakit selepas pulang dari kerja luar, antaranya ketika ke Kedah. Tahun ini sahaja kesemua demam-demam saya adalah berpunca dari melakukan kerja luar daerah menyebabkan saya amat takut sekarang ini untuk volunteer atau dipilih untuk melakukan tugas-tugas luar kawasan yang memerlukan saya menghabiskan masa beberapa hari di sana. Saya sendiri tidak tahu akan sebab musabab, namun yang paling latest is saya diserang demam selsema dan batuk di mana demam saya is a constant 39 celsius fever for two days sehingga terdapat darah pada hidung. Hampir saya ke klinik untuk kali kedua dalam masa 3 hari bagi melakukan ujian darah, namun pada hari ketiga, demam saya hilang begitu sahaja, hanya tinggal sakit-sakit di sendi-sendi, selsema yang menyebabkan hidung rabak dan batuk berkahak.
What happens next is sakit tersebut berpindah pula pada isteri saya. Simptom yang sama cuma permulaan yang berbeza, saya diserang sore throat dahulu sebelum demam dan kemudiannya selsema dan batuk, isteri terus diserang demam barulah diikuti oleh simptom-simptom lain. Cuma nasib isteri ialah beliau selsema dan batuk tidak lama. Kemudian si Kakak pula diserang batuk dan selsema dan ketika entri ini ditulis, Kakak masih belum pulih dari batuk sementara si Adik pula sudah 2 hari kehilangan suara akibat batuk.
Saya pula, sejak diserang demam dari petang 31 Julai hingga malam 2 Ogos dan kemudiannya batuk selsema, selsema saya hanya completely vanished padsa 14 Ogos. Almost two weeks of suffering hidung rabak akibat selsema. Sehingga sekarang kami sekeluarga masih tertanya virus atau bakteria apakah yang menyerang cuma yang pastinya kesemua ini dibawa oleh saya.
Hujung minggu baru-baru ini, a visit from my parents dari kampung membawa saya ke majlis open house sepupu saya di Trigon Resident dan juga berhari raya ke Sunville di Twin Palms. Kedua-duanya merupakan kawasan residen mewah, modern dan baru dibuka. Seperti biasa, jika parents saya visit saya, memang saya akan pesan bawa kopi 434 dan pes mee bandung yang memang top di kampung untuk diberi pada rakan-rakan tempat kerja.
Kopi 434 dan pes mee bandung |
Kopi 434 boleh menjadi peneman untuk menghilangkan mengantuk. Ketika ini saya hidup dalam cabaran untuk menyiapkan 1 buku, 1 artikel, 1 research, 1 Phd sambil-sambil menjalankan tugas urusan latihan industri dan juga urusan develop subjek yang diajar, disamping menunggu tugas-tugas khas dari Fakulti dan tak lupa khidmat negara saya di malam hari. Life is full of challenges and bak kata Forrest Gump, life is like a box of chocolates, you'll never know what you'll get but in my case, I have known some that I will get, only some.
ayah saya dan kembarnya |
No comments:
Post a Comment