Thursday, June 18, 2015

Selamat Menyambut Ramadan


Hari ini merupakan hari pertama berpuasa. Tiada kelas kali ini dalam bulan Ramadan, hanya pengawasan Final Exam. Namun, minggu-minggu tiada kelas dipenuhi dengan assessment and final exam marking. Markah perlu diupload sebelum cuti Hari Raya untuk mengelakkan dari sebarang masalah berbangkit. 

Dikhabarkan banyak negara akan memulakan tarikh pertama Ramadan serentak. Cabaran juga kepada mereka-mereka yang berpuasa di negara-negara empat musim di hemisfera Utara kerana waktu puasa mereka lebih lama. Ketika saya di UK, bulan puasa jatuh pada bulan November-Disember. Saya masih ingat ketika itu, sambutan Eid tidak jauh dari hari Krismas. Waktu iftar adalah sekitar jam 1530-1600 hrs. Tetapi cuaca yang sangat sejuk menyebabkan perut sentiasa berkeroncong. Sempat pula saya travel seminggu ketika itu dan berjaya menjalani ibadah puasa dengan jayanya ketika travel walaupun banyak dugaan yang melanda.

Hari pertama Ramadan di ofis saya, suasana sedikit sunyi. Mungkin rakan-rakan masih perlukan masa, bukan untuk adaptasikan diri kerana tidak sarapan pagi, tetapi untuk adaptasikan diri dengan bangun sahur awal dan ke pejabat lebih awal. Sejak akhir-akhir ini masa yang diambil untuk sampai ke pejabat semakin lama sehingga terpaksa keluar lebih awal.

Apa yang menarik setiap kali menjelang bulan Puasa ialah dengan kewujudan Bazar Ramadan. Peniaga dijangkan membuat keuntungan yang besar kerana ramai dari orang kita yang gemar ke Bazar Ramadan cuma sejak dua menjak ini di lokasi-lokasi Bazar Ramadan berhampiran rumah saya, saya mendapati bahawa peniaga mengambil masa yang lebih lama untuk menghabiskan jualan. 

Saya juga membaca laporan berita dan melihat gambar-gambar bakal peniaga bergaduh kerana berebutkan lot bazar Ramadan di Senawang, Negri Sembilan. Rakan-rakan dari NS ada juga menceritkan kisah pergaduhan ini di Whatsapp, dan kisah yang diceritakan sedikit berbeza dengan apa yang dilaporkan.

Apa-apa hal pun, diharap suatu hari nanti, tiada insiden yang lebih buruk semata-mata untuk berebut Bazar Ramadan. Saya sendiri jarang mengunjungi Bazar Ramadan kerana keadaan yang sesak, susah mencari tempat letak kenderaan, harga yang mahal dan juga terkena makanan yang tidak sedap/basi/menyakitkan perut serta air yang tidak sedap, tidak berpadanan dengan harga. Apa yang saya lakukan sekeluarga ialah makan dulu ala kadar ketika iftar dan jika ingin keluar dinner, akan dilakukan selepas waktu iftar, ketika itu orang ramai yang beriftar di restoran dalam proses untuk balik ke rumah, sudah pasti ada banyak ruang kosong untuk kami sekeluarga. Tukang masak pun tidaklah sesibuk mana. 

Akhir kata, Selamat Berpuasa dari Nizamyunus.com

No comments:

Post a Comment