Thursday, June 18, 2015

Selamat Menyambut Ramadan


Hari ini merupakan hari pertama berpuasa. Tiada kelas kali ini dalam bulan Ramadan, hanya pengawasan Final Exam. Namun, minggu-minggu tiada kelas dipenuhi dengan assessment and final exam marking. Markah perlu diupload sebelum cuti Hari Raya untuk mengelakkan dari sebarang masalah berbangkit. 

Dikhabarkan banyak negara akan memulakan tarikh pertama Ramadan serentak. Cabaran juga kepada mereka-mereka yang berpuasa di negara-negara empat musim di hemisfera Utara kerana waktu puasa mereka lebih lama. Ketika saya di UK, bulan puasa jatuh pada bulan November-Disember. Saya masih ingat ketika itu, sambutan Eid tidak jauh dari hari Krismas. Waktu iftar adalah sekitar jam 1530-1600 hrs. Tetapi cuaca yang sangat sejuk menyebabkan perut sentiasa berkeroncong. Sempat pula saya travel seminggu ketika itu dan berjaya menjalani ibadah puasa dengan jayanya ketika travel walaupun banyak dugaan yang melanda.

Hari pertama Ramadan di ofis saya, suasana sedikit sunyi. Mungkin rakan-rakan masih perlukan masa, bukan untuk adaptasikan diri kerana tidak sarapan pagi, tetapi untuk adaptasikan diri dengan bangun sahur awal dan ke pejabat lebih awal. Sejak akhir-akhir ini masa yang diambil untuk sampai ke pejabat semakin lama sehingga terpaksa keluar lebih awal.

Apa yang menarik setiap kali menjelang bulan Puasa ialah dengan kewujudan Bazar Ramadan. Peniaga dijangkan membuat keuntungan yang besar kerana ramai dari orang kita yang gemar ke Bazar Ramadan cuma sejak dua menjak ini di lokasi-lokasi Bazar Ramadan berhampiran rumah saya, saya mendapati bahawa peniaga mengambil masa yang lebih lama untuk menghabiskan jualan. 

Saya juga membaca laporan berita dan melihat gambar-gambar bakal peniaga bergaduh kerana berebutkan lot bazar Ramadan di Senawang, Negri Sembilan. Rakan-rakan dari NS ada juga menceritkan kisah pergaduhan ini di Whatsapp, dan kisah yang diceritakan sedikit berbeza dengan apa yang dilaporkan.

Apa-apa hal pun, diharap suatu hari nanti, tiada insiden yang lebih buruk semata-mata untuk berebut Bazar Ramadan. Saya sendiri jarang mengunjungi Bazar Ramadan kerana keadaan yang sesak, susah mencari tempat letak kenderaan, harga yang mahal dan juga terkena makanan yang tidak sedap/basi/menyakitkan perut serta air yang tidak sedap, tidak berpadanan dengan harga. Apa yang saya lakukan sekeluarga ialah makan dulu ala kadar ketika iftar dan jika ingin keluar dinner, akan dilakukan selepas waktu iftar, ketika itu orang ramai yang beriftar di restoran dalam proses untuk balik ke rumah, sudah pasti ada banyak ruang kosong untuk kami sekeluarga. Tukang masak pun tidaklah sesibuk mana. 

Akhir kata, Selamat Berpuasa dari Nizamyunus.com

Tuesday, June 16, 2015

Gempa Bumi dan Pengurusan Rekod di Malaysia

Apabila berlakunya gempa bumi di Ranau baru-baru ini, saya melihat ini sebagai satu cabaran baru negara dalam menangani krisis dan bencana. Sememangnya ini bukanlah gempa bumi pertama di negara, tetapi ianya merupakan gempa bumi yang terkuat. Setelah membaca laporan dari The Star yang memetik kata-kata seorang Professor Madya dari Jabatan Geologi Universiti Malaya bahawa ancient fault line di Kuala Lumpur boleh diaktifkan kembali hasil dari tekanan tetronic, ianya sebenarnya merupakan satu tanda bahawa agensi dan jabatan berkaitan perlu memasukkan elemen gempa di dalam pelan tindakan bencana mereka.

Jika menggunakan skala pengurusan risiko, gempa mungkin diletakkan di dalam ruangan low probability tetapi kemungkinannya tetap ada, dan ruangan impak mungkin boleh diletakkan skala dari rendah ke sederhana. Tetapi selepas kes di Ranau, saya mencadangkan ruangan probability dinaikkan tahapnya dan ruangan impak diletakkan di bawah kategori skala yang lebih tinggi.

Jika agensi lain melihat perkara ini dari sudut keselamatan manusia, saya melihat risiko gempa ini perlu diperluaskan juga ke pengurusan rekod dan dokumen. Sememangnya apabila berlaku satu bencana berskala besar seperti gempa, nyawa dan keselamatan manusia perlu diutamakan, tetapi ini tidak bermakna keselamatan rekod dan dokumen perlu diabaikan.

Rekod dan dokumen, baik dalam bentuk kertas mahupun elektronik amat diperlukan untuk menyambung kembali operasi sesuatu agensi, jabatan, syarikat dan organisasi selepas gempa. Malang semakin bertimpa apabila selepas kejadian gempa, sesuatu organisasi tidak dapat menyambung kembali operasinya. Sudahlah mungkin kehilangan staf,  kehilangan juga bisnes atau operasi jabatan terganggu atau lebih parah lagi, terpaksa ditutup.

Pada pendapat saya, inilah masa terbaik untuk revise pengurusan bencana untuk rekod dengan memasukkan elemen gempa sebagai salah satu 'potential disaster'.  

Dibawah merupakan laporan dari akhbar The Star Online berkenaan probability Kuala Lumpur dilanda gempa.

Chance of KL quake remote
Published: Monday June 15, 2015 MYT 12:00:00 AM 

Updated: Monday June 15, 2015 MYT 8:46:19 AM

PETALING JAYA: Although chances are remote, experts agree that the possibility of the big one hitting Kuala Lumpur cannot be ruled out.
Universiti Malaya Geology Department Assoc Prof Mustaffa Kamal Shuib said although Malaysia was located outside the Pacific Ring of Fire, an ancient fault line under Kuala Lumpur could reactivate due to tectonic pressure.
Three quarters of Earth’s volcanoes and 90% of earthquakes occur in the Ring of Fire, which also cuts across Indonesia and the Philippines.
Mustaffa said an earthquake happens when a fault line snaps and the vibrations at the epicentre is felt on the surface.

According to him, earthquakes have been recorded at other fault lines in peninsular Malaysia including Bukit Tinggi, Pahang (between 2007 and 2009), which run almost parallel to the KL fault line.
He said the Bukit Tinggi quakes, recorded between 1 and 3.6 on the Richter scale, were minor but a strong one at the epicentre there could devastate Kuala Lumpur.
Such a possibility was slim, said Mustaffa, adding that the strongest earthquake in the peninsula, which happened in Baling, Kedah, was recorded at 3.8 in 2013.
Advocating the need for preparedness, Mustaffa said he was not raising the issue to cause panic.
“I want to raise public awareness and get authorities to conduct studies on how better to protect buildings and high-rises in Kuala Lumpur,” he said.
Some structures in Malaysia, including the second Penang Bridge, are built to withstand earthquakes. The bridge reportedly can withstand tremors of 7.5 on the Richter scale.

Dhaka University professor of geology Dr Aftab Alam Khan said he respected Mustaffa’s views and agreed that inactive fault lines could reactivate.
But he said peninsula Malaysia moved very slowly, between 11mm and 13mm annually, due to seismic pressure from the adjoining Ring of Fire and a massive earthquake was unlikely.
Dr Aftab, who is a research fellow at Universiti Malaya, said the Indian plate move up to 50mm every year and this could cause massive earthquakes in the Himalayas region.
“Seismogenic studies on KL’s fault line must be conducted in order to determine if earthquakes could happen,” he said.
Malaysian Meteorological Department (Earthquake and Tsunami Centre) officer Azmi Atan said there had never been a quake here and their data suggested fault lines in most places in peninsula Malaysia were inactive.
“But we cannot deny it can happen,” he said, adding that to date, Kuala Lumpur mostly feel tremors from massive earthquakes in Sumatra, which had very active fault lines.
Azmi said earthquakes could be detected but not predicted.
“The bottom line is that we are not an earthquake-prone country,” he said.

Source : http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/06/15/Chance-of-KL-quake-remote-Don-Malaysia-not-earthquakeprone-but-ancient-fault-lines-could-reactivate/

Wednesday, June 10, 2015

Samsung Microwave


Saya tidak ingat tarikh sebenar saya beli microwave diatas, hanya bulan dan tahunnya sahaja iaitu Disember 2007, sebagai menyambut anniversary perkahwinan kami yang pertama. Dalam kehidupan kami berdua ketika itu, memang jarang sekali menggunakan microwave. Saya mula belajar gunakan microwave pun pada tahun 2000 ketika di UK. Itupun saya gunakan microwave untuk memanaskan makanan. 

Kini,setelah hampir 8 tahun microwave ini berada di dapur rumah kami, ianya masih berfungsi seperti biasa, cuma toggle untuk set temperature dan time sedikit sukar untuk digunakan. Model Samsung ini ialah CE1185GW dan ketika saya semak di website Samsung Service Center, model ini masih lagi boleh dibaiki. Saya bercadang untuk memberi sentuhan baru kepada microwave ini dengan menghantar ke Samsung Service Center untuk direpair.

Sedikit maklumat mengenai Samsung CE1185GW ini.

  • Installation
    grill/ convection combi MWO
  • Capacity
    1.1cu.ft (32L)
  • Heat Source
    convection
  • Power
    Power Source
    230W / 50Hz
    Output Power (Max)
    900W(microwave) / 1300W (grill) / 1700W (conv)
    Power Consumption (Microwave)
    1400W
  • Power Level
    5 levels (900, 600, 450, 300, 180, 100W)
  • Control method
    Tact with Encoder dial (Light guide)
  • Door opening type
    Swing (Handle)
  • Microwave Distribution
    Turntable
  • Cavity interior
    Ceramic Enamel
  • Language Option
    No

General

  • Max Output Power
    3100W
  • Display Type
    LED

Walaupun microwave ini dilengkapi dengan fungsi oven dan grill, tapi wife saya jarang menggunakan kedua-dua fungsi tersebut kerana dia lebih gemar menggunakan the real oven untuk grill dan bake.

Kami pun hanya menggunakan microwave ini untuk memanaskan makanan atau air. Apa-apa pun sedar tidak sedar, microwave ini telah pun berkhidmat untuk kami selama hampir 8 tahun, which is from my opinion, value for money. Harga ketika saya beli ialah Rm 1029, which is around RM 128 per year jika dibahagikan dengan 8 tahun perkhidmatan di dapur kami. 

Siapa kata barangan dapur Samsung tidak tahan lama?


Thursday, June 04, 2015

First Basic 38 Celcom



Saya akui, Celcom bukanlah line yang terbaik saya guna. Saya mempunyai 4 line iaitu Celcom, Maxis, Digi dan Altel dan hanya Celcom merupakan postpaid sementara yang lain semuanya prepaid. Maxis, Digi dan Altel saya telah aktifkan selama 1 tahun. Saya telah menggunakan Celcom sejak dari tahun 2005. Sebelum ini saya menggunakan Maxis dari tahun 1998. Selepas lokasi pejabat saya berpindah,  tiada signal Maxis yang kuat di sini, hanya sipi-sipi. Selaman 6 bulan, setiap kali kami ingin membuat panggilan, terpaksa keluar dari kawasan tempat kerja ke bus stop di tepi jalanraya untuk membuat panggilan. Ketika itu, rakan-rakan yang menggunakan Celcom mampu tersenyum kerana signal Celcom disini kuat. Fedup dengan keadaan ini membuatkan saya terus tukar ke Celcom. Lagi-lagi ketika itu sedang sibuk bercinta dengan girlfriend saya (sekarang dah jadi isteri saya) yang ketika itu menggunakan Celcom, murah sikit nak bergayut. Masa tu tiada lagi kemudahan MNP dimana kita boleh retain number kita dan cuma tukar provider sahaja. Terpaksa lah saya melepaskan number Maxis kesayangan saya. 

Pelbagai pakej Celcom telah saya gunakan dan sehinggalah saya diberitahu seorang rakan mengenai pakej baru Celcom iaitu First Basic 38.

Memandangkan segala kos dan perkhidmatan telah naik selepas GST ini, maka terdapat keperluan untuk mengurangkan mana-mana fix expenses yang boleh dikurangkan. Pakej saya sebelum ini adalah RM 50 untuk postpaid line ditambah dengan mobile internet basic 1.5GB rm 38 dan ditambah pula dengan GST menjadikan total ialah RM 93. Pakej baru pula RM 38 merangkumi semua termasuk mobile internet kuota 3GB ditambah pula dengan Celcom Wifi kuota 3GB. Baru-baru ini sewaktu ke UiTM Dungun atas urusan kerja, saya menggunakan Celcom Wifi ini dan speed memang laju.

Berkenaan dengan speed mobile internet pula, it is acceptable for me sebab saya biasanya hanya menggunakan mobile internet untuk whatsapp dan saya setkan pada Edge sahaja yang saya rasa berkelajuan 64kbps tapi itu sudah cukup untuk saya download dan upload gambar menggunakan whatsapp. Jika ada keperluan untuk download video atau berfacebook atau gunakan browser internet, saya akan tukar ke HSDPA. So far, bagi saya connection mobile internet Celcom agak memuaskan, tetapi bagi saya Maxis mempunyai connection mobile internet yang lebih stabil. 

Pakej yang terdahulu diberi percuma RM 50 penggunaan sms dan panggilan dan setiap bulan saya hanya menggunakan tidak sampai separuh dari kuota tersebut. Untuk internet pula, paling maksima pun hanya 500MB kerana dirumah saya lebih banyak online menggunakan unifi. 

Dibawah merupakan maklumat mengenai First Basic Plan 38 ini.





Bil terkini telah saya perolehi tetapi masih dalam keadaan caca marba kerana saya tukar plan lama ke plan baru kira-kira seminggu sebelum berakhirnya bill cycle plan lama, jadi terdapat pelbagai kos pro-rate. Saya jangkakan bil untuk hujung bulan ini akan lebih caca marba kerana saya membayar upfront yang agak tinggi untuk mengambil device Sony Xperia E4g (nak bagi kat anak) dan ikat kontrak 2 tahun (no problem sebab saya memang tak minat nak tukar-tukar telco).Cuma terdapat rungutan dari kenalan-kenalan mengatakan bahawa kuota internet Celcom terlalu cepat habis. So far sejak menggunakan Celcom, saya belum pernah menghadapi perkara ini cuma semalam saya mendapat SMS bahawa saya telah mencapai 90% kuota panggilan percuma 50 minit saya. Agak pelik kerana bil cycle saya rasanya baru beberapa hari lepas. Mungkin Celcom perlu sebulan dua lagi untuk menstabilkan pelan baru saya. 
Sony Xperia E4G, not bad untuk simple browsing, youtube and simple games. Tiada whatsapp dalam smartphone ini. 


* Saya baru dapat SMS mengatakan bahawa Free Minute saya telah digunakan 100%. Seingat saya, call saya tidak lah mencapai 50 minit. Saya telah call customer service Celcom dan saya hanya dapat view penggunaan free minutes saya secara terperinci setelah mendapat bil pada bulan akan datang.