Kerja-kerja yang semakin bertambah menyebabkan .com saya semakin bersawang lebih-lebih lagi tugasan akademik yang sentiasa menunggu. Inilah yang dinamakan kerja, perlu bijak untuk membahagikan masa tanpa sacrifice kesihatan. Perlu ada cara untuk tangani stress, untuk pastikan rehat dan tidur adalah cukup.
Dalam bulan ini saya menghadiri bengkel kurikulum bagi program saya selama 3 hari dari 11 hingga 13 Mac 2015. Bengkel yang dijalankan di Bilik Seminar, FPM ini bertambah unik kerana kami menjemput juga wakil-wakil industri untuk membantu kami menambahbaik struktur kurikulum dan subjek kami.
Kurikulum dan subjek yang ditawarkan perlu sentiasa dikemaskini agar ianya sentiasa relevan dengan kehendak pasaran. Graduan-graduan perlu sentiasa mempunyai ilmu yang up to date agar dapat menyumbangkan kepakaran kepada negara apabila mereka bekerja kelak. Pengemaskinian kurikulum ini bukan sahaja melibatkan penambahan atau penggabungan subjek untuk menjadikannya lebih dinamik tetapi juga melibatkan pengwujudan elemen-elemen baru di dalam sesuatu subjek yang sedia ada dan lebih drastik, pengwujudan subjek baru.
Saya terlibat membangunkan elemen disaster management yang berkait rapat dengan PhD saya dimana kami akan gabungkan di dalam satu lagi subjek lantas membentuk satu proses ilmu yang mantap. Ianya menampilkan konsep teori dan juga praktikal. Elemen-elemen keusahawanan juga diterapkan di dalam elemen yang saya bangunkan.
Sebenarnya, tugas ahli akademik bukan sahaja membantu pelajar di dalam memperkasakan diri mereka tetapi juga ahli akademik perlu menulis artikel dan melakukan penyelidikan yang memberi impak kepada negara. Dan ahli akademik juga perlu develop subjek agar kursus yang diajar sentiasa selari dengan kehendak industri. Apa guna syok sendiri kalau graduan yang dilahirkan tidak memenuhi kehendak negara. Ahli akademik perlu mempunyai strategi untuk meramalkan tentang kehendak industri bukan sahaja pada masa sekarang tetapi pada masa hadapan, perlu sentiasa peka kepada sebarang perubahan dan trend terkini.
Itulah antara tujuan bengkel kurikulum dilakukan supaya subjek dan kursus sentiasa relevan dengan kehendak pasaran. This is very important to ensure that kursus sentiasa mempunyai bilangan pelajar yang mencukupi. Di bawah merupakan gambar-gambar sekitar bengkel semakan kurikulum yang telah dijalankan bersama-sama pihak industri.
| |
Ahli akademik bersama pihak industri |
|
|
Cik Ezza dan Encik Zul Azmi, 2 pensyarah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. |
|
En.Naim dan En.Faizal sedang melakukan semakan untuk subjek Preservation |
|
KPP Dr Irwan sedang memberi ucapan |
|
|
|
No comments:
Post a Comment