Apabila kerajaan mengumunkan pemansuhan subsidi petrol,
ramai dikalangan kita yang kecewa dengan tindakan itu termasuklah saya
namun kekecewaan saya tidaklah sampai berdemo. Sebenarnya, apabila
bersembang dengan rakan-rakan penguatkuasa tentang aktiviti penyeludupan
petrol, mereka ada menyatakan bahawa sistem subsidi petrol sekarang
yang mengakibatkan aktiviti penyeludupan berlaku.
Ramai juga yang saya dengar gemar mengaitkan harga petrol dgn barang-barang.
Katanya disebabkan harga petrol tinggi maka barang-barang naik harga. Bila petrol
naik, barang-barang pun naik. Perkaitan antara harga petrol seperti yg disimpulkan
ialah harga petrol naik maka harga brg naik dan kalau harga petrol turun
maka turunlah harga barang-barang.
Sekarang harga petrol dah turun. Sewaktu saya menulis entri ini, harga petrol sudah mencapai paras RM 2 seliter untuk Ron 97 sementara Ron 95 lebih rendah lagi. Persoalan sekarang, harga barangan tidak juga turun, naik lagi adalah. Mungkin ada sedikit barang-barang yang turun tetapi bukan dalam senarai barangan yang saya selalu beli.
Kelmarin saya beli Hot N Roll, wife saya bisik, harga dah naik la. Saya tak pasti kenapa perkara sebegini berlaku sedangkan harga petrol semakin turun. Seorang rakan ada memberitahu bahawa foreign investor tahu bahawa antara hasil utama Malaysia adalah petroleum. Rakan saya ini merupakan seorang yang kerjanya berurusan dengan saham mengatakan bahawa keuntungan Malaysia semakin turun kerana harga minyak yang dieksport menurun dan oleh kerana ini foreign investor sedikit takut untuk invest di Malaysia kerana ketidakpastian masa hadapan Malaysia yang dilihat bergantung kepada hasil petrol.
Saya bukan pakar ekonomi, mungkin ada kebenarannya kata-kata rakan saya itu. Tapi yang pasti harga kebanyakan barang tetap naik walaupun harga petrol semakin turun. Namun di celah-celah harga barang yang naik, saya jumpa juga harga barang yang turun. Itupun perlu ke kedai-kedai tertentu sahaja. Contoh adalah aksesori handphone. Baru-baru ini saya ke kedai telefon Ustaz di Kota Damansara dan mendapati bahawa barangan aksesorinya adalah murah. Ya, memang namanya kedai telefon Ustaz dan harga memang rumah. Casing handphone saya yang sama saya beli di Digital Mall dengan harga RM 50, di kedai Ustaz cuma RM 15. Benda yang sama, material yang sama. Saya juga beli MicroSD card 8GB Class 10 Sandisk dengan harga RM 14 sahaja.
Memang saya kerap dengar aksesori handphone tiruan dan microSD tiruan (akan saya kupas ini di entri akan datang), tetapi perlu saya ingatkan, banyak aksesori handphone sekarang ada fake dan penjual menjualnya dengan harga yang agak tinggi. Monopod set saya beli bersama dengan bluetooth remote untuk camphone, harganya RM 50 iaitu RM 30 untuk monopod set dan RM 20 untuk bluetooth remote, di kedai Ustaz cuma RM 10 untuk monopod set, bluetooth remote yang sama pula harganya RM 8. Memang %^&!3#@!^%^3!!!.
Apa-apa pun, petrol murah barang mahal lebih baik dari petrol mahal barang pun mahal. Sekurang-kurangnya dapat save duit petrol. Saya tidak jangka harga barangan akan kurang naik apabila petrol naik nanti.
-Masa untuk berjimat-
No comments:
Post a Comment