Internet semakin lama semakin menguasai kehidupan seseorang. Lately, saya melihat semakin ramai rakan-rakan mempunyai Whatsapp. Bukan sahaja rakan-rakan dari golongan professional tetapi juga rakan-rakan yang tak sekolah tinggi pun ada whatsapp. Paling lucu, dah sampai depan rumah saya pun masih contact saya through whatsapp nak beritahu dia dah sampai. Kadang-kadang saya tak dengar bunyi whatsapp, maka rakan tu tunggu la depan rumah saya sampai lah dia bosan. Mana yang okey sikit, terus call bila tengok saya tak reply. Mana yang kepala angin, terus beredar, tapi kelakarnya sempat snap depan rumah saya dan hantar through whatsapp. Lepas tu marah-marah kata dah sampai depan rumah tapi saya tak reply whatsapp.
Lagi satu, budaya bagi salam depan rumah dah semakin berkurangan. Maksud saya, kalau kita berkunjung ke rumah seseorang, kita akan melaungkan salam dari luar pagar rumah untuk memberitahu rakan di dalam rumah yang kita dah sampai. Kadang-kadang laung banyak kali sehingga jiran sebelah rumah pun keluar jenguk. Sekarang tidak lagi, sampai depan rumah terus call rakan di dalam rumah. 'Assalamualaikum, aku dah sampi depan rumah'. Masih beri salam, tetapi dengan cara tidak menganggu jiran sebelah.
Dulu-dulu, bila nak ke destinasi yang kita tak berapa familiar, saya selalu menghala ke stesyen petrol atau kedai makan di kawasan tersebut. Bukan apa, tetapi untuk tanyakan orang disitu tentang alamat yang ingin saya tujui. Kadang-kadang saya terpaksa menegur orang yang saya tak kenal untuk tanyakan alamat yang dituju. Kaedah ini lama kelamaan mengasah skil komunikasi saya. Sekarang, saya asah skil lain. Skil menggunakan GPS. Diakui, enjin pencarian GPS yang saya miliki iaitu Garmin bukanlah yang terbaik. Kadang-kadang tempat yang nak kita tuju namanya Warung Mak Jemah, kita pun type lah Warung Mak Jemah tapi NOT FOUND. Rupanya dalam GPS diindekskan Warung Mak Jemah sebagai Gerai Tepi Jalan Mak Jemah. GPS orang lain saya tak pasti kehebatan indeksnya, tetapi Garmin saya, indeks memang out.
Lagi hebat sekarang (sebenar dah lama juga), nak ke sesuatu destinasi boleh tahu samada jalan sesak atau tidak. Ramai yang guna Waze, saya ada Waze tetapi jarang guna sebab saya nak consume bateri smartphone walhal boleh je sambung smartphone ke car charger sambil guna Waze. Kelemahan Waze, kalau kawasan yang nak kita pergi tu takde liputan mobile internet, down lah Waze. Saya dah alami kita ke suatu destinasi bersama seorang rakan.
Paling menarik, bila rasa tak puas hati, dilepaskannya dalam Facebook, Twitter. Blog jarang sebab tak ramai yang suka menulis panjang-panjang. Pernah saya tengok status FB seorang kenalan berbunyi macam ni 'Harap ko mati lah, hidup nyusahkan org, sakit ati aku nengok ko, cepat skit mati', walhal diri dia ni baik dan budi pekerti in real life. Ada juga rakan yang lemah lembut tetapi status update dalam FB macam Ketua Samseng bernombor.
Tempat kerja saya sekarang banyak perkara menggunakan internet, maksud saya intranet. Ada beberapa aplikasi yang boleh menggunakan internet. Dari apply cuti sehinggalah ke payslip atau apply loan, semua guna sistem intranet. Bagus sebab memudahkan. Dan kita ada rekod transaksi. Ini penting untuk elakkan sebarang permasalahan seperti permohonan yang kita hantar tetapi borangnya hilang dan bermulalah episod salah menyalahi antara kita dan penerima borang.
Saya baru sahaja renew pinjaman buku di library secara online sahaja. Tak payah saya nak turun bawah menuju ke library. Permasalahan pula ialah apabila internet atau intranet DOWN. Mula la masing-masing monyok tak boleh buat apa. Nak harapkan mobile internet pula susah sebab banyak sistem menggunakan intranet iaitu tidak boleh dicapai dari luar.
The bottom line is, sistem aplikasi yang bagus dan memudahkan pengguna perlu di support oleh infrastruktur yang baik bagi menjamin uninterrupted internet communication. Contoh masalah ialah CIMB Click. 23 Februari 2015, terlalu siput. Upgrade please.
No comments:
Post a Comment