Thursday, December 18, 2014

Kenduri Kahwin

Majlis perkahwinan orang Melayu selalunya memang meriah dan grand namun sejak akhir-akhir ini, majlis yang saya hadiri semuanya berlangsung di Dewan ataupun di Hotel. Kalau di hotel, majlis yang saya hadiri semua dibuat malam.

Terakhir yang saya hadiri majlis di hotel ialah majlis perkahwinan sepupu saya Suraya di Crystal Crown PJ. Yang ini seronok sebab kami diberi bilik untuk menginap bersama-sama kedua ibubapa saya. Sebenarnya ianya untuk kedua ibubapa saya yang datang dari kampung tetapi oleh kerana bilik besar, boleh sangat kalau kami nak tidur disitu sekali. Anak-anak saya dah tersengih-sengih nak tidur di hotel tetapi oleh kerana rumah kami pun tak jauh sangat dari hotel, akhirnya kami balik dan tidur di rumah. Home Sweet Home. 

Minggu lepas pula saya hadiri majlis perkahwinan rakan saya di Dewan Auditorium FSSR UiTM Shah Alam. Menghadiri majlis di hotel dan dewan ini sebenarnya selesa kerana suasana dewan yang kemas dan penghawa dingin yang biasanya mantap dan menyamankan tetamu.

Tetapi majlis perkahwinan yang diadakan di bawah khemah di rumah keluarga pengantin mempunyai 'kick' tersendiri. Khemah-khemah sekarang pun boleh tahan sejuk walaupun tidak sesejuk penghawa dingin dewan, namun tetap terasa nyamannya. Bulan lepas saya menghadiri majlis perkahwinan anak rakan saya iaitu Rahman Hambali. Memang lama tak jumpa Rahman Hambali, sejak dia bertukar ke main campus dan kemudiannya ke Jasin, amatlah jarang saya bertemu dengannya. Sewaktu dia bertugas di tempat saya, selalu juga kami minum pagi bersama dan pernah ke Langkawi bersama menaiki bas rombongan. 

Terasa waktu cepat berlalu, seingat saya anak perempuan Rahman Hambali ini seperti baru sahaja memasuki UiTM Sri Iskandar, masih saya ingat kerisauan Rahman akan keupayaan Bahasa Inggeris anaknya. Apa yang menarik perhatian saya ialah setting majlis perkahwinan ini sangat menarik dimana banyak khemah dan tempat duduk disediakan. Yang paling best, terdapat beraneka hidangan, dari yang berat hinggalah yang ringan. Seolah-olah mengajak tetamu melepak lebih lama sambil berborak. 

Pengantin dah sampai
Seronok ke majlis yang ada makanan-makanan ringan serta air panas seperti teh tarik dan ini boleh didapati sewaktu majlis di rumah Rahman Hambali. Aiskrim pun ada untuk anak-anak saya dan juga chocolate fountain. Ketika majlis perkahwinan adik ipar saya juga ada menu-menu tambahan seperti cendol dan char kuey teow yang digoreng terus secara ala-carte. Apa-apapun thank you Rahman for inviting. Memang best.



Sorry kalau ada typo, tak sempat nak edit. Kerja semakin menimbun, tak tau mana satu nak mula dulu.

 

No comments:

Post a Comment