Saturday, November 29, 2014

Complications in PhD


Complications in Phd memerlukan huruf S di ayat complication kerana ada banyak faktor yang menyebabkan berlakunya komplikasi. Paling akhir saya dengar ayat komplikasi ialah ketika Doktor mengatakan kepada saya ' Mungkin akan ada complication kepada wife encik but we will always be ready for it' ketika wife saya mengandungkan anak pertama kami. Untuk makluman, wife saya melalui proses pembedahan untuk melahirkan anak pertama kami (juga yang seterusnya). 

Komplikasi ketika membuat PhD seperti yang saya katakan, ada pelbagai faktor. Complication didefinisikan sebagai 'a circumstance that complicates something; a difficulty', itu lah makna complication yang diberikan oleh Google. A difficulty atau satu kesusahan. Seperti yang saya katakan, ada pelbagai faktor komplikasi dalam PhD dan saya telah/sedang/akan mengalami pelbagai faktor tersebut.

Antara yang menarik untuk dicoretkan disini ialah kesusahan untuk mendapatkan kebenaran melakukan data collection di research site saya. Bukan sekadar menulis surat kepada Ketua di research site saya tetapi saya juga perlu meminta kebenaran dan mendaftarkan penyelidikan saya di organisasi lain yang mempunyai kuasa terhadap kesemua research site saya. Perlu melalui proses vetting dan review, hampir sama dengan defence research proposal saya. Research proposal juga perlu disubmit beserta kebenaran dari Ketua Jabatan saya. 

Ini semua kesusahan yang juga merupakan sebahagian dari proses untuk mendapatkan PhD. Proses ini mematangkan kita dan menjadikan diri kita berjiwa kental dan mungkin juga berjiwa perang. Jiwa perang tidak semestinya berjiwa kental, jiwa kental tidak semestinya jiwa perang. Yang penting, tidak berjiwa mentel (kata orang jawa). 

Apa-apa pun proses-proses ini telah berjalan dengan lancar, cuma perlukan sedikit proses follow up yang memakan sedikit masa dan tenaga. Another thing is, a good researcher must know how to get his data, samada secara nyata atau tidak nyata. 

 

No comments:

Post a Comment