Friday, October 31, 2014

USB Cable Original Apple

Beberapa hari lepas, Ipad anak saya mengalami masalah apabila USB Cable nya patah dan mengalami kesukaran untuk charge. Kebetulan Adik Tibas sekarang ini menguasai Ipad dari Kakak hingga Kakak terpaksa beralih kepada Galaxy Tab. 

Saya ke kedai Apple dan kebetulan ketika ke sana membeli MBA, ada saya tanyakan harga dan agak terkesima apabila harga satu kabel USB sahaja RM 79 tidak termasuk adapter. Beberapa hari kemudian saya ke ALL IT Digital Mall dan harga original USB Cable ini jugua berharga RM 79. Saya lantas mencari thirdy party cable USB di salah satu kedai di situ dan akhirnya membeli sebuah cable USB yang nampak reliable berharga RM 40. 

Dalam hati saya, Apple nak cekik darah, kabel RM 40 dijualnya RM 79. Sebelum ini saya ada juga Google berkenaan perihal kabel ini dan terdapat beberapa orang yang membeli cable third party dan malangnya device mereka tidak dapat dicharge. Pendapat saya, kabel RM 40 ini mesti berkualiti sesuai dengan harga. 

Ipad 1 saya menggunakan cable 30 pin usb dan apabila saya balik terus saya charging Ipad dan alhamdulillah, nampak Ipad berjaya dicharge. Namun.....malang tidak berbau apatah lagi berbunyi, untuk mencapai 50% bateri, memakan masa hampir 2 hari. Bermakna secara congak kasar, 100% bateri perlu dicharge selama lebih kurang 4 hari. Waranti yang dipersetujui dengan tokey kedai ialah jika Ipad tidak dapat dicharge, boleh dipulangkan kembali cable dan ambil lain tetapi jika lambat charging, sengih sahaja lah. 

Google lagi masalah ini dan dapat jawapan yang agak teknikal dari beberapa forum dimana terdapat cable third party yang tidak dapat menampung kapasiti kuasa untuk charging Ipad sekaligus menyebabkan tempoh charge menjadi perlahan. Senang cerita, kalau nak laju charge belilah yang original.

Kotak USB Cable original dari buah Epal


Terpaksa lah juga membeli yang original demi manfaat anak-anak. Beli di Switch Aeon Bukit Raja dengan harga yang sama iaitu RM 79. Dan bila pulang ke rumah, alhamdulillah charging speed laju. Full battery dalam masa 2-3 jam sahaja. 

Belilah yang original dan barang mahal bersebab, bukan suka-suka.

Thursday, October 30, 2014

Kuah Rojak Yang Lazat

Ya..seperti tajuk entri ini, memang kuah rojak ini sangat sedap. Sebenarnya kuah rojak ini berasal dari Perak. Di pos kepada kami sekeluarga oleh ex-student saya iaitu Asikah Dani. Seingat saya sebelum ini keluarganya mengusahakan perusahaan belacan di Setiawan, Perak. Harga yang dijual ialah RM 5. Tak tau la samada harga ini akan berkekalan pada tahun tahun akan datang. Tetapi ingin saya katakan bahawa kuah rojak ini memang sedap, rasa manis, kacang dan pedas semuanya sesedap rasa selembut bicara. Kesedapannya melebihi harga yang dijual hingga membuatkan saya order lagi dan dihantar melalui pos.

Pada sesiapa yang ingin mencuba boleh lah hubungi 016 345 1775 seperti yang tertera di bekas rojak ini. Mungkin boleh deal dengan dia untuk pos, postage ditanggung oleh pembeli. 

Saya bukan ejen, just promoting good stuff pada my blog readers, tetapi penangan kuah rojak ini menyebabkan hampir segala yang saya makan, saya cicah dengan kuah rojak ini. 

 

Tuesday, October 28, 2014

Masalah Astro Decoder Lagi

Rasanya baru lagi decoder ditukar oleh pihak Astro, hari ini baru perasan terdapat masalah dari aspek recording PVR. Pertamanya saya perasan ketika record perlawanan live bolasepak baru-baru ini dimana recording tersebut berhenti sebelum habis perlawanan namun selepas difikir-fikir, mungkin sebab bagi acara live kadangkala ianya melangkaui waktu tamat acara di dalam program tv, sebagai contoh perlawanan baru-baru ini yang saya rakam rupanya disetkan tamat pada jam 2230hrs sedangkan perlawanan sebenar masih lagi berterusan hingga jam 2245 hrs. Jadi PVR akan merakam mengikut jadual yang ada dalam program iaitu 2230 hrs dan bukan ke waktu sebenar perlawanan iaitu 2245 hrs. Solutionnya ialah set recording extend 15 atau 30 minutes after end programme ataupun just tekan record pada program selepas program bolasepak yang habis pada 2230 hrs itu.

Kemudian berlaku lagi insiden dimana saya cuba view kembali rakaman Majalah 3 namun apabila saya tekan Play, tiada response dan apabila saya cuba untuk view kesemua yang telah saya rakam sebelum ini, tiada sebarang response lalu saya reboot kembali decoder. Proses reboot untuk decoder baru ini lebih laju dari decoder lama yang rosak. 

Selepas reboot, baru lah PVR saya beroperasi seperti biasa, boleh record dan playback. Cuma saya terkejut rupanya Majalah 3 yang dirakam hanyalah berdurasi 16 minit sahaja sedangkan seingat saya pada malam itu saya memang merakam keseluruhan episod sebelum saya tutup decoder (standby mode).

Adakah tanda-tanda ini merupakan simptom awal decoder ini juga tidak bagus? Adakah decoder ini perlu direboot setiap hari. 

Friday, October 24, 2014

Masalah Astro Decoder

Semalam Astro Decoder saya digantikan lagi oleh staf Astro secara percuma. Semuanya kerana decoder menjadi terlalu lembab di mana untuk tukar channel sahaja memakan masa beberapa minit. Tu belum kisah tengah seronok menonton tiba-tiba reboot sendiri. Ini semua tanda decoder sudah jahanam. Tidak pasti apa penyebab jahanam ini namun saya menjangkakan bahawa hardware failure ini disebabkan kualiti decoder yang kurang baik. Nasib baiklah Astro tidak mengenakan bayaran terhadap penukaran decoder ini, semuanya FOC. 

Cuma proses penukaran ini leceh. Perlu call customer service yang saya lihat sentiasa sibuk dengan panggilan. Saya perlu menunggu beberapa minit sehinggalah panggilan saya disambung untuk bercakap dengan customer service. Dan kemudian diberikan tempoh 48 jam untuk technician hubungi saya dan selepas 48 jam habis, saya gegar lagi Customer Service dan kemudiannya baru lah ada technician yang call saya untuk appointment. 

Malang buat diri saya kerana semua yang dirakam dalam hardisk PVR lama hilang kerana decoder saya terpaksa ditukar. Sepatutnya ada option untuk transfer rakaman lama ke decoder baru. Satu aspek yang Astro perlu perbaiki selain dari proses penukaran decoder. 


Decoder lama saya yang rosak

 
Technician sedang dalam proses menukar decoder

 
Decoder baru yang diberi. Siap built in Wifi

Dan selepas selesai penukaran decoder, terpaksa menunggu hampir satu jam agar sim card baru saya diaktifkan. Mungkin kerana musim hujan menyebabkan ianya lambat. Ketika technician datang ke rumah, cuaca mendung. Saya tidak pasti berapa lamakah decoder ini akan bertahan sebelum ianya menjadi lembab dan sering reboot. Yang pasti saya tahu ianya akan berlaku dan saya terpaksa melalui proses penukaran decoder sekali lagi. Walaupun percuma tapi prosesnya leceh dan remeh. Saya mungkin akan terminate Astro terus kerana saya juga mempunyai Unifi dan anak-anak saya sekarang lebih selesa menonton rancangan kegemaran mereka di internet menggunakan tablet. Kalau guna TV pun mereka lebih gemar menonton rancangan mereka yang telah diletakkan dalam USB thumbdrive. Nampak tiada keperluan sangat untuk menggunakan Astro ini. Untuk berita terkini pun, news di website lebih pantas. Ketika tragedi MH17 dan MH370 pun segala berita saya dapat lebih pantas dari laman web news agency di internet. Live bolasepak pun saya semakin kurang kerana mungkin masa tidak mengizinkan, walhal inilah kegemaran saya dahulu iaitu menonton live bolasepak.

Masa yang ada kini hanya untuk mendengar keputusan siapa menang siapa kalah, ini boleh didapati dengan mudah menerusi kawan-kawan di whatsapp dan melalui internet juga saya boleh menonton gol-gol yang dijaringkan walaupun tidak live. 

Suasana mendung di luar, sama mendungnya dengan servis Astro masa kini
 Apa yang saya lihat ialah walaupun perkhidmatan Astro telah dipertingkatkan dengan saluran HD, Astro First, AOD tetapi saya dapati bahawa hardware untuk pengguna tidak dapat menampung kehebatan perkhidmatan yang disediakan. Lebih-lebih lagi sekarang ini terdapat banyak medium untuk mendapatkan maklumat dan hiburan. Kos bayaran juga semakin tinggi dan saya pasti 2-3 tahun lagi Astro akan naikkan yuran langganan terutama Sports Channel. Kos hidup semakin meningkat tidak selaras dengan kenaikan gaji. Apabila jimat cermat menjadi keutamaan dalam hidup, Astro yang akan dikorbankan dahulu.




 
 

Thursday, October 23, 2014

MBA 11inch The 6th Day

Setakat ini adalah hari ke6 bersama MBA dan saya masih menggunakan Maverick kerana agak gusar untuk beralih ke Yosemite. Semalam di Digital Mall, saya diberitahu oleh staff Apple di sana bahawa update Yosemite memakan masa berjam-jam lamanya walaupun menggunakan Unifi. Dia juga mengesyorkan selepas sahaja selesai upgrade Yosemite, sila update semua apps yang datang bersama Yosemite supaya tiada masalah slow speed berbanding Maverick. 

Katanya, dia telah upgrade beberapa MBA 11 inch dari Maverick ke Yosemite dan tiada sebarang masalah performance. Katanya lagi, upgrade Mac OS bukan seperti upgrade Android, jika berlaku sebarang masalah connection, proses upgrade Mac OS hanya akan PAUSE sahaja, dan akan resume setelah adanya kembali connection. Berbeza dengan Android, jika berlaku sebarang masalah dengan connection ketika proses upgrade, maka Android tidak boleh dibuka. Terpaksa lah factory reset.

Setakat ini, bersama MBA, paling ketara ialah kelajuan OS nya dan juga yang pasti adalah rekabentuk yang ringan dan nipis serta kecil memudahkan dibawa dan digunakan dimana-mana sahaja.

Masih belum berkesempatan menggunakan application-application di dalam MBA kerana kekurangan waktu. 

Cuma yang pasti untuk blogging masih selesa guna Desktop PC mungkin kerana skrin besar, kedudukan keyboard pun selesa, antara penyebab saya dalam proses mendapatkan satu Desktop PC yang powerful untuk kerja-kerja di rumah. 

Dibawah merupakan spesifikasi MBA yang saya beli, cukup sekadar browsing dan kerja-kerja yang saya perlu selesaikan.

Display

  • 11.6-inch (diagonal) LED-backlit glossy widescreen display with support for millions of colors
  • Supported resolutions:
    1366 by 768 (native), 1344 by 756, and 1280 by 720 pixels at 16:9 aspect ratio; 1152 by 720 and 1024 by 640 pixels at 16:10 aspect ratio; 1024 by 768 and 800 by 600 pixels at 4:3 aspect ratio

Storage1

  • 128GB flash storage
  • 256GB flash storage
    Configurable to 512GB flash storage.

Processor

  • 1.3GHz dual-core Intel Core i5 (Turbo Boost up to 2.6GHz) with 3MB shared L3 cache
    Configurable to 1.7GHz dual-core Intel Core i7 (Turbo Boost up to 3.3GHz) with 4MB shared L3 cache.

Memory

  • 4GB of 1600MHz LPDDR3 onboard memory
    Configurable to 8GB.

Size and Weight

  • Height: 0.11-0.68 inch (0.3-1.7 cm)
  • Width: 11.8 inches (30 cm)
  • Depth: 7.56 inches (19.2 cm)
  • Weight: 2.38 pounds (1.08 kg)2

Graphics and Video Support

  • Intel HD Graphics 5000
  • Dual display and video mirroring: Simultaneously supports full native resolution on the built-in display and up to 2560 by 1600 pixels on an external display, both at millions of colors
  • Thunderbolt digital video output
    • Native Mini DisplayPort output
    • DVI output using Mini DisplayPort to DVI Adapter (sold separately)
    • VGA output using Mini DisplayPort to VGA Adapter (sold separately)
    • Dual-link DVI output using Mini DisplayPort to Dual-Link DVI Adapter (sold separately)
    • HDMI audio and video output using third-party Mini DisplayPort to HDMI Adapter (sold separately)

Camera

  • 720p FaceTime HD camera

Connections and Expansion

  • Two USB 3 ports (up to 5 Gbps)
  • Thunderbolt port (up to 10 Gbps)
  • MagSafe 2 power port

Wireless

  • 802.11ac Wi-Fi networking;3 IEEE 802.11a/b/g/n compatible
  • Bluetooth 4.0 wireless technology

Audio

  • Stereo speakers
  • Dual microphones
  • Headphone port
  • Support for Apple iPhone headset with remote and microphone

Keyboard and Trackpad

  • Full-size backlit keyboard with 78 (U.S.) or 79 (ISO) keys, including 12 function keys and 4 arrow keys (inverted “T” arrangement) with ambient light sensor
  • Multi-Touch trackpad for precise cursor control; supports inertial scrolling, pinch, rotate, swipe, three-finger swipe, four-finger swipe, tap, double-tap, and drag capabilities

Battery and Power4

  • Up to 9 hours wireless web
  • Up to 8 hours iTunes movie playback
  • Up to 30 days standby time
  • Built-in 38-watt-hour lithium-polymer battery
  • 45W MagSafe 2 Power Adapter with cable management; MagSafe 2 power port

Electrical and Operating Requirements

  • Line voltage: 100-240V AC
  • Frequency: 50Hz to 60Hz
  • Operating temperature: 50° to 95° F (10° to 35° C)
  • Storage temperature: -13° to 113° F (-25° to 45° C)
  • Relative humidity: 0% to 90% noncondensing
  • Operating altitude: tested up to 10,000 feet
  • Maximum storage altitude: 15,000 feet
  • Maximum shipping altitude: 35,000 feet




Sunday, October 19, 2014

Entry with MBA

Kali pertama blogging menggunakan MBA..Bukan Masters tetapi Macbook Air. So far ianya pantas dan laju. Cuma masih diperingkat penyesuain kerana selama ini guna Windows Based dan juga sedikit Linux OS. 

Baru beli tadi di Machines, setakat ini saiz yang kecil dan nipis membolehkan ianya senang dibawa ke mana-mana. Sememangnya selepas penjualan Netbook, saya mencari-cari netbook baru yang tahan baterinya dan MBA ini sangat sesuai.

Entri penuh akan menyusul.

Thursday, October 09, 2014

Jurnal Museum and Society

Bidang permuziuman merupakan satu bidang yang telah lama wujud dan ianya banyak membantu perkembangan institusi muzium. Selain dari membantu memelihara khazanah dan kebudayaan sesuatu negara, bidang ini juga banyak membantu dari segi perkembangan sektor pelancongan. Lihat sahaja promosi pelancongan sesuatu negara, mesti ada diletakkan muzium sebagai salah satu destinasi yang perlu dilawati dan umum mengetahui bahawa industri pelancongan membawa keuntungan kepada sesebuah negara dimana pelancong-pelancong asing bukan sahaja membelanjakan wang mereka tetapi juga memberi peluang pekerjaan kepada ramai rakyat di negara yang dilawati. Promosi berterusan juga membolehkan sesebuah negara dikenali dan seterusnya membuka peluang bagi pelabur-pelabur asing untuk membuka kilang atau perniagaan di situ. Jika kita lihat di sini, jumlah pulangan industri pelancongan bernilai 19.1 billion dollar dan memberi pekerjaan kepada 7.1% rakyat di negeri terbabit. 

Dengan adanya pulangan sebegini membuatkan bidang permuziuman menjadi lebih kritikal kepada negara kerana institusi muzium boleh menjadi salah satu faktor pelancong asing datang melawat ke negara kita. Muzium merupakan satu institusi yang mempunyai pelbagai perkara di dalamnya untuk diuruskan dengan baik. Muzium ada kurator yang bertanggungjawab terhadap sesuatu koleksi dan kurator juga bertanggungjawab untuk mengintepretasikan sesuatu artifak kepada audien muzium. Jika di lihat di sini, tugas-tugas kurator meliputi pelbagai aspek bermula dari penjagaan dan perolehan artifak, penyediaan belanjawan pengurusan artifak, penyelidikan terhadap artifak dan juga penyediaan intepretasi artifak kepada audien. Disertakan dibawah tugas-tugas kurator dari link yang diberikan diatas :-


Whatever the size of their workplace, a museum or gallery curator's job is likely to include:
  • responsibility for a collection of artefacts or works of art;
  • acquiring objects or collections of interest to the museum/gallery;
  • cataloguing acquisitions and keeping records;
  • carrying out background research and writing catalogues;
  • displaying objects or collections in way that makes them accessible and engaging to the general public;
  • writing materials and articles for the website;
  • writing articles for internal and external publications;
  • planning, organising, interpreting and presenting exhibitions and lectures;
  • collection documentation and management;
  • collaborating  with other museum departments, such as  education, fundraising, marketing and conservation;
  • writing bids;
  • negotiating loan items and external loans and the accompanying funding;
  • handling enquiries from researchers and the public;
  • dealing with and understanding computer-generated imagery and website software as part of enhancing the visitor experience and interaction;
  • budget planning, forecasting and reporting;
  • staff management, recruitment, annual appraisals and disciplinary matters;
  • staff training, promotion and development;
  • dealing with enquiries from clients and stakeholders;
  • liaising with voluntary groups, the community and industry (including schools, local history and other community groups), as well as grant agencies to secure sponsorship for events, publications and development projects;
  • liaising with management boards, governors, trustees and local council and political groups to secure the future of the museum;
  • networking with other museum and art gallery professionals and outside agencies.

Jika dilihat deskripsi diatas, terdapat banyak skop dan bidang yang dijalankan di dalam muzium seperti penyelidikan, penjagaan dan pemuliharaan artifak, penyediaan konsep pameran, penyediaan teks penerangan artifak samada ia sesuai kepada semua peringkat umur, promosi dan pemasaran, pengurusan rekod dan maklumat, kewangan, perolehan artifak dan banyak lagi. Muzium juga perlu memainkan peranan sebagai institusi pendidikan. Khidmat outreach program perlu dijalankan oleh muzium kepada masyarakat di luar.

Untuk menambah pengetahuan mengenai bidang permuziuman ini, dicadangkan jurnal Museum and Society untuk pembacaaan.

Jurnal ini membincangkan bidang permuziuman dan dikeluarkan oleh Department of Museum Studies, University of Leicester. Department of Museum Studies ini merupakan antara tempat pembelajaran bidang permuziuman terbaik di dunia. Jurnal Museum and Society ini membolehkan para scholar menulis mengenai bidang permuziuman samada penulisan berdasarkan critical review, berdasarkan teori dan juga berdasarkan research based. 

Menurut laman web jurnal terbabit, antara sub topik bidang permuziuman yang dimuatkan di dalam jurnal ini ialah :-

  • Museums in society
  • Museum practice, funding and management
  • Conservation
  • Collecting and collections
  • Museums, identity and difference
  • Museums and social inclusion
  • Audience research
  • Access provision and practice
  • Museums and education
  • Politics and display
  • Heritage studies
  • History of museums/collections
  • Government policy and museums
  • Reviews of temporary exhibitions
  • Book reviews



Jurnal ini boleh didapati secara percuma melalui laman web ini yang juga merupakan laman web rasmi Department of Museum Studies Universiti of Leicester dan jurnal ini merupakan independent peer reviewed jurnal.