Saturday, September 20, 2014

Di Seminar

 

Sesi forum. Gambar dari penganjur


Salah satu tugas saya ialah untuk menghadiri konferen atau seminar di mana-mana yang berkaitan dengan bidang. Tujuannya untuk memastikan saya sentiasa update dengan isu dan trend terkini. Pada 11 September lalu, saya ke satu konferen di Pullman Putrajaya. Tajuk konferen ini ialah World Continuity Congress 2014 yang bertemakan SECURING YOUR ORGANIZATION AGAINST FUTURE DISASTERS AND CRISES. Ini merupakan satu bidang penting dalam pengajian PhD saya yang berlandaskan bidang Pengurusan Bencana dan Risiko. 

Pembentang-pembentang pada konferen ini terdiri dari pakar-pakar pengurusan bencana di organisasi masing-masing. Ada yang datang dari dalam negara dan ada yang datang dari luar negara. Pembentang luar negara pula datang dari tempat yang negara mereka sentiasa dilanda bencana besar seperti dari Jepun, Thailand dan Greece. 

Antaranya ialah Prof Kenji Watanabe dari Nagoya Institute of Technology Japan yang membentangkan mengenai permasalahan di Jepun yang dilanda gempa dan tsunami. Prof Kenji menceritakan pengalaman beliau melihat bagaimana Jepun memastikan kelancaran produksi sesuatu kilang mereka yang akan mula beroperasi secepat mungkin selepas berlakunya sesuatu bencana. Setiap kilang akan mempunyai standard business continuity dan standard yang sama akan digunapakai oleh pembekal-pembekal bahan mentah untuk kilang serta pengedar-pengedar hasil produksi kilang.Prof Kenji juga ada menyatakan bahawa syarikat-syarikat besar di sana termasuk hypermarket mempunyai MOU dengan PBT untuk membekalkan makanan dan bantuan lain secepat mungkin kepada mangsa gempa. 

Gambar dari penganjur
Dr.Goh Moh Heng merupakan Presiden Business Continuity Management Institut memberi pendapat bahawa terdapat perbezaan antara krisis dan bencana di mana krisis merupakan sesuatu kejadian yang berlaku secara internal dimana staf mempunyai akses terus kepada lokasi kejadian sementara bencana merupakan kejadian besar yang berlaku dimana staf tidak mempunyai akses kepada lokasi kejadian sehinggalah pihak berkuasa selesai menjalankan tugas mereka.

Bhakorn Vanuptikul. Gambar dari Penganjur


Bhakorn Vanuptikul dan Stelios Aronis berkongsi pengalaman yang hampir sama iaitu bagaimana mereka membantu organisasi mereka bangun kembali selepas diserang perusuh. Bhakon dari Thailand dan merupakan Executive VP Bangkok Bank sementara Stelios dari Greece merupakan Head of Business Continuity dari Alpha Bank dan kedua-dua negara ini menghadapi masalah rusuhan-rusuhan yang berskala besar di mana terdapat cawangan bank mereka yang dimusnahkan oleh perusuh. Cabaran besar mereka ialah untuk memulihkan operasi bank mereka selepas dimusnahkan perusuh.

Tidak banyak yang dikongsi oleh mereka berkaitan dengan pengurusan rekod bagaimanapun kesemua mereka mementingkan backup site. 



Gambar dari Penganjur
Konferen sebegini sebenarnya mempunyai kelebihan dimana organisasi-organisasi di Malaysia dapat mengambil iktibar agar diberi keutamaan untuk mempunyai satu pengurusan bencana dan business continuity plan yang sempurna agar organisasi mereka masih boleh berjalan dengan lancar dan operasi tidak terganggu ketika dan selepas bencana berlaku. 
 
Stelios Aronis. Gambar dari Penganjur.


Pengurusan organisasi juga jangan terlalu kedekut untuk berbelanja lebih bagi memastikan organisasi mempunyai program pengurusan bencana dan business continuity yang bagus. Para pembentang juga nampak bersetuju bahawa program business continuity adalah hampir sama cuma ianya perlu disesuaikan atau localize dengan sesuatu organisasi. Hal ini juga pernah saya tanyakan kepada mereka-mereka yang terlibat dalam menguruskan bencana untuk rekod jabatan kerajaan dan mereka menyatakan bahawa perlunya localization pada pelan yang dibuat. 

Bertindak sebelum terlambat. Jangan biarkan bencana melumpuhkan organisasi anda. Bangunan mungkin sudah jatuh menyembah bumi bagaimanapun operasi organisasi masih boleh berjalan seperti biasa. Itulah kelebihan pengurusan bencana dan business continuity plan yang efektif dan efisiyen. Ingin juga saya kongsi kenyataan Prof Kenji bahawa dari pemerhatian beliau adakalanya sesuatu pelan yang dimiliki amat komprehensif dan bagus tetapi apabila ianya diaktifkan, kekeliruan tetap menjelma dan ketika inilah pentingnya kerjasama yang utuh antara agensi untuk meminimumkan kekeliruan. 


 

Thursday, September 18, 2014

Tumbang 1 by 1

Jumaat lepas, adik Tibas yang sememangnya diserang batuk berkahak pada malam Khamis tiba-tiba bangun awal subuh Jumaat dan terus termuntah dengan banyak sehingga keluar kesemua kahak-kahaknya. 

Memang kadang-kadang kanak-kanak yang tidak pandai buang kahak akan muntah sebagai salah satu cara buang kahak. Namun yang peliknya Adik Tibas muntah lagi tidak sampai sejam kemudian. Rupanya keadaan ini berterusan dan kami monitor keadaan Adik Tibas supaya dia tidak dehydrate. Dari pengalaman kami dengan Kakak, kemungkinan Adik Tibas diserang virus pada perut atau lebih mudah dipanggil sakit perut. Mungkin keracunan makanan atau minum air tercemar merupakan antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan sakit perut. Adik Tibas juga meragam sambil menunjukkan perutnya. 

Kami berterusan monitor keadaan Adik Tibas supaya tidak dehydrate. Alhamdulillah selera makan minum Adik Tibas tidak terganggu. Pemantauan berterusan suhu badan beliau juga mendapati dia masih tidak demam. Suhu sekitar 36.9 dan 37. Memang beberapa kali juga terlintas dihati untuk membawa dia ke hospital dan terus admitted tetapi mengenangkan bahawa Kakak pernah ditahan 8 hari di KPJ kerana sakit seperti ini, kami mengambil keputusan untuk monitor dahulu perkembangan Adik Tibas. Melalui pembacaan dan hasil konsultasi dengan Paed, sakit seperti ini hanya teruk pada 24 jam pertama dan juga merupakan sakit biasa di kalangan kanak-kanak namun pemantauan rapi diperlukan. 

Jam 10 pagi sebenarnya kami telah ke Klinik Panel untuk check Adik dan Doktor disana memberitahu ini semua sakit perut biasa. Beberapa ubat diberi namun Adik Tibas tetap muntah cuma jarak antara 1 muntah ke 1 muntah yang lain semakin jauh. Jam 6 petang kami membuat keputusan membawa Adik Tibas ke Paed kegemaran kami dan ketika ini Adik Tibas telah pun muntah 16 kali dan cirit birit beberapa kali dari awal subuh. Paed mengatakan bahawa kemungkinan besar Adik Tibas tidak perlu di admit lebih lebih lagi melihatkan kelincahan Adik Tibas di dalam bilik Paed dimana lukisan Paed di dinding habis jatuh dikokak dek Adik Tibas. Kakak juga seronok bermain dengan Adik Tibas sehingga bergolek-golek di lantai Paed, langsung tak rasa takut dengan Paed, seolah-olah bilik Paed adalah bilik mereka. Kata Paed, dia tidak risau melihat Adik kerana Adik sangat aktif cuma suhu Adik Tibas telah mencecah border line iaitu 37.4-37.5. Apa yang Paed risaukan ialah keakraban Kakak dan Adik boleh menyebabkan sakit perut ini berjangkit. Malah Paed juga memberi Amaran bahawa kemungkinan jika tidak berhati-hati kami juga akan dijangkiti. Bila saya tanya adakah ini semua ROTAVIRUS? Paed tidak dapat memberi jawapan tepat kerana najis perlu dianalisa untuk mengetahui jenis virus yang menyerang.

Sabtu saya bawa semua melihat kapal terbang di LTAB. Baliknya kami singgah makan-makan di restoran berhampiran klinik Paed. Kakak seperti biasa meragam mengatakan kepala pening dan tidak mahu makan. Mummy order sate. Saya makan 1 cucuk sate selebihnya Mummy. Lai Chi Kang dan Capati Kimma juga saya bedal. 

Balik malam, saya perlu ke Puncak Alam untuk menyerahkan sumbangan dari tokey Burger Bakar berjumlah RM 100 kepada Abah. Kebetulan malam itu ada kawan baru iaitu Khai dari Meru dan orang lama Faiz TRD dari Saujana Utama. Sebenarnya saya sudah merasa tidak sedap perut dan badan namun saya gagahkan ke Puncak Alam demi menyerahkan duit orang. Saya hanya berada sebentar sahaja di Puncak Alam kerana rasa mual dan ingin buang air besar..sangatlah besar. 

Perjalanan pulang merupakan perjalanan yang amat jauh kerana terpaksa memandu dalam keadaan sakit perut nak yak yak yak. Sampai di rumah, saya terus menuju ke Bank Kecil untuk melaburkan simpanan tetap. Aset tersebut menjadi Aset Cair namun perut terasa lega. Memang telah kuduga begini akhirnya. 

Ingatkan lepas pelaburan aset cair selesai, segalanya akan stabil, rupanya masih volatile. Kali ini perut rasa lain macam seperti mual. Dan setelah beberapa kali mual dan beberapa kali ke tandas sambil mencuba untuk muntah, akhirnya tibalah episod pertama Vomit di Sinki Tandas sampai penuh sinki tu dan langsung tersumbat. Saya rasa, lebih 1 liter rasanya isi kandungan di vomit kan di sinki. Selepas puas Vomit, terpaksa la pula ceduk semua isi vomit dan buang dalam tunnel JAMB. 

Masuk bilik rasa lega terus mengadu pada Wifey yang ini semua sebab sate. Wifey pun dah rasa perut sakit sakit. Nasib baik Kakak tak makan apa apa kat sana. Kakak dengan Adik elok je tidur. 

Saya ambil keputusan nak ke klinik paling dekat dan ketika sampai ke klinik, wifey sms bagitau dia dan kakak pun muntah. Terus terlintas di kepala kata kata Paed semalam. OMG OMG cepatnya menjadi kata-kata Paed. Yang baik-baik lambat pula menjadi, yang buruk-buruk pula cepat. Dan bermulalah episod yang kami sekeluarga tidak dapat lupakan. Dari jam 11 hingga 3 pagi lembik kami bertiga dikerjakan dek muntah dan cirit. Jam 12 saya call parents just to inform mungkin kami sekeluarga akan admitted dan minta mereka datang jaga rumah tapi kemudian saya halang mereka datang kerana takut sakit ini jangkit mereka pula. Muntah dan cirit berterusan non stop hingga 3 pagi. Saya yang paling awal stop itupun mungkin selepas ambil satu sudu pati kurma. Mungkin. 

Wifey stop rasanya dalam pukul 4 pagi namun perut masih sakit. Baru lah kami dapat tidur, tidur atas tikar plastik yang diletakkan atas tilam kerana semuanya telah kena muntah. Kakak pula kejap-kejap terjaga untuk muntah. Anak-anak muntah memang bersepah, nasib baik kali ni saya dah pandai aim muntah saya ke dalam tunnel JAMB.

Jam 6 lebih bangun untuk Subuh dan sambung tidur, keletihan yang amat maksimum termasuklah adik Tibas yang dalam keadaan low grade fever tapi recovering. Jam 10 pagi dapat panggilan dari Uncle and Aunt di PJ mengatakan mereka OTW ke rumah kami untuk hantar air kelapa. Selepas mereka tiba dan bantu kemas apa yang patut, air kelapa kami minum, barulah rasa lega sedikit. Jam 1 my parents pula datang walaupun saya halang awal-awal tadi. Dan parents saya berkampung dari hari Sabtu hingga Selasa 1 Malaysia. Seronok cucu-cucu dan tenaga kami juga beransur pulih. 

Rupanya hari Isnin malam, Mak pula diserang muntah-muntah dan cirit birit. Bermula jam 2 pagi tapi Mak pantas minum teh pekat, petua orang dulu-dulu. Mak Muntah 4 kali. Ayah pula pagi Isnin telah cirit birit tapi tak banyak. Kata Ayah ini mungkin sebab makan nasik lemak yang saya beli diluar pada pagi Isnin.

Sekarang ini, keadaan hampir pulih cuma badan masih ada sengal-sengal dan sakit-sakit. Sebenarnya selepas bangun pagi hari Ahad kami semua sakit sendi yang amat sangat. Setiap kali lepas muntah pula rasa haus yang amat sangat. 

Moga dijauhkan insiden seperti ini pada saya sekeluarga dan anda sekeluarga. Amin.

 

Monday, September 15, 2014

Standing Tall


Hasil menembak DSLR Rabu lepas di Farm In the City, Seri Kembangan

Thursday, September 04, 2014

Fishmonger

A fishmonger is someone who sells rawfish and seafood. Fishmongers are common in Malaysia as there are plenty of resources. Fishmongers on the street is a typical view in towns and cities in Malaysia. Below is a view at one of the city in Johore.


Tuesday, September 02, 2014

Dalam Kenangan


Saya tak sempat untuk mengambil gambarnya sebelum ini. Hanya 5 hari dia bersama kami sekeluarga. Sejak menjumpai dia di tepi jalan dalam keadaan takut, kami dah agak ada dia sakit. Kami andaikan dia ditinggalkan seseorang menaiki kereta kerana ketika kami melalui jalan tersebut, dia hanya duduk senyap sehingga kami terpaksa mengelak sedikit supaya tidak terlanggarnya dan apabila kami berhentikan kenderaan, dia berlari kearah kami mengejar kenderaan kami.Kami cuba sedaya upaya memberi dia susu, air dan makanan yang dibeli dari kedai haiwan peliharaan. Malah kami beli sangkar khas untuk dia tidur dengan selesa, namun takdir menentukan dia akan pergi meninggalkan kami semua. Pagi tadi kira-kira jam 9.30 pagi dia pergi dan kami tanam dia di hadapan rumah kami.