Monday, August 18, 2014

Menonton EPL Live Di Stadium

Sempena kembalinya Leicester City FC ke EPL musim ini, dibawah merupakan gambar ketika saya menonton perlawanan membabitkan Leicester City FC menentang Spurs di stadium lama mereka di Filbert Street. Sudah terbiasa menonton bolasepak di Malaysia, saya hadir awal, seawal 1 jam kerana menyangkan stadium penuh. Rupanya masih banyak kosong. Tidak seperti perlawanan Roma vs Juventus yang saya saksikan dimana kekosongan hanya di tempat penyokong lawan. 

Warm Up session before kick off

Gambar ini diambil ketika para pemain melakukan warming up sebelum kick off. Tak silap saya kick off awal kira-kira jam 1700 hrs kalau tak silap. Ketika ini musim spring menjejak ke summer. Cuaca nyaman. Tiket saya beli dengan harga sekitar 30GBP di kedai official merchandise Leicester City FC di Leicester. Ini antara tiket yang available. Untuk saksikan perlawanan Leicester melibatkan gergasi-gergasi EPL ketika itu seperti MU, Liverpool, Arsenal, Chelsea kena masuk dalam waiting list unless kita beli dari ejen-ejen luar (saya tak cari pun, sambar mana yang available je). 

Menariknya, sangkaan bahawa stadium akan terus kosong seperti gambar diatas meleset apabila kira-kira 20 minit sebelum kick off, berduyun-duyun penonton masuk ke dalam stadium hingga penuh stadium. Bagi season tiket, mereka telah ada seat mereka sendiri. Terus bergema nyanyian dan sorakan seperti kita saksikan dalam TV. Meremang bulu roma. Ini baru Filbert Street, stadium lama mereka. Belum lagi ke stadium-stadium yang lebih besar. Apa pun, ini semua tinggal dalam lipatan sejarah kerana pertama sekali, penaja jersi Leicester City bukan lagi keropok Walkers dan keduanya tiada lagi stadium Filbert Street kerana ianya telah digantikan dengan stadium baru yang lebih modern.

Apapun, saya masih lagi mengikuti perkembangan Leicester City FC sehinggalah mereka kembali ke EPL pada musim ini. 

 

No comments:

Post a Comment