Wednesday, August 27, 2014
Monday, August 25, 2014
Traffic Crawl and Raining
Musim hujan seakan kembali menjenguk. Ini gambar dari dalam kereta jam 6.30 petang dalam keadaan hujan dan lalulintas yang merangkak rangkak.
Wednesday, August 20, 2014
Custom Touch N Go
Anda bosan dengan gambar kad touch n go yang tak menarik? Kini ada perkhidmatan meletakkan gambar persendirian ke atas kad touch n go anda. Anda boleh letak gambar selfie sendiri atau gambar yang tersayang, gambar keluarga, gambar kucing, rumah, kereta atau apa sahaja as long as ianya tidak copyright.
Contohnya anda ingin meletakkan gambar logo kelab bolasepak EPL atau logo jenama kenderaan itu semua tidak akan dilakukan kerana imej tersebut adalah copyright. Saya tak pasti pula kalau anda ingin meletakkan logo kelab bolasepak kampung anda, mungkin dibenarkan.
Baru-baru ini dengan harga RM 20 saya meletakkan gambar custom di kad touch n go saya. Semuanya kebetulan, sedang berjalan-jalan selepas pulang dari melakukan tugasan PhD, tiba-tiba terlihat satu kaunter seperti dibawah.
Kaunter tersebut lengkap dengan mesin print kad touch n go. Prosesnya senang dimana kita bluetooth gambar dari handphone ke notebook brader di kaunter tersebut dan dia akan print out atas kad touch n go yang kosong. Mudah sahaja proses tersebut, tidak sampai 1 minit.
Hasilnya seperti diatas. Ada seorang rakan whatsapp saya gambar isterinya untuk saya print di Touch N Go nya. Tiada sebarang balance dalam kad ini. Perlu ditopup untuk digunakan. Perkhidmatan topup juga disertakan sekali di kaunter tersebut.
Tuesday, August 19, 2014
Going Wireless
Sekarang semuanya wireless. Mana-mana yang ada wayar rasa semak pulak. Mobile phone dah wireless, internet dah wireless, keyboard dan mouse pun dah wireless. Sebelum ini memang dah guna mouse wireless. Saya masih ingat beberapa tahun lepas ketika teknologi wireless masih belum popular dan wifi pun jarang-jarang kedengaran, saya ke pejabat kawan saya untuk berurusan, dia menggunakan keyboard wireless. Agak terpegun saya ketika itu. Mouse pun wireless. Harganya masa tu memang beratus. Telan air liur je lah. Tapi saya tak kata depan dia saya kagum. Cuma pandangan ni asyik tertumpu pada keyboard dia je.
Sekarang harga keyboard dan mouse wireless ni dah murah. Tak sampai ratus-ratus pun. Yang ini saya beli sekali pakej mouse dan keyboard. Tak sampai ratus pun. Macam biasa, lokasi pembelian di AllIT Digital Mall.
Entri ini saya update agak jauh dari monitor, kalau ada typo, maafkan saya. Nasib baik monitor agak besar.
Brand logitech. Harga tak sampai ratus. Kalau nak yang ratus pun ada |
Lepas ni nak kena cari charger handphone wireless. Biar semua wireless.
Monday, August 18, 2014
Menonton EPL Live Di Stadium
Sempena kembalinya Leicester City FC ke EPL musim ini, dibawah merupakan gambar ketika saya menonton perlawanan membabitkan Leicester City FC menentang Spurs di stadium lama mereka di Filbert Street. Sudah terbiasa menonton bolasepak di Malaysia, saya hadir awal, seawal 1 jam kerana menyangkan stadium penuh. Rupanya masih banyak kosong. Tidak seperti perlawanan Roma vs Juventus yang saya saksikan dimana kekosongan hanya di tempat penyokong lawan.
Warm Up session before kick off |
Gambar ini diambil ketika para pemain melakukan warming up sebelum kick off. Tak silap saya kick off awal kira-kira jam 1700 hrs kalau tak silap. Ketika ini musim spring menjejak ke summer. Cuaca nyaman. Tiket saya beli dengan harga sekitar 30GBP di kedai official merchandise Leicester City FC di Leicester. Ini antara tiket yang available. Untuk saksikan perlawanan Leicester melibatkan gergasi-gergasi EPL ketika itu seperti MU, Liverpool, Arsenal, Chelsea kena masuk dalam waiting list unless kita beli dari ejen-ejen luar (saya tak cari pun, sambar mana yang available je).
Menariknya, sangkaan bahawa stadium akan terus kosong seperti gambar diatas meleset apabila kira-kira 20 minit sebelum kick off, berduyun-duyun penonton masuk ke dalam stadium hingga penuh stadium. Bagi season tiket, mereka telah ada seat mereka sendiri. Terus bergema nyanyian dan sorakan seperti kita saksikan dalam TV. Meremang bulu roma. Ini baru Filbert Street, stadium lama mereka. Belum lagi ke stadium-stadium yang lebih besar. Apa pun, ini semua tinggal dalam lipatan sejarah kerana pertama sekali, penaja jersi Leicester City bukan lagi keropok Walkers dan keduanya tiada lagi stadium Filbert Street kerana ianya telah digantikan dengan stadium baru yang lebih modern.
Apapun, saya masih lagi mengikuti perkembangan Leicester City FC sehinggalah mereka kembali ke EPL pada musim ini.
Upgrade PC Recommendation
Source : HWM Magazine |
Khas untuk gamers, disertakan maklumat untuk recommendation hardware untuk upgrade PC ke tahap maksimum untuk bermain game. PC Games suatu ketika dahulu merupakan kegilaan saya. Kini saya lebih kepada game console, bila dah berumur dan mempunyai pelbagai komitmen serta benda yang hendak difikirkan, benda yang simple tapi efektif diperlukan lebih diutamakan. Dengan game console, ianya mudah seperti 1-2-3. Bagaimanapun tidak dinafikan, PC games lebih hebat grafiknya lebih-lebih lagi jika diupgrade menggunakan hardware seperti diatas. Dan saya lebih mudah menggunakan PC untuk bermain strategy games, something yang lebih melalaikan dari FIFA 14.
Walaupun zaman PC Gamers saya telah berlalu, tapi perlu juga ambil tahu tentang teknologi terkini kerana bidang yang saya ajar merangkumi teknologi IT.
Untuk penerangan lebih lanjut mengenai hardware recommendation diatas, boleh beli majalah HWM. Gambar diatas saya ambil dari majalah HWM.
Thursday, August 14, 2014
Altel
Sim kad Altel |
Saya sudah seminggu menggunakan Altel dimana saya melakukan MNP dari nombor Umobile 018 saya ke Altel. Setakat ini line Altel saya sentiasa Full Bar. Saya gunakan simkad Altel di telefon bimbit Nokia saya yang merupakan kategori Feature Phone dan setakat ini kawasan liputan yang saya lalui hanya di lembah klang sahaja. Altel dikatakan mempunyai kelajuan internet yang bagus. Saya masih belum menggunakan line mobile internet Altel tapi beberapa orang kenalan saya yang menggunakan Altel mengakui kelajuan Altel cuma kata mereka apabila kuota MB habis akan terus ke pay per use. Itu rungutan mereka dan mereka lebih gemarkan speed throttle dari pay per use.
Apa-apa pun setakat ini tiada lagi masalah Altel kecuali diluar bandar agak sukar reload prepaid. Apa-apa maklumat terkini boleh rujuk terus laman web altel di sini.
Berita dibawah menunjukkan bahawa Altel mempunyai perancangan untuk menjadi Full Telco dan mempunyai tower telekomunikasi sendiri. Berita diambil dari laman web NST.
ALTEL Communications Sdn Bhd, which plans to spend RM1 billion on
network infrastructure over five years, has teamed up with Huawei
Technologies (M) Sdn Bhd for the rolling-out of its own super-fast
fourth-generation (4G) mobile broadband services.
Altel is currently operating on the mobile virtual network operator
(MVNO) model via a partnership with Celcom Axiata Bhd. The two telcos
have pooled their blocks of 2.6-gigahertz spectrums to operate a
wireless business using Long-Term Evolution (LTE) technologies. Altel expects to become a full-fledged telco once it has put in place its own infrastructure network for 4G services.
"As a MVNO, our LTE services are ready and we expect to launch our LTE prepaid products soon and LTE postpaid by year-end.
"This collaboration with Huawei is to enable Altel to achieve full
telco status and offer its own LTE services," the company said when
contacted by Business Times yesterday.
The company, however, declined to disclose the contract value and its shareholding percentage. Meanwhile, its chief executive officer Nik Abdul Aziz Nik Yaacob
said the extendable three-year contract is for the installation and
commissioning of infrastructure for Altel's 4G services. He said Huawei was chosen as its technology partner in delivering the platform alongside Celcom. The partnership will see Huawei provide wireless, core, transport as well as billing services to Altel.
Huawei would also provide consultation services to help the company
develop new competitive mobile services, including mobile virtual
network, said Nik Abdul Aziz.
"We understand that rolling out 4G network is not an overnight
task. As such, we will be building our own radio network and leveraging
on Celcom's network, as well as continuously investing over the next
five years," he added.
Altel, which launched its maiden prepaid product in September last
year, is a subsidiary of Altel Holdings Sdn Bhd, which in turn is a
unit of the Albukhary group of companies.
Formerly known as Puncak Semangat Technology Sdn Bhd, Altel was
among the eight companies that were awarded the LTE 2.6-gigahertz
spectrum by the Malaysian Communications and Multimedia Commission last
year.
The company plans to own mobile core network and business
operations support systems by building 500 LTE radio-base stations in
the first year and 2,100 in the next two to three years.
Altel, which has 20,000 registered subscribers nationwide, has set
up 10 exclusive stores within the Klang Valley, Johor, Penang and Kedah,
as well as appointed more than 2,500 authorised dealers and 32
distributors nationwide.
Meanwhile, Huawei, through China-based parent company Huawei
Technologies Co Ltd, has launched 118 commercial LTE networks and signed
more than 280 LTE contracts globally.
Saturday, August 09, 2014
CanoScan LiDE 110
Keperluan menggunakan scanner sememangnya ada lebih-lebih lagi kerjaya saya yang sentiasa dalam mode presentation samada kepada student atau pada audience yang lain. Dalam memberikan delivery yang efektif kepada audience memerlukan gabungan teks dan gambar, bukan semata-mata teks sahaja dan adakalanya gambar tidak dapat diperolehi secara online tetapi juga dari printed material.
Memang sekarang ini orang ramai lebih tertumpu kepada printer+copier dan saya sendiri memiliki satu printer copier berjenama HP dan menggunakan Ink Advantage. Yang ini saya letakkan di rumah dan senang untuk saya copy sesuatu dan print.
Di pejabat, saya gunakan Laser Printer Samsung dan terbaru, scanner CanoScan LiDE 110 yang saya beli dengan harga RM 270 di AllIT Digital Mall PJ. Saya perlukan scanner di pejabat untuk scan printed document saya ke dalam format Digital.
Dari segi kelajuan Scanning, memang berbeza antara copier HP saya. Canoscan ini lebih laju. Paling seronok sebab dia tidak menggunakan power plug tambahan, hanya masukkan cable USB sahaja. Cable tersebut berfungsi sebagai power supply dan juga data cable.
Dibawah merupakan spec CanoScan LiDE 110.
Scanner Type
|
Flatbed
|
|
Scanning Method
|
CIS
|
|
Light Source
|
3-Colour (RGB) LED
|
|
Optical Resolution*1
|
2400 x 4800dpi
|
|
Selectable Resolution
|
25 - 19200dpi
|
|
Scanning Bit Depth
|
||
Grayscale
|
16-bit input
8-bit output |
|
Colour
|
48-bit input (16-bit for each colour)
48-bit or 24-bit output (16-bit / 8-bit for each colour) |
|
Preview Speed*2
|
Approx. 14secs.
|
|
Scanning Speed*3
|
A4 / Colour / 300dpi
|
Approx. 16secs.
|
Line Scanning Speed*4
(Reflective)
|
||
Grayscale, B&W
|
2400dpi:
|
5.6msec/line
|
1200dpi:
|
2.8msec/line
|
|
600dpi:
|
1.8msec/line
|
|
300dpi:
|
3.7msec/line
|
|
Colour
|
2400dpi:
|
16.7msec/line
|
1200dpi:
|
8.4msec/line
|
|
600dpi:
|
4.3msec/line
|
|
300dpi:
|
3.7msec/line
|
|
Max. Document Size
|
A4, LTR:
|
216 x 297mm
|
Scanner Buttons (EZ Buttons)
|
4 buttons
(PDF, AUTOSCAN, COPY, E-MAIL) |
|
Interface
|
USB 2.0 Hi-Speed
|
|
Operating Range
|
||
Temperature
|
5 - 35°C
|
|
Humidity
|
10 - 90% RH (no dew condensation)
|
|
Power Supply
|
Supplied via USB port
|
|
Power Consumption
|
Maximum during operation
|
Approx. 2.5W
|
Stand-by
|
Approx. 1.4W
|
|
OFF (USB bus power model; Suspend)
|
Approx. 11mW
|
|
Environment
|
||
Regulation
|
RoHS (EU, China), WEEE (EU)
|
|
Eco-Label
|
Energy Star
|
|
Dimensions (W x D x H)
|
250 x 370 x 40mm
|
|
Weight
|
Approx. 1.6kg
|
Thursday, August 07, 2014
Perkongsian Mengenai Zakat
Pada bulan Ramadan yang lepas ketika saya ke kaunter sementara Zakat Selangor untuk membayar zakat fitrah, saya ada mengambil brochure mengenai Zakat. Di sini saya kongsikan kepada semua maklumat yang terdapat dalam brochure tersebut.
Ini adalah penerangan mengenai Asnaf Fakir dan Miskin iaitu dimana kutipan zakat disalurkan.
Ini pula ialah penerangan ringkas kaedah kiraan zakat. Zakat terdiri dari pelbagai kategori seperti zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat saham, zakat kwsp, zakat emas, zakat perak dan zakat padi. Cara pembayaran zakat juga disertakan sekali.
Lokasi cawangan lembaga zakat di seluruh Selangor. Boleh berkunjung ke tempat mereka untuk melakukan pelbagai urusan termasuk konsultansi zakat.
Ini adalah penerangan mengenai Asnaf Fakir dan Miskin iaitu dimana kutipan zakat disalurkan.
Ini pula ialah penerangan ringkas kaedah kiraan zakat. Zakat terdiri dari pelbagai kategori seperti zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat saham, zakat kwsp, zakat emas, zakat perak dan zakat padi. Cara pembayaran zakat juga disertakan sekali.
Lokasi cawangan lembaga zakat di seluruh Selangor. Boleh berkunjung ke tempat mereka untuk melakukan pelbagai urusan termasuk konsultansi zakat.
Tuesday, August 05, 2014
Zenfone 5
Kisah bermula selepas pulang sebentar ke rumah ketika minggu cuti hari raya. Tiba-tiba kerajinan melanda diri dengan menawarkan diri untuk membasuh segala cadar, selimut dan sarung bantal. Maka berlakulah proses menarik keluar cadar dan sarung sarung bantal untuk dimuatkan ke dalam mesin basuh yang berusia 5 tahun.
Setelah selesai meletakkan segalanya dalam mesin basuh dan mengaktifkan mesin, maka berehatlah saya sambil menunggu selesai proses. Sejam kemudian apabila selesai proses, saya pun ke mesin basuh untuk mengambil kembali cadar, selimut dan sarung bantal. Segalanya berjalans seperti biasa sehinggalah ke proses mengeluarkan cadar dari mesin basuh. Mula-mula terjumpa sikat mainan anak. Perkara biasa kerana banyak benda hidden di bawah bantal. Kemudian terdengar lagi bunyi bendasing di dalam cadar yang sudah siap sedia dibasuh. Saya meraba-raba cadar dan tiba-tiba tangan terpegang sesuatu. Muka terus pucat seperti nak pitam. Itulah dia, smartphone isteri, Samsung Galaxy S2 dah terbasuh sekali di dalam mesin basuh.
Smartphone tu saya tahu sentiasa on dan apabila saya lihat ianya dah off, fahamlah akan musibah yang telah menimpa smartphone tersebut. Saya beli pada tahun 2011 dan kondisi sangat okey.
Terus kena marah sambil sambil cuba mencari alasan untuk menyalahkan orang lain..hehehe. Mula-mula saya cabut bateri, jemur di kawasan redup kemudiannya apabila saya Google mengenai smartphone terendam dalam mesin basuh menggunakan keyword 'Samsung s2 washing machine', banyak pula entri menceritakan pengalaman S2 mereka terendam dalam washing machine.
Hasil bacaan entri-entri nampak positif kerana rata-rata memuji S2 yang kembali beroperasi setelah dikeringkan. Metodologi pengeringan yang sering diamalkan ialah meletakkan s2 di dalam beras kerana bagi mereka beras merupakan penyerap kelembapan. Maka kaedah ini saya cuba. Kebetulan esoknya saya ke kampung dan S2 ditinggalkan dalam beras selama 3 hari 2 malam. Bateri pula dijemur berasingan.
Balik dari kampung, dengan 1000 doa dan harapan, s2 dihidupkan. Debaran mengiringi penantian untuk melihat sesuatu di skrin S2 dan Alhamdulillah ianya beroperasi seperti biasa setelah digantikan dengan bateri spare Samsung Original yang memang telah lama disimpan. Terus saya ke Fujitsu untuk transfer semua gambar-gambar yang wife ambil, prosedur backup harus dilakukan segera kerana maklumlah smartphone dah pernah dibasuh, mungkin akan menjadi senget.
Selepas backup, alhamdulillah masih boleh digunakan seperti biasa. Wife pun update FB bagitau pasal kondisi smartphone kembali beroperasi seperti biasa dan saya juga mengomen di statusnya tentang betapa duit ini dapat diselamatkan dari beli smartphone baru.
Seharian guna, tiba masa untuk charge. Segalanya normal sehinggal keesokan hari apabila nak on tak boleh. Sudah ku duga begini jadinya lagipun what do you expect from an electrical device yang sudah dibasuh oleh washing machine termasuk dibilas dan di spin dry. Nasib baik tak sempat di masukkan ke dalam drying machine.
Otak pantas berfikir, charger dimasukkan kembali dan cubaan untuk hidupkan S2 kali ini berjaya cuma aneh melihatkan bateri percentage adalah 0% dan berwarna kelabu. Tidak naik-naik pun percentage walaupun telah 1/2 jam charge. Terus terfikir, masalah ini mungkin berpunca dari tragedi mesin basuh kerana sebelum ini tidak pernah wujud masalah ini. Saya kemudian cabut bateri dan pasang kembali barulah indicator menunjukkan bateri 100%. Permulaan S2 untuk menjadi senget.
Fikir-fikir teleng-teleng geleng-geleng, keputusan dicapai, S2 perlu di trade in sebelum menjadi masalah lebih besar. Setelah dibuat ujikaji pelbagai dari segi speaker, volume, kamera segalanya okey, maka sedikit research dilakukan untuk mencari device yang sama power dengan S2 dengan budget yang ciput, maka Zenfone 5 dipilih.
Sedikit comparison between both S2 and Zenfone 5. S2 processor ialah 1.2 Ghz Dual Core sementara Zenfone 5 Intel Atom 1.6 Ghz Dual Core. S2 1GB RAM sementar Zenfone 5 2GB RAM. S2 internal memory 16GB, sama dengan Zenfone 5 16GB, kamera 8MP sama dengan Zenfone 8MP.Skrin Zenfone lebih besar dari S2. Yang lain-lain keupayaan lebih kurang sama. Speed mobile data S2 ialah 21MBps maksimum sementara Zenfone 5 ialah 42.2 MBps maksimum jika diizinkan oleh telco.
Secara ringkas, Zenfone 5 boleh menyerupai S2 malah lebih tinggi dari certain aspect. Harga Rm 599 tak masuk trade in. Selepas trade in, harga yang dibeli adalah mampu milik untuk sebuah Asus Zenfone 5 berwarranty Malaysia Authorized Distributor. Dan saya juga trade in Asha 210 kepunyaan saya untuk merendahkan lagi harga Asus Zenfone 5. Saya kini kembali menggunakan feature phone Nokia yang simple sebagai line kedua saya, yang penting feature phone jimat bateri dan sesuai sebagai backup phone.
Kini sudah masuk hari kedua dan nampak Zenfone 5 lancar dan smooth. Wife pun guna untuk browse internet dan media sosial. Tiada penggunaan games yang berat-berat. Panggilan pun kurang kerana dia lebih gemar menggunakan feature phone dia untuk panggilan.
Apa-apa hal pun kopak juga poket dan bottom line is Zenfone 5 tiada apa-apa masalah dan laju untuk handphone yang seangkatan dengannya. Jangan lupa update firmware over the air untuk Zenfone Malaysia kerana ia akan menstabilkan lagi Zenfone.
Jangan Basuh Handphone Anda.
Sunday, August 03, 2014
Selamat Hari Raya AidilFitri 2014
Selamat Hari Raya AidilFitri 2014 dan maaf zahir batin dari nizamyunus.com . Kisah Aidilfitri dan Ramadan tahun ini penuh dengan dugaan walaupun sebenarnya jika hendak dibandingkan dengan rakan-rakan lain, dugaan mereka lebih hebat. Ini semua adalah rencah mempunyai anak-anak yang masih kecil. Semua orang akan melaluinya.
Kisah Hari Raya akan saya coretkan di entri akan datang itupun kalau saya ingat sebab masih mabuk serunding, rendang dan sambal kacang.