Pagi tadi perlawanan Brazil v Croatia merupakan tanda saya akan mengharungi edisi Piala Dunia ke 8 dalam hidup saya. Mula layan Piala Dunia pada tahun 1986 dan saya masih ingat sempat menonton Argentina v Germany final di Azteca Mexico jam 7 pagi di kantin sekolah. Nama Maradona amat gah ketika itu. Stiker Panini jadi kegilaan.
Tahun 1990 game yang saya ingat ialah Argentina v Cameroon dimana saya menontonnya Live di dewan sekolah. Tengah aktif main bola, habis ditiru semua skill di padang.
Tahun 1994, saya menonton kebanyakan perlawanan live time awal pagi di TV. Dah pandai layan bola di kedai mamak. Saya masih ingat game Brazil v Belanda kalau tak salah saya dimana Branco menjaringkan gol cantik. Dan 1 lagi perlawanan yang saya ingat ialah melibatkan dua negara Islam..salah satunya tak salah saya ialah Morocco atau Tunisia. Ketika menonton game ini saya diganggu 'sesuatu'.
1998 saya menonton di rumah sewa atau kedai mamak dan ketika itu adalah zaman Zidane dan misteri Ronaldo tak perform pada final. Waktu ni..kami ada poster besar jadual Piala Dunia.
2002..ada masa saya lihat Piala Dunia secara curi curi di pejabat. Banyak game berlangsung waktu petang tapi masih dalam waktu pejabat. Di rumah sewa, saya tonton guna Astro. Kali ni dah boleh tengok jadual di Astro.
2006..Germany. Kembali game tengah malam ke pukul 3 pagi. Tonton di rumah sewa, saya guna Astro dan guide book kecil sebagai rujukan jadual. Waktu ni saya dah nak kahwin.
2010 Afrika Selatan. Bising vuvuzuela menganggu konsentrasi. Menonton di rumah sendiri. Selain Astro, Internet menjadi rujukan. Masa ni dah ada anak.
2014...dah tak perlu sangat stay up. Game pagi tadi saya rakam guna Astro Pvr dan tonton jam 6.30 pagi. Tapi sebelum tu masa terjaga dari tidur terus buka Apps untuk lihat keputusan. Sumber jadual adalah menerusi apps di smartphone. Dunia semakin canggih. Nak tengok rakaman waktu normal dah susah sebab kena bergaduh dengan anak-anak yang nak tengok kartun.
Updated Live By Mobile
No comments:
Post a Comment