Pada 16 Jun lepas bersamaan hari Isnin, saya bersama-sama rakan rakan sekerja ke Institut Jantung Negara bagi menghadiri majlis menandatangani MoU di antara IJN dan UiTM. Kami bertolak dari pejabat pada waktu tengahari menaiki bas. Seronok menaiki bas kerana saya dapat menikmati pelbagai pandangan yang tidak dapat dikecapi ketika memandu. Ditambah lagi dengan keadaan seat bas yang empuk serta penghawa dingin yang sejuk dingin.
Di Kuala Lumpur |
Saya hanya sedar ketika Bas melalui Bukit Jelutong dan kemudiannya tersedar dan melihat pemandangan ini. Sampainya kami disana, solat Zuhur dahulu di surau IJN. Memang pilihan kami tepat ke IJN menaiki bas kerana keadaan tempat letak kereta yang limited. Selesai solat Zuhur, saya bersama Rahman, Nazri, Ahmad Azman dan Riduan terus menghala ke auditorium IJN untuk melihat majlis bersejarah MoU antara IJN dan UiTM. MoU ini diusahakan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), UiTM dimana kerjasama berbentuk teknologi maklumat perubatan akan di RnD kan oleh FPM untuk diaplikasikan oleh IJN. Utusan Malaysia turut menyiarkan laporan majlis MoU ini seperti dibawah :-
UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 16 Jun - Institut Jantung Negara (IJN) menandatangani
memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM)
bagi menggalakkan pemindahan teknologi berkaitan pengurusan maklumat
kesihatan.
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari berkata,
MoU itu merupakan platform pertukaran pengetahuan melalui perkongsian
ilmu khususnya dalam pengurusan maklumat.
"Menerusi MoU ini, saya percaya ia mampu melenyapkan sempadan yang
menyekat pendekatan perkongsian pengetahuan kerana mampu memberikan
peluang situasi menang-menang antara kedua-dua organisasi.
"Pendekatan ini juga dilihat dapat memberi pendedahan terhadap
pengurusan maklumat daripada dua perspektif berbeza iaitu fakulti
daripada sudut teori manakala IJN pula tertumpu kepada sudut praktikal,"
katanya dalam majlis menandatangani MoU tersebut di IJN, di sini hari
ini.
Dalam majlis itu, Robaayah dan Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Ariel
Mohamad Fauzi menandatangani bagi pihak IJN manakala UiTM pula diwakili
Naib Canselor, Tan Sri Prof. Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar serta Dekan
Fakulti Pengurusan Maklumat, Prof. Madya Dr. Laili Hashim.
Robaayah berkata, usahasama itu juga akan membuka jalan bagi IJN
untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan dalam menyokong pembangunan
modal insan negara dalam bidang tertentu seperti perkhidmatan pengurusan
maklumat kesihatan.
"MoU ini merupakan kemuncak kepada kerjasama antara Fakulti
Pengurusan Maklumat UiTM dengan Pusat Pengurusan Maklumat Kesihatan IJN
sejak 2011," katanya.
Sementara itu, Sahol Hamid menyifatkan MoU tersebut adalah ikatan
rasmi bagi perkongsian tenaga dan kepakaran di antara dua pihak dalam
bidang berkenaan.
"Kerjasama dua hala ini merupakan hasrat dan aspirasi UiTM bagi mengukuhkan bidang pengurusan maklumat kesihatan di negara ini.
"Harapan saya pada satu hari nanti kedua-dua agensi ini akan menjadi
peneraju utama serta menjadi model ikutan kepada semua profesional
pengurusan rekod perubatan, agensi berkaitan dan semua hospital sama ada
hospital kerajaan mahupun swasta," jelasnya.
Majlis sudah bermula |
Pelajar FPM bergambar selesai majlis |
Rush hour ketika perjalanan pulang |
No comments:
Post a Comment