Monday, June 23, 2014

MoU FPM bersama IJN

Pada 16 Jun lepas bersamaan hari Isnin, saya bersama-sama rakan rakan sekerja ke Institut Jantung Negara bagi menghadiri majlis menandatangani MoU di antara IJN dan UiTM. Kami bertolak dari pejabat pada waktu tengahari menaiki bas. Seronok menaiki bas kerana saya dapat menikmati pelbagai pandangan yang tidak dapat dikecapi ketika memandu. Ditambah lagi dengan keadaan seat bas yang empuk serta penghawa dingin yang sejuk dingin. 

Di Kuala Lumpur
Saya hanya sedar ketika Bas melalui Bukit Jelutong dan kemudiannya tersedar dan melihat pemandangan ini. Sampainya kami disana, solat Zuhur dahulu di surau IJN. Memang pilihan kami tepat ke IJN menaiki bas kerana keadaan tempat letak kereta yang limited. Selesai solat Zuhur, saya bersama Rahman, Nazri, Ahmad Azman dan Riduan terus menghala ke auditorium IJN untuk melihat majlis bersejarah MoU antara IJN dan UiTM. MoU ini diusahakan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), UiTM dimana kerjasama berbentuk teknologi maklumat perubatan akan di RnD kan oleh FPM untuk diaplikasikan oleh IJN. Utusan Malaysia turut menyiarkan laporan majlis MoU ini seperti dibawah :-

UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 16 Jun - Institut Jantung Negara (IJN) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menggalakkan pemindahan teknologi berkaitan pengurusan maklumat kesihatan.
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari berkata, MoU itu merupakan platform pertukaran pengetahuan melalui perkongsian ilmu khususnya dalam pengurusan maklumat.
"Menerusi MoU ini, saya percaya ia mampu melenyapkan sempadan yang menyekat pendekatan perkongsian pengetahuan kerana mampu memberikan peluang situasi menang-menang antara kedua-dua organisasi.
"Pendekatan ini juga dilihat dapat memberi pendedahan terhadap pengurusan maklumat daripada dua perspektif berbeza iaitu fakulti daripada sudut teori manakala IJN pula tertumpu kepada sudut praktikal," katanya dalam majlis menandatangani MoU tersebut di IJN, di sini hari ini.
Dalam majlis itu, Robaayah dan Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Ariel Mohamad Fauzi menandatangani bagi pihak IJN manakala UiTM pula diwakili Naib Canselor, Tan Sri Prof. Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar serta Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat, Prof. Madya Dr. Laili Hashim.
Robaayah berkata, usahasama itu juga akan membuka jalan bagi IJN untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan dalam menyokong pembangunan modal insan negara dalam bidang tertentu seperti perkhidmatan pengurusan maklumat kesihatan.
"MoU ini merupakan kemuncak kepada kerjasama antara Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM dengan Pusat Pengurusan Maklumat Kesihatan IJN sejak 2011," katanya.
Sementara itu, Sahol Hamid menyifatkan MoU tersebut adalah ikatan rasmi bagi perkongsian tenaga dan kepakaran di antara dua pihak dalam bidang berkenaan.
"Kerjasama dua hala ini merupakan hasrat dan aspirasi UiTM bagi mengukuhkan bidang pengurusan maklumat kesihatan di negara ini.
"Harapan saya pada satu hari nanti kedua-dua agensi ini akan menjadi peneraju utama serta menjadi model ikutan kepada semua profesional pengurusan rekod perubatan, agensi berkaitan dan semua hospital sama ada hospital kerajaan mahupun swasta," jelasnya.

Maklumat perubatan seperti rekod perubatan sebenarnya amat penting untuk diuruskan. Jika maklumat rekod perubatan ini tidak diuruskan dengan betul, berkemungkinan pesakit yang berpindah hospital akan menghadapi kelewatan dari segi bantuan perubatan kerana doktor di hospital baru terpaksa melakukan ujian kesihatan sekali lagi. 
Maklumat rekod perubatan juga perlu dipelihara kerahsiaannya agar dapat melindungi privasi pesakit. Ia juga perlu dipelihara dari musnah atau hilang kerana laporan perubatan yang diperlukan untuk tujuan insurans adalah berdasarkan maklumat rekod perubatan. Ini baru sebahagian kecil kepentingan maklumat rekod perubatan. 
Majlis sudah bermula
Pelajar FPM bergambar selesai majlis

Rush hour ketika perjalanan pulang
Kami sekali lagi menaiki bas yang sama untuk perjalanan pulang dari IJN dan sekali lagi saya hanyut dalam mimpi. Saya hanya tersedar melihatkan panorama diatas. Rupa-rupanya dah sampai di Tol Bukit Jelutong.
Akhirkata tahniah kepada rakan-rakan sekerja yang bertungkus lumus menjayakan MoU ini. Semoga FPM akan berada pada tahap tertinggi. Segala yang dilakukan bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga untuk masa hadapan. 

Sunday, June 15, 2014

Pengenalan kepada CCTV

Sumber gambar dari signbypost.com

Akhir-akhir ini saya membuat sedikit kajian mengenai CCTV kerana ada beberapa permintaan dari kenalan untuk membantu mencarikan CCTV untuk kegunaan kedai, pejabat dan rumah mereka. Tidak dapat dinafikan CCTV membantu untuk mencegah jenayah. Selain itu CCTV juga boleh menyelesaikan masalah-masalah seperti misteri penyapu terjatuh sendiri dan keberkesanan jaring kucing di pagar.

Ada seorang kenalan yang meletakkan jaring kucing supaya rumahnya tidak dibolosi kucing namun rupanya kucing masih mampu membolosi jaringnya melalui satu sudut yang langsung tidak terfikir olehnya. Semuanya disaksikan menerusi CCTV.

Akan saya update entri ini untuk memberi sedikit gambaran mengenai apa yang diperlukan oleh seseorang yang ingin memasang CCTV dan segala maklumat ini adalah dari perspektif seorang newbies dalam bidang CCTV. Saya juga akan memberi recommendation pemasangan CCTV dari seorang installer yang saya kenali.

Ketika bersama kawan-kawan saya menyertai misi mencari CCTV untuk kegunaan rumah, kedai dan pejabatnya, kami terlebih dahulu mencari seberapa banyak maklumat tentang CCTV yang diperlukan supaya kami tidaklah nampak terlalu newbies sehingga menyerahkan secara total kepada penjual dan installer CCTV untuk menentukan halatuju CCTV terbabit. Perkara yang pertama sekali kami fikirkan ialah kos. Kawan yang ingin memasang CCTV di rumah amat particular tentang kos kerana dia hanya ingin monitor kawasan laman meletak kenderaan (car porch) dan juga pintu gate hadapan dan pintu hadapan rumahnya. Belakang lain hari jika budget mengizinkan katanya. 

Pencarian pertama kami ialah semestinya internet dan dia gemar meneliti harga-harga di laman sesawang seperti MUDAH, LELONG atau EBAY Malaysia. Tujuan utama ialah untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang kos. Terdapat CCTV semurah RM 80 berbentuk DOME dan bertulis indoor. Pada mulanya kami ingin mengambil kamera dome indoor untuk diletakkan di car porch kerana pada pandangan kami, car porch tersebut jarang basah, hanya apabila hujan terlampau lebat baru lah terdapat kesan-kesan lembab sehingga ke siling car porch. Rupa-rupanya hasil siasatan dan penyelidikan yang lebih mendalam, indoor cctv berbentuk dome ini amat sensitif pada air dan juga suhu. Apabila kami teliti pula harga outdoor, perbezaan harga sekitar RM 40 ke atas. Akhirnya setelah bermesyuarat meja mamak, rakan saya bersetuju memilih outdoor camera. Apa guna jimat RM 80 (untuk dua camera) andai kena air terus rosak. 

Maklumat kedua ialah, bagaimana kamera akan berfungsi dan dari mana ia mendapat sumber kuasa. Sudah tentu punca kuasa elektrik diperlukan dan apabila memasang CCTV jika tiada punca kuasa maka punca kuasa tersebut samada akan dipasang yang baru berhampiran kamera atau yang lazimnya ialah kabel punca kuasa akan ditarik ke dalam rumah dan disambung pada wall socket sedia ada. Untuk punca kuasa, rakan saya memilih untuk menggunakan wall socket sedia ada di dalam rumah. Oleh kerana 2 kamera diperlukan, maka wall socket akan diubah dari single socket kepada 4 wall socket di lokasi sama. Wiring elektrik, kami menggunakan khidmat saudara Zamree Masian dari Bukit Kapar yang menawarkan harga berpatutan serta kerja yang kemas. Wall socket 4 sebaris kami beli dengan harga RM 25 sahaja. Untuk khidmat pendawaian, Zamree Masian boleh dihubungi di talian 0132581415. Saya recommend pada kawan saya menggunakan khidmat Zamree kerana saya terlebih dahulu menggunakan khidmat dia. Dia lebih laju jika customer berlokasi di Meru, Kapar, Puncak Alam atau Shah Alam. 

Zamree Masian sedang menambah wall socket. Perhatikan wayar kamera CCTV terjulur ditepinya.
Okay, sebelum entri ini menjadi meleret-leret, kita kenali dahulu komponen utama yang perlu ada dalam satu sistem CCTV. Pertama adalah kamera CCTV sendiri. Kamera ini menentukan kehebatan gambar yang dirakam. Antara ciri-ciri kamera yang perlu dilihat ialah jarak penglihatan kamera, jarak wide angle kamera iaitu betapa lebar sudut rakaman kamera tersebut terutama jika kamera diletakkan di satu sudut yang sempit dan kita inginkan ia merakam hampir keseluruhan ruang terbabit. Kebanyakan kamera outdoor dan indoor sekarang mempunyai InfraRed iaitu boleh merakam dalam kegelapan dimana rakaman yang dihasilkan adalah dalam bentuk hitam putih. Kalau ada cahaya, ia akan merakam dalam warna. 

Komponen kedua adalah alat perakam video atau disebut sebagai DVR. DVR berfungsi untuk menyimpan rakaman dan juga menjadi 'orang tengah' untuk kita melihat rakaman CCTV terbabit.

Komponen ketiga pula ialah monitor. Jika kita ingin beli CCTV, perlu lihat pakej yang diberikan samada mengandungi monitor atau tidak. Jika tiada, kita boleh sambungkan terus ke TV. DVR rakan saya boleh disambungkan ke monitor komputer dan juga mempunyai sambungan kabel LAN atau network.

Jika kita ingin melihat menerusi internet rakaman CCTV kita samada live ataupun rakaman-rakaman sebelumnya yang disimpan, rumah kita perlu mempunyai sambungan internet seperti Unifi atau Streamyx dan sambungan internet tersebut mestilah dalam keadaan on iaitu modem tidak dimatikan. Dengan cara ini, rakaman CCTV boleh dilihat secara live atau remote playback (rakaman lama diputar semula)menggunakan smartphone atau di PC lain diluar rumah dengan syarat smartphone atau PC lain perlu mempunyai sambungan internet.

Bermakna jika kita bercuti selama sebulan dan ingin memerhati CCTV di rumah, internet di rumah perlulah dalam mode on, modem on. Dan lebih molek jika smartphone kita ketika itu berada dalam mode internet 3G, H atau H+. 

Untuk melihat rakaman melalui internet, DVR kita hendaklah mempunyai sambungan kabel LAN network yang akan disambungkan ke modem wifi kita. Installer CCTV akan membantu untuk setup DVR ke modem dan seterusnya ke internet. Bagi sesiapa yang faham network, port forwarding dan DDNS diperlukan ketika proses setup. 

Setelah disetup, kita perlu memasukkan username dan password DVR setiap kali kita connect ke internet untuk view CCTV kita. Jika kita menggunakan smartphone, apps yang digunakan hanya perlu minta sekali sahaja username dan password DVR kita. Untuk makluman, DVR mempunyai username dan password untuk kita configure setting dan username dan password ini lah yangd digunakan untuk view di internet. DVR kawan saya tidak perlukan password ketika melihat secara live rakaman CCTV tanpa menggunakan internet tetapi perlukan password jika ingin melihat rakaman terdahulu atau untuk tukar setting.

Timbul persoalan di hati rakan saya takutkan installer CCTV terbabit akan turut view CCTV di rumahnya kerana installer mempunyai password DVR. Saya kemudian meminta rakan menukar password di DVR, settle masalah. Untuk rasa lebih selamat, saya ajar kawan saya tukar password DDNS, nama DDNS dan juga IP DVR. Tetapi menukar password DVR sudah memadai. Cuma selepas ditukar, perlu juga ditukar password di dalam apps smartphone.

Hasilnya, rakan saya tidak perlu sentiasa melihat rakaman CCTV di TV di ruang tamunya (DVR disambungkan ke TV). Rakan saya hanya perlu melihat rakaman CCTV menerusi smartphone walaupun dia di rumah. Smartphone yang disambung ke wifi rumahnya tidak perlukan password atau connection 3G, hanya perlu tahu IP number DVR sahaja.  Jadi dia boleh monitor CCTV dimana-mana sahaja di dalam rumahnya.

Satu soalan saya kepada installer, jika orang berjaya masuk rumah dan ambil DVR, boleh tak kita view kembali rakaman terbabit? Jawapannya tidak. Sebab itu DVR biasanya disorokkan dari pandangan orang lain. Namun ada penyelesaiannya iaitu sentiasa upload rakaman ke Cloud iaitu rakaman akan dimuatnaik dan disimpan di lokasi lain menggunakan internet. Namun servis ini berbayar dan perlukan sambungan internet yang stabil.

Saya puas hati melihat hasil kerja Razlan di rumah rakan saya. Kerja yang kemas dan penerangan yang bagus diberikan. Pada sesiapa yang inginkan sistem CCTV mampu milik dan pemasangan yang kemas dan teliti boleh hubungi Razlan di 0193966617. Kata Razlan, jika ada masalah CCTV selepas selesai pemasangan, akan ada charges. Harga sistem CCTV Razlan amat berpatutan iaitu dua camera outdoor dan 1 DVR termasuk pemasangan serta tarik kabel network ialah RM 1130. Harga mungkin bergantung kepada saiz dan lokasi bangunan. Boleh runding dengan Razlan. Waranti satu tahun. 

Kamera yang dibekalkan juga cukup untuk melihat keadaan di tempat yang diinginkan. Razlan ada berkata bahawa kamera CCTV berwayar menggunakan signal analog sementara kamera CCTV IP iaitu tidak berwayar, hanya menggunakan wifi menggunakan signal digital. Signal analog diukur dengan TVLine, lagi tinggi TVLine, lagi cantik gambar. TVLine konsep sama dengan ukuran Megapixel bagi digital. ada 450 TV Line, rumah rakan saya menggunakan 800 TV Line. 

Bagi saya , ketajaman rakaman CCTV dan DVR bergantung kepada budget kewangan kita. Kalau budget ciput, cukup sekadar untuk melihat kejadian apa yang berlaku, tetapi kalau budget tinggi, boleh guna perkakasan yang berspesifikasi tinggi, boleh zoom nombor pendaftaran kenderaan. Kalau rumah ada simpan duit berjuta, apa salahnya melabur lebih. 

Akhir kata, selamat memilih CCTV jika ada budget lebih kerana CCTV membantu mengurangkan jenayah dan juga menyenangkan kita melihat siapa yang menjerit-jerit di luar pagar rumah kita. Saya masih belum cukup budget untuk CCTV, tumpang gembira tengok rakan pasang di rumah dan kedai sahaja.




Friday, June 13, 2014

Piala Dunia 2014

Pagi tadi perlawanan Brazil v Croatia merupakan tanda saya akan mengharungi edisi Piala Dunia ke 8 dalam hidup saya. Mula layan Piala Dunia pada tahun 1986 dan saya masih ingat sempat menonton Argentina v Germany final di Azteca Mexico jam 7 pagi di kantin sekolah. Nama Maradona amat gah ketika itu. Stiker Panini jadi kegilaan.
Tahun 1990 game yang saya ingat ialah Argentina v Cameroon dimana saya menontonnya Live di dewan sekolah. Tengah aktif main bola, habis ditiru semua skill di padang.
Tahun 1994, saya menonton kebanyakan perlawanan live time awal pagi di TV. Dah pandai layan bola di kedai mamak. Saya masih ingat game Brazil v Belanda kalau tak salah saya dimana Branco menjaringkan gol cantik. Dan 1 lagi perlawanan yang saya ingat ialah  melibatkan dua negara Islam..salah satunya tak salah saya ialah Morocco atau Tunisia. Ketika menonton game ini saya diganggu 'sesuatu'.
1998 saya menonton di rumah sewa atau kedai mamak dan ketika itu adalah zaman Zidane dan misteri Ronaldo tak perform pada final. Waktu ni..kami ada poster besar jadual Piala Dunia.
2002..ada masa saya lihat Piala Dunia secara curi curi di pejabat. Banyak game berlangsung waktu petang tapi masih dalam waktu pejabat. Di rumah sewa, saya tonton guna Astro. Kali ni dah boleh tengok jadual di Astro.
2006..Germany. Kembali game tengah malam ke pukul 3 pagi. Tonton di rumah sewa, saya guna Astro dan guide book kecil sebagai rujukan jadual. Waktu ni saya dah nak kahwin.
2010 Afrika Selatan. Bising vuvuzuela menganggu konsentrasi. Menonton di rumah sendiri. Selain Astro, Internet menjadi rujukan. Masa ni dah ada anak.
2014...dah tak perlu sangat stay up. Game pagi tadi saya rakam guna Astro Pvr dan tonton jam 6.30 pagi. Tapi sebelum tu masa terjaga dari tidur terus buka Apps untuk lihat keputusan. Sumber jadual adalah menerusi apps di smartphone. Dunia semakin canggih. Nak tengok rakaman waktu normal dah susah sebab kena bergaduh dengan anak-anak yang nak tengok kartun.
Updated Live By Mobile