Alhamdulillah, jubin di laman hadapan telah siap sepenuhnya. Pada 1 Mei baru-baru ini, pemasang jubin telah datang lagi sekali untuk simen sedikit mana-mana ruang renggang di antara jubin. Kesan-kesan putih simen di atas jubin yang pada mulanya amat banyak semakin hilang. Kebiasaaannya untuk menghilangkan kesan simen terbabit, sedikit asid pencuci akan dituang dan dicampur air dan kemudian di mop beberapa kali untuk menghilangkan kesan simen tersebut dan ini telah dilakukan sekali oleh orang suruhan pemasang jubin namun masih lagi ada kesan simen. Saya masih ragu-ragu untuk melakukan untuk kali kedua dan seterusnya kerana ada terbaca di internet bahawa jubin akan lebih cepat memerangkap kotoran sekiranya dicuci dengan asid pencuci. Langkah yang baik ialah kerap mencuci menggunakan sabun biasa sahaja sehingga hilang. Kini setelah beberapa hari pun dapat dilihat kesan simen semakin hilang.
Jubin dah siap. Tinggal cuci kasi bersih sahaja. |
Projek seterusnya dijangka pada hari ini ialah mengaplikasikan cat Jota Shield yang saya beli tempohari. Malam tadi telah saya cat sedikit ruang tembok dan hasilnya walaupun tidak berapa rata, tapi boleh lah. Proses untuk meletakkan water pipe direct dari main pipe supaya air laju dan deras juga dijangka berjalan hari ini walaupun si Haji Kambing pakar plumber mungkin lewat bangun. Direct pipe ini penting untuk basuh jubin.
Ternyata Kakak dan Adik Tibas amat suka dengan keadaan laman hadapan yang berjubin dan mereka berdua telah beberapa kali menghabiskan masa bermain di situ. Nyamuk juga berkurangan dengan mendadak setelah bujang di sebelah rumah terpaksa berpindah kerana rumah yang mereka sewa bertukar milik.
Adik Tibas keletihan setelah bermain di laman hadapan |
Akhirnya projek jubin yang merupakan salah satu major touch up telah terlaksana dan objektif untuk melihat Kakak dan Adik Tibas gembira dengan kehadiran jubin juga berjaya. Tidak ada apa yang lebih menggembirakan hati selain dari melihat keluarga gembira dan bahagia. Projek seterusnya akan menyusul.
No comments:
Post a Comment