Baru baru ini Unifi saya down lagi di mana kali ini ianya berlarutan selama 3 hari. Sebenarnya dalam tahun ini sahaja Unifi saya telah down 3 kali. Pertama Unifi saya down disebabkan oleh switch di jalan kawasan perumahan saya rosak. Ertinya, satu jalan connection down. Tidak saya pasti samada pengguna Streamyx juga down tetapi yang pasti Unifi memang down.
Insiden kedua juga berlaku dalam keadaan yang sama cuma kali ini rupanya connection fiber dengan router saya yang longgar. Dan insiden ketiga berlaku baru-baru ini dimana jiran sebelah yang sedang membuat ubahsuai rumah telah merosakkan kabel fiber yang menghala ke rumah saya. Apabila saya bersemuka, pekerja ubahsuai tidak mengaku. Saya terus membuat laporan kepada Unifi pada waktu petang dan esoknya dua orang technician datang ke rumah untuk pemeriksaan dan terbukti kerosakan berpunca dari kabel luar rumah.
Rupa-rupanya team lain yang bertanggungjawab menguruskan kabel luar rumah dan mereka hanya datang pada hari ketiga mengikut kiraan TM sementara mengikut kiraan saya ialah hari keempat. Ini kerana TM mengira hari mengikut waktu dan tarikh laporan dibuat.
Setelah team fiber datang dan menyembuhkan kembali talian, salah seorang staf team fiber memberitahu bahawa memang kabel fiber putus disebabkan perbuatan pekerja ubahsuai.
No comments:
Post a Comment