Thursday, May 29, 2014

Bermalam Di Inap Desa

Inap Desa, begitulah perkataan sebenar Homestay di dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya konsep Inap Desa ini sejak beberapa tahun kebelakangan semakin popular. Saya kenal ada seorang rakan yang ingin membeli rumah ratusan ribu di satu prime location dan ingin menjadikannya sebagai Homestay atau Inap Desa dan sudah tentu lokasi yang dipilihnya itu bukan desa tetapi di kawasan bandar menjadikan perkataan Homestay lebih relevan baginya.

Berbalik kepada kisah Inap Desa, baru-baru ini saya berpeluang menginap di Inap Desa. Percaya atau tidak. ini merupakan kali pertama saya sekeluarga meginap di Inap Desa. Sebelum ini hotel atau chalet menjadi pilihan kami.

Inap Desa ini terletak di Simpang Pulai, Perak dan tidak terletak jauh dari persimpangan ke Cameron Highlands. Saya anggarkan jarak lebih kurang 3 KM ke persimpangan menuju Cameron. 

Inap Desa ini merupakan banglo setingkat berhadapan dengan sekolah dan terletak di kawasan perumahan lot. Jiran-jiran dan surau juga berdekatan. Kawasan kedai terletak tidak sampai 1 KM dari rumah tersebut. Jika naik kereta atau motosikal ke kedai, tidak sampai 5 minit tetapi jika jalan kaki, mungkin sekitar 15 minit. Terdapat pasar malam di kawasan kedai tersebut pada malam minggu. 

Inap Desa ini mempunyai 3 bilik tidur di mana bilik utama mempunyai penghawa dingin jenis Carrier dan bilik airnya sendiri. Sementara 2 bilik air terdapat di bahagian dapur. Dapurnya besar dan mempunyai kelengkapan dapur gas, peti ais, cerek elektrik, mesin basuh dan perlatan membuat air. Gelas-gelas, pinggan mangkuk juga disediakan. Apa yang menarik ialah ruang tamu nya yang besar, saya kira 5 orang boleh tidur di ruang tamu. TV juga disediakan walaupun tiada kemudahan Astro tetapi siaran FTA amat bagus penerimaannya. 
 
Ruang Tamu Yang Besar


Ruang Menonton Televisyen. Sini pun boleh tidur
Dapur yang besar. Isteri saya cukup suka.
Master Bedroom ada Penghawa Dingin dan Bilik Air sendiri
Mesin Basuh LG Turbo Drum disediakan
Bilik ketiga terletak berhampiran dapur. Bentuk dan size bilik kedua lebih kurang bilik ketiga
Untuk tempahan sila hubungi name card di atas
Dari segi harga, not bad for this big homestay, kira-kira RM2++ satu malam. Sebenarnya saya tak berapa pasti kerana ibu mertua saya yang booking untuk penginapan saya sekeluarga dan kedua ibubapa saya. Yang pasti ayah dan mak saya suka dengan konsep inap desa ini. Sesuai untuk yang travel dua keluarga ke atas.






 

Wednesday, May 14, 2014

Apabila Unifi Down

Baru baru ini Unifi saya down lagi di mana kali ini ianya berlarutan selama 3 hari. Sebenarnya dalam tahun ini sahaja Unifi saya telah down 3 kali. Pertama Unifi saya down disebabkan oleh switch di jalan kawasan perumahan saya rosak. Ertinya, satu jalan connection down. Tidak saya pasti samada pengguna Streamyx juga down tetapi yang pasti Unifi memang down. 

Insiden kedua juga berlaku dalam keadaan yang sama cuma kali ini rupanya connection fiber dengan router saya yang longgar. Dan insiden ketiga berlaku baru-baru ini dimana jiran sebelah yang sedang membuat ubahsuai rumah telah merosakkan kabel fiber yang menghala ke rumah saya. Apabila saya bersemuka, pekerja ubahsuai tidak mengaku. Saya terus membuat laporan kepada Unifi pada waktu petang dan esoknya dua orang technician datang ke rumah untuk pemeriksaan dan terbukti kerosakan berpunca dari kabel luar rumah. 

Rupa-rupanya team lain yang bertanggungjawab menguruskan kabel luar rumah dan mereka hanya datang pada hari ketiga mengikut kiraan TM sementara mengikut kiraan saya ialah hari keempat. Ini kerana TM mengira hari mengikut waktu dan tarikh laporan dibuat.

Setelah team fiber datang dan menyembuhkan kembali talian, salah seorang staf team fiber memberitahu bahawa memang kabel fiber putus disebabkan perbuatan pekerja ubahsuai. 

 

Monday, May 05, 2014

Touch Up Rumah V.4 (JotaShield dan Piping)

Masih lagi kisah Touch Up rumah dan kali ini merupakan kesinambungan dari kisah V.3 The Next Project di mana telah saya katakan bahawa projek seterusnya ialah untuk aplikasikan cat Jotun Jotashield ke tembok pagar dan juga membuat paip baru yang diambil direct dari main pipe luar rumah (sambungan selepas Meter Syabas ye..).

Semua dijalankan pada Sabtu yang lalu dimana kisah bermula seawal jam 8 pagi. Saya dan plumber tetap saya iaitu Haji Kambing ke bandar Klang untuk membeli peralatan paip. Kedai yang saya pergi ini memang pengkhususannya di dalam bidang paip sahaja. Di bawah merupakan nama dan alamat kedai :-

Kai Jun Marketing Sdn Bhd
No. 32A-G, Jalan Raya Barat, 41000 Klang
Tel : 03 33717777. 

Jalan ke kedai ini berbelit-belit dan kalau disuruh menghala kembali ke kedai ini memang peratusan untuk sampai adalah tipis. Tapi jalan balik senang pula. Pergi jalan lain, balik jalan lain. 
Sedang memilih barang

Suasana di dalam kedai

 
Barang yang saya beli ialah 25mm Poly Pipe PN12.5 sepanjang 3 meter, 15mm Stainless Steel Tee, 2x15mm Stainless Steel Nipple, 15mm Stainless Steel Socket, 15mm Brass Meter Washer, Nut and Ring, 25mm x 1/2" Poly Male Bend, 25mm x 1/2" Poly Female Bend, VIP Handle Bibcock, Taiwan Handle Hose Clip, 25mmx25mm Poly Equal Bend, Sealing Tape, 25mm Cable Clip dan Round Decimal. Harga yang dibayar pula amat berpatutan. Kemudian kami balik dan kerja-kerja bermula. Hasilnya........


Paip diatas itu merupakan paip sambungan terus ke paip selepas meter sementara paip dibawah merupakan paip asal dimana airnya adalah dari tangki rumah. Saya kekalkan paip asal kerana apabila berlaku catuan air, saya masih boleh basuh tangan di laman rumah menggunakan paip asal. Air dari paip sambungan terus ini memang kuat dan laju kerana tekanan dikawasan ini adalah tinggi.

Haji Kambing puas melihat hasil kerjanya sendiri

Sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan Haji Kambing boleh hubungi dia di talian 0176683066. Kalau sesiapa yang ingin membeli kambing marinate black pepper dimana kesedapannya adalah di tahap tertinggi juga boleh hubungi Haji Kambing. Sebab itulah dia dipanggil Haji Kambing kerana kesedapan kambing marinatenya menjadi bualan ramai. Servis di Lembah Klang sahaja, kalau di kawasan Shah Alam, Meru, Klang, Kapar lagi pantaslah dia kerana itu adalah kawasan permastautin tetap Haji Kambing. 

Segmen kedua ialah cat. Dua gambar di atas memperlihatkan tembok telah dicat dengan warna Hijau dimana itu adalah hasil cat Jotashield yang dicat oleh seorang lagi rakan iaitu Sarjan Zamri. Upahnya amat berpatutan. Sebenarnya malam sebelum itu saya telah car satu portion tembok tetapi keesokannya Sarjan telah cat balik tembok tersebut kerana cat tidak rata, maklumlah saya bukanlah kerjanya mengecat. Siapa nak upah Sarjan Zamri cat rumah boleh lah call dia di talian hayat 0132581415.
Sarjan sedang mengecat

Hasil terbaik dari ladang.
Akhirnya selesai lah projek touch up rumah V.4 iaitu mengaplikasikan Jotun JotaShield dan pemasangan paip sambungan terus. Orang kata, sikit-sikit lama lama jadi bukit untuk yang kurang berduit macam saya. Next coming projek pula ialah cat pintu pagar depan, tembok rumah sampah, pintu stor,pintu sampah dan tiang-tiang di car porch. 
Dulux Gloss Finish 1 Liter RM 35 menjadi pilihan

Warna Scarlet. Untuk 1 Liter kena bancuh. 
Nantikan projek seterusnya. Saya nak sambung buat kerja-kerja hakiki saya. Sebelum tu...belanja satu lagi gambar si Adik Tibas yang penat menolong saya touch up rumah. 

Minum air kelapa muda lepas penat tolong touch up rumah




Saturday, May 03, 2014

Touch Up Rumah V.3 (Jubin Siap Next Project)

Alhamdulillah, jubin di laman hadapan telah siap sepenuhnya. Pada 1 Mei baru-baru ini, pemasang jubin telah datang lagi sekali untuk simen sedikit mana-mana ruang renggang di antara jubin. Kesan-kesan putih simen di atas jubin yang pada mulanya amat banyak semakin hilang. Kebiasaaannya untuk menghilangkan kesan simen terbabit, sedikit asid pencuci akan dituang dan dicampur air dan kemudian di mop beberapa kali untuk menghilangkan kesan simen tersebut dan ini telah dilakukan sekali oleh orang suruhan pemasang jubin namun masih lagi ada kesan simen. Saya masih ragu-ragu untuk melakukan untuk kali kedua dan seterusnya kerana ada terbaca di internet bahawa jubin akan lebih cepat memerangkap kotoran sekiranya dicuci dengan asid pencuci. Langkah yang baik ialah kerap mencuci menggunakan sabun biasa sahaja sehingga hilang. Kini setelah beberapa hari pun dapat dilihat kesan simen semakin hilang. 

Jubin dah siap. Tinggal cuci kasi bersih sahaja.


Projek seterusnya dijangka pada hari ini ialah mengaplikasikan cat Jota Shield yang saya beli tempohari. Malam tadi telah saya cat sedikit ruang tembok dan hasilnya walaupun tidak berapa rata, tapi boleh lah. Proses untuk meletakkan water pipe direct dari main pipe supaya air laju dan deras juga dijangka berjalan hari ini walaupun si Haji Kambing pakar plumber mungkin lewat bangun. Direct pipe ini penting untuk basuh jubin.

Ternyata Kakak dan Adik Tibas amat suka dengan keadaan laman hadapan yang berjubin dan mereka berdua telah beberapa kali menghabiskan masa bermain di situ. Nyamuk juga berkurangan dengan mendadak setelah bujang di sebelah rumah terpaksa berpindah kerana rumah yang mereka sewa bertukar milik. 

Adik Tibas keletihan setelah bermain di laman hadapan
Akhirnya projek jubin yang merupakan salah satu major touch up telah terlaksana dan objektif untuk melihat Kakak dan Adik Tibas gembira dengan kehadiran jubin juga berjaya. Tidak ada apa yang lebih menggembirakan hati selain dari melihat keluarga gembira dan bahagia. Projek seterusnya akan menyusul.