Wednesday, April 30, 2014

Touch Up Rumah V.2 (Bancuh Cat Jotun)

Mesin Bancuh Cat


Jubin di kawasan car porch telah pun siap dipasang. Hanya menunggu saat untuk dikemaskinikan sahaja dengan menampal sedikit mana-mana ruang jubin yang berlubang akibat kekurangan simen. Cuma jubin-jubin masih ada kesan putih habuk simen yang agak degil dibasuh namun kelihatan berkurangan dari sehari ke sehari. Kini sudah masuk minggu kedua dan buat pertama kalinya malam tadi saya akhirnya dapat membasuh motosikal saya di car porch dan juga parking kereta saya di car porch. Petangnya pula saya membiarkan Kakak dan Adik Tibas bermain-main di car porch dan kedua-dua mereka sangat gembira. Nyamuk pun dah tak banyak, mungkin kerana rumah sebelah yang telah bertukar pemilik kini bersih dan kemas berbanding keadaan ketika dihuni oleh penghuni sebelum ini. 

Next step, saya sedang berkira-kira untuk membeli pool supaya Kakak dan Adik Tibas boleh berendam di car porch. Proses seterusnya selain dari sentiasa membasuh car porch saya untuk menghilangkan kotoran degil ialah dengan mengecat tembok dan pintu pagar rumah serta pintu sampah. Saya perlu memberi nafas baru kepada keadaan rumah yang semakin suram dimamah usia. Untuk itu, saya telah memilih Jotun JotaShield khas untuk bahagian eksterior. Menurut katalog Jotun, JotaShield dua kali ganda tahan UV, tahan fungus, tahan pudar. Jotun merupakan syarikat car berpangkalan di Norway dan popular di seluruh dunia selain dari Nippon dan ICI. Di bawah merupakan spefikasi Jotashield.


Jotashield

Superior Exterior Protection

  • 2X UV Resistant Technology. Tests show that Jotashield has excellent colour retention compared to standard exterior paints.
  • Widest range of UV safe colours with Multicolor Tinting Technology
  • 100% Pure Acrylic formulation
  • Low Dirt Pick Up
  • Anti-Fungal / Algae
  • Environment-friendly. 100% lead & mercury free 
Saya bancuh cat ini menggunakan mesin di kedai hardware Bukit Jelutong dan harganya ialah RM 153 untuk 5 liter. Kemungkinan saya memerlukan lebih dari 5 liter iaitu 6 liter dan harga untuk penambahan 1 liter ialah RM 41. Proses membancuh cat hanya sekitar 10 minit sahaja dimana kita akan memilih warna dari katalog dan pekerja kedai akan memasukkan kod ke dalam komputer. Komputer kemudian memberitahu jenis warna base yang perlu diletakkan dalam mesin (warna base telah siap sedia di dalam tong cat) dan cat akan dibancuh di dalam mesih. Selesai proses tersebut, tong cat akan dimasukkan ke dalam mesin khas untuk mengocak cat supaya sebati. Kemudian siaplah cat kita. Untuk pintu pagar pula berkemungkinan saya akan menggunakan spray sahaja yang boleh dibeli di kedai-kedai. Tukang cat yang saya import dari seberang (pekerja ubahsuai rumah sebelah yang sedang rancak berjalan) diupah sebanyak RM 100 namun sehingga entri ini ditulis masih belum memulakan sebarang tugas lagi. Saya masih memikirkan warna apa yang sesuai untuk pintu pagar dan pintu sampah. Tembok hadapan dan tembok pagar telah saya bancuh warnanya. 

Sehingga kini saya telah membelanjakan RM 2753 untuk proses touchup rumah dan saya menjangkakan kos boleh mencecah RM 3500. Semalam juga saya membuat keputusan untuk membuat sambungan pipe baru terus dari main pipe untuk pipe car porch. Ini kerana pipe yang sedia ada diambil dari tangki dan tekanan air adalah ciput berbanding sambungan direct ke main pipe dimana tekanan adalah sehebat Lekas Cuci. Projek pipe ini akan dibuat oleh kawan saya iaitu Haji Kambing a.k.a Anas Dagu. 

 

No comments:

Post a Comment