Pemandangan dalam rumah |
Sewaktu Obama dan Air Force One nya touch down di Pangkalan TUDM Subang, saya telah selamat sampai di rumah makcik saya di kawasan perumahan PJU7 bersebelahan dengan The Curve. Memang menarik lokasi rumah makcik saya ini, terletak betul-betul bersebalahan kawasan pusat membeli-belah tersohor di Mutiara Damansara. Kawasan rumah teres dua tingkat ini apabila saya intai di laman web properties, harganya mencecah 7 angka. Mungkin kerana prime location. Jika tidak kerana kewujudan pagar di kawasan gated community (yang saya rasa gated community dari usaha Residen sendiri, bukan developer), saya sudah boleh menyeberang jalan menuju ke shopping complex berhampiran.
Sebenarnya saya terlupa bahawa Obama akan mendarat hari ini jadi sepanjang perjalanan saya sekeluarga dari Shah Alam ke Mutiara Damansara, dan saya juga mengisi petrol di kawasan berhampiran Pangkalan TUDM Subang dan juga melalui hadapan pintu pangkalan udara tersebut, saya melihat ramai anggota polis GD dan trafik berada di lokasi-lokasi check point yang telah ditetapkan. Kemudian ketika ingin melalui plaza tol Bukit Jelutong juga deretan anggota polis GD berdiri di sebelah lorong tol. Terdapat juga tim-tim kecil anggota polis di setiap pelusuk jalan yang saya lalui termasuk lah di lebuhraya NKVE.
Tidak jauh dari plaza tol Bukit Jelutong selepas memasuki lebuhraya NKVE, kenderaan mula perlahan. Ketika ini saya melihat dua lelaki Causcasian berjogging berdua, seorang memakai seluar slack dan tshirt berkolar dan seorang lagi memakai seluar slack dan kemeja lengan pendek warna putih seperti kemeja sutera. Tidak jauh dihadapannya adalah beberapa anggota polis GD dan Trafik. Pada mulanya saya ingatkan satu kemalangan baru berlaku dan mereka berlari-lari kearah kemalangan tersebut tetapi apabila melihatkan anggota-anggota polis tersebut relaks sahaja, saya kemudian menukar tanggapan saya iaitu dua orang pelancong mat salleh berjogging di tepi highway. Tapi pelik pula kerana mereka berdua memakai pakaian kemas. Mungkin juga mereka sahaja suka-suka. Setelah melalui sebelah mereka, saya pelik kerana mereka memakai sunglasses. Berhampiran kumpulan anggota polis tadi, seorang lagi lelaki Caucasian berdiri menanti mereka dan lelaki Caucasian terbabit juga memakai sunglasses. Serta merta saya teringatkan Secret Service dan terpacul nama Obama di mulut saya. Rupa-rupanya Air Force One semakin hampir mendarat di Pangkalan Subang.
Nasib baik saya tak terperangkap di NKVE untuk memberi laluan kepada Obama. Namun, saya tetap terperangkap kesesakan lalulintas di Kota Damansara, bukan kerana Obama tetapi kerana MRT. Pembinaan MRT yang sangat pesat di sekitar Kota Damansara menyebabkan laluan menjadi sempit. Ketika terperangkap di kesesakan itu, saya terpandang satu signage yang berbunyi lebih kurang begini.. 'Kesesakan Sekarang Adalah untuk Masa Hadapan Yang Lebih Baik'
No comments:
Post a Comment