Wednesday, March 12, 2014

Menulis Perlukan Ketenangan

Bukan senang mahu menulis, lebih-lebih lagi apabila penulisan tersebut berbentuk ilmiah dan akademik dan bukannya menggunakan bahasa ibunda kita. Bagi mereka-mereka yang terbabit dengan sektor yang memerlukan mereka menghasilkan sesuatu yang ilmiah tentu memahami apa yang saya ketengahkan ini.

Saya ada seorang kawan yang telah menghasilkan puluhan penulisan. Rokok merupakan teman setianya. Tanpa rokok dia buntu ilham. Saya pernah menjadi seorang perokok tegar dan saya kini sudah berhenti. Memang pada awalnya pening untuk menulis tanpa rokok. Menulis dengan rokok lebih mudah tetapi selepas itu pening pula dengan habuk rokok, duit rokok dan batuk-batuk rokok.

Hari ini, saya baru selesai menulis. Penulisan bukanlah 100% dari saya kerana kami bertiga menulis satu artikel. Data dalam penulisan tersebut pula merupakan data penyelidikan kami bertiga. Hanya perlu diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan. Rakan saya telah menyiapkan separuh dan saya hanya perlu menyiapkan sebahagian lagi. Tetapi peningnya jangan diceritakan. Ditambah pula dengan keadaan badan yang lesu dan sendi sengal-sengal akibat selsema, low grade fever, kahak dan sore throat hinggakan doktor yang saya jumpa tadi bertanya saya adakah saya merokok. Tidak Doktor, telah saya tinggalkan dunia perokok tegar. Yang ada pada saya ini mungkin jangkitan dari anak yang terlebih dahulu selsema, demam dan batuk. Ditambah dengan keadaan berjerebu dan cuaca panas. Yang saya perasan, 3-4 hari sebelum diserang ketidakselesaan tekak ini, saya banyak minum air batu akibat dahaga kerana cuaca panas. Mungkin itu juga penyumbang.

Berbalik pada penulisan, saya telah selesai menulis bahagian saya dan edit mana-mana yang patut sebelum dihantar kembali pada rakan saya untuk di cross check. Perlu ada pemeriksaan ayat dan ejaan terlebih dahulu. Semakan sebegini penting untuk mengelakkan silly mistakes berlaku. Cuma tinggal Conclusion dan Recommendation sahaja yang perlu saya tulis dan bahagian ini sebenarnya mencabar kerana conclusion perlu strong. Ibarat membuat movie, penutup cerita perlu strong dan tidak tergantung.

Apa yang saya perasan sebenarnya untuk diri saya, saya menulis dengan lebih efektif apabila menulis dari hati dan juga apabila menulis setelah dapat power nap. Kadang-kadang selepas power nap, bangun dan berbual dengan keluarga atau rakan-rakan sebentar sebelum mula menulis. Dan cuaca yang nyaman juga perlu untuk saya lancar menulis. Lancar yang dimaksudkan adalah dari segi curahan idea.

Seorang Professor di tempat kerja saya pernah mengatakan pada saya 'Read more books, articles, senang untuk mendapat idea menulis'. Ada kebenarannya.




No comments:

Post a Comment