Semalam Adik Tibas jatuh di kawasan kanak-kanak di PPAS akibat terlampau gembira belari kesini dan kesana. Luka di bibir dan menurut Mummy, menangis sekejap. Baju pun berdarah. Selepas itu, kembali berlari kesini dan kesana. Kakak pun sama naik.
Berbalik kepada kisah catuan air, semoga hujan turun dengan lebat di kawasan tadahan air. Cuaca panas seperti sekarang ini bukan sahaja menjadi penyebab catuan air malah menjadi penyumbang wang kepada TNB hasil bacaan elektrik yang lebih tinggi dari bulan-bulan lain. Aircond dihidupkan lebih lama dari biasa.
Malam tadi, disaat air dicatu, saya pula terlebih buang air. Semuanya berlaku akibat makan char kuey teow di taman perumahan sebelah bersama Amir Hamzah Botak, orang kuat HKL. Char kuey teow menggunakan nama terkenal terbabit memang menyelerakan ketika dimakan namun apabila sampai di rumah perut menjadi kelam kabut, sendawa dan buang angin berkali-kali tanpa henti, mual tetapi masih sifar muntah dan buang air disaat orang lain di catu airnya. Keadaan sedikit terkawal selepas menggunakan balm gamat merah, disapu di perut. Pagi tadi ketika bangun tidur, perut agak tidak selesa namun kadarnya telah menurun banyak, seperti menurunnya kadar air di empangan. Jadi dengan hati gembira saya beli sarapan pagi bersambal dan menikmati kopi merah yang dikatakan berkesan membuang toksin.
Selepas selesai sarapan, perut kembali meragam. Berlaku lagi pembuangan air, kali ini di pejabat. Nasib baik selepas proses membuang, buka paip dan air masih ada. Terlupa sebenarnya untuk periksa air di pili terlebih dahulu.
Disaat entri ini ditulis, masih berlaku pergolakan dan kekacauan di dalam perut saya. Mungkin saya akan ke klinik untuk menstabilkan keadaan. Lokasi klinik panel yang telah diubah menjadi lebih jauh mungkin menyebabkan saya cuba berusaha, berikhtiar dan bertawakkal di pejabat terlebih dahulu. Kita kembali ke kisah air semula.
Grafik dibawah menunjukkan kenapa air dicatu. Grafik diperolehi dari laman web Harian Metro.
Kredit to Harian Metro Info Grafik |
No comments:
Post a Comment