Monday, March 31, 2014

Satay Labis Bukit Jelutong


Akhirnya saya dapat juga menikmati keenakan Satay Labis di Bukit Jelutong. Rupa-rupanya beberapa hari sebelum ini ketika saya berkunjung ke gerai Satay Labis dan kecewa mendapati gerainya tutup, rupa-rupanya sebab musabab ia tutup adalah kerana catuan air. 

Harga Satay Labis ini adalah sestandard harga satay-satay yang lain di Shah Alam. 15 cucuk ayam dan 15 cucuk daging beserta bawang (atas permintaan) dan timun serta sambal kacang yang seenak rasa menjadi menu kami sekeluarga. Harga lebih kurang RM 2+ sahaja. 

Sesiapa yang nak merasa Satay Labis ini, gerainya terletak di Restoran Mamak berhadapan Kafe An Nur Bukit Jelutong. Siapa yang tahu My Mydin Bukit Jelutong, gerai Satay Labis ini berada dibelakang My Mydin. 

Saya difahamkan oleh owner gerai bahawa kemungkinan dia akan buka satu kedai satay Labis di Shah Alam, bagaimanapun semuanya masih dalam perancangan. 

 

Friday, March 21, 2014

Makan-Makan Di Satay Station

2-3 minggu yang lalu sewaktu cuaca sangat berjerebu dan tidak sihat, tiba-tiba kami sekeluarga teringin nak makan satay. Kebetulan pula satay yang saya minat iaitu Satay Labis di Bukit Jelutong tutup. Jadi sambil-sambil on mobile internet, terjumpa beberapa blog yang menceritakan mengenai kedai Satay Station. Saya masih ingat dulu-dulu tahun 1980-an ada kedai Sate Ria. 

Lokasi Satay Station ini ialah di Plaza Masalam, Shah Alam. Kami order 15 cucuk satay, mee rebus dan air fresh oren. Menariknya satay dihidangkan dalam bekas beralaskan daun pisang dan telah siap dengan set bawang, timun serta nasi impit. 

Tekak saya dan isteri masih meletakkan Satay Labis Bukit Jelutong sebagai yang terbaik diikuti oleh Satay Kajang Hj Samuri. Satay Station ni not bad juga, tak dinafikan seperti kata-kata dari blog-blog lain, memang satay di Satay Station besar, dan harganya juga besar. 

Mee rebus pula mempunyai banyak taugeh dan amat sesuai untuk pencinta taugeh. Saya pula memang amat kurang gemarkan taugeh dan mee rebus tersebut menjadi habuan isteri. 

Servis pula cepat tetapi tidak boleh menjadikan ukuran kerana saya datang pada hari kerja, bilangan customer pun tidak berapa ramai tapi pada pandangan saya untuk malam hari kerja, not bad juga bilangan mereka yang menjamu selera disini. 

Dari segi harga, untuk orang yang tidak bergaji besar seperti saya, agak terkejut juga dompet saya. Bagi mereka-mereka yang bergaji besar mungkin tidak mempunyai masalah. Tetapi mungkin kerana saya mengambil side order seperti mee rebus dan air-air premium. Harga sebenarnya telah ditulis dengan jelas di menu so kalau rasa kemampuan kewangan kurang, pilihlah menu dengan berhemah. Jangan jadi seperti saya. 

Kuah satay di sini kaya dengan kacang, sesuai dengan namanya sebagai kuah kacang atau sambal kacang. Bagi saya pengalaman makan disini menarik kerana kami duduk di bangku gazebo style. Ada yang tanya saya sedap atau tak satay disini, sukacita dimaklumkan bahawa tekak manusia lain-lain. Bagi saya satay disini not bad dan boleh datang lagi cuma saya lebih gemarkan Satay Labis walaupun sizenya kecik. Tapi ini tidak menghalang saya untuk datang lagi ke Satay Station. 

Tuesday, March 18, 2014

Hujan Yang Turun

Hujan yang turun bersama kesyukuran, bukan air mata. Kenapa syukur, sebab air telah melalui fasa dicatu kerana kemarau. Ini adalah hari yang keempat hujan turun lebat dan diharapkan agar tempat tadahan air menerima air yang secukupnya untuk menaikkan jumlah simpanan.
Depan kedai hardware

Monday, March 17, 2014

Speedtest unifi vip 10

This is the speedtest I've done today for unifi vip 10
Slow for a 10Mbps

Sunday, March 16, 2014

TEH O DARI PAIP

Air yang kembali selepas catuan seperti teh O. Mungkin pihak utiliti ingin ajak ngeteh terus ke rumah.

Wednesday, March 12, 2014

Menulis Perlukan Ketenangan

Bukan senang mahu menulis, lebih-lebih lagi apabila penulisan tersebut berbentuk ilmiah dan akademik dan bukannya menggunakan bahasa ibunda kita. Bagi mereka-mereka yang terbabit dengan sektor yang memerlukan mereka menghasilkan sesuatu yang ilmiah tentu memahami apa yang saya ketengahkan ini.

Saya ada seorang kawan yang telah menghasilkan puluhan penulisan. Rokok merupakan teman setianya. Tanpa rokok dia buntu ilham. Saya pernah menjadi seorang perokok tegar dan saya kini sudah berhenti. Memang pada awalnya pening untuk menulis tanpa rokok. Menulis dengan rokok lebih mudah tetapi selepas itu pening pula dengan habuk rokok, duit rokok dan batuk-batuk rokok.

Hari ini, saya baru selesai menulis. Penulisan bukanlah 100% dari saya kerana kami bertiga menulis satu artikel. Data dalam penulisan tersebut pula merupakan data penyelidikan kami bertiga. Hanya perlu diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan. Rakan saya telah menyiapkan separuh dan saya hanya perlu menyiapkan sebahagian lagi. Tetapi peningnya jangan diceritakan. Ditambah pula dengan keadaan badan yang lesu dan sendi sengal-sengal akibat selsema, low grade fever, kahak dan sore throat hinggakan doktor yang saya jumpa tadi bertanya saya adakah saya merokok. Tidak Doktor, telah saya tinggalkan dunia perokok tegar. Yang ada pada saya ini mungkin jangkitan dari anak yang terlebih dahulu selsema, demam dan batuk. Ditambah dengan keadaan berjerebu dan cuaca panas. Yang saya perasan, 3-4 hari sebelum diserang ketidakselesaan tekak ini, saya banyak minum air batu akibat dahaga kerana cuaca panas. Mungkin itu juga penyumbang.

Berbalik pada penulisan, saya telah selesai menulis bahagian saya dan edit mana-mana yang patut sebelum dihantar kembali pada rakan saya untuk di cross check. Perlu ada pemeriksaan ayat dan ejaan terlebih dahulu. Semakan sebegini penting untuk mengelakkan silly mistakes berlaku. Cuma tinggal Conclusion dan Recommendation sahaja yang perlu saya tulis dan bahagian ini sebenarnya mencabar kerana conclusion perlu strong. Ibarat membuat movie, penutup cerita perlu strong dan tidak tergantung.

Apa yang saya perasan sebenarnya untuk diri saya, saya menulis dengan lebih efektif apabila menulis dari hati dan juga apabila menulis setelah dapat power nap. Kadang-kadang selepas power nap, bangun dan berbual dengan keluarga atau rakan-rakan sebentar sebelum mula menulis. Dan cuaca yang nyaman juga perlu untuk saya lancar menulis. Lancar yang dimaksudkan adalah dari segi curahan idea.

Seorang Professor di tempat kerja saya pernah mengatakan pada saya 'Read more books, articles, senang untuk mendapat idea menulis'. Ada kebenarannya.




Tuesday, March 11, 2014

Tarif Insurans Kenderaan Terkini

Bagi kebanyakan pemilik kenderaan, mengeluarkan duit untuk menghidupkan road tax mungkin tiada masalah tetapi mengeluarkan duit untuk membeli polisi insurans kenderaan mungkin mengakibatkan kepala mereka pening kerana tarif insurans kebiasaannya lebih mahal dari harga cukai jalan.

Bagi mereka yang tiada NCD (No Claim Discount, saya kerap juga mendengar orang menyebutnya sebagai NCB tanpa mengetahui apa makna B itu), perlu lah membayar harga penuh premium insurans.

Saya mengambil langkah mudah, tidak mahu terbeban dengan mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar premium insurans, iaitu renew di Maybank menggunakan fasiliti 0% interest dan dibayar selama 12 bulan. Apabila renew di Maybank, Etiqa lah sesatunya pilihan. So far saya pernah claim windscreen hadapan pecah dimana saya ke kedai luar panel terlebih dahulu untuk ganti windscreen dan kemudian claim kembali di Etiqa. Memang saya jangkakan segalanya akan lambat atau dilambatkan dan terbukti sehingga sebulan lebih dari tarikh claim, masih tiada khabar berita.

Saya ambil langkah pertama iaitu menelefon customer service Etiqa. Rupa-rupanya duit saya telah selamat di bank-in di dalam akaun kira-kira 14 hari selepas tarikh submit borang claim. Cepat.

Kuda rempit saya pula menggunakan Takaful Ikhlas dan saya bercadang untuk renew Etiqa pada next year.

Tahun ini, premium insurans akan dinaikkan dan dibawah merupakan Infografik berkenaan kadar tarif terkini. Saya hanya paste, saya juga kurang faham bagaimana cara pengiraan. All that I understand is tarif dia dah naik. Semua naik. Hujan pun akhir-akhir ini tidak turun.
Sumber dari laman sesawang Harian Metro


Kebakaran Hutan

Kebakaran di hutan berhampiran Seksyen U10 Shah Alam berlaku pada hari Ahad baru-baru ini. Ingatkan dah selesai pada hari yang sama. Rupa-rupanya keesokan hari di kawasan yang sama cuma lokasi jarak 500 meter, ada pula kebakaran lain. Akibatnya, penduduk berhampiran, pelajar dan staf UiTM berhampiran terpaksa menghidu bau asap.

Kemas Bilik

Apabila pekerjaan banyak melibatkan paper, jika dalam masa 6 bulan tidak membuat projek disposal, memang akan menimbunlah segala ruang bilik dengan paper based material.

Itu kalau 6 bulan, kalau 4 tahun tidak membuat disposal, 2 jam diperlukan untuk sort mana satu yang perlu dibuang dan mana satu yang perlu disimpan dan akibat no clear guidelines on what to preserve, 2 jam seolah-olah tidak cukup. Perlu diingat 2 jam ini tidak termasuk proses disposal, hanya appraisal sahaja.

Proses disposal juga perlukan penelitian kerana untuk menjaga kerahsiaan, ada dokumen yang perlu di masukkan dalam mesin shredder.

Memang memeningkan. Tapi hasilnya pasti membuatkan anda dan saya tersenyum.

Sunday, March 09, 2014

Burger sedap

Gerai burger yang sedap di Bkt Jelutong. Saya akan singgah sekitar jam 0030 hrs selepas balik tugas malam. Gerai ini ditepi an nur cafe.

Wednesday, March 05, 2014

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Dibawah merupakan fakta tentang Jambatan Kedua Pulau Pinang yang diambil dari Infografik Harian Metro.

Kali terakhir saya melalui jambatan pertama Pulau Pinang ialah sekitar tahun 1990. Pada tahun 2012 ketika memandu ke Kuala Kedah bersama keluarga, saya hanya lalu di persimpangan ke jambatan pertama Pulau Pinang. Hajat dihati ketika itu hendak singgah ketika perjalanan balik namun terbantut setelah isteri 'bleeding' ketika mengandungkan si Adik Tibas.

Belumpun sempat mengulangi hajat ke jambatan pertama, jambatan kedua pula telah dibuka. Apa-apa pun, tahniah kerana telah mempunyai dua jambatan.

Sumber : Laman Sesawang Harian Metro

Tuesday, March 04, 2014

Pagi Yang Hujan

Terjaga dari tidur pagi ini dengan kesejukan. Sangkaan bahawa aircond yang dipasang tidak ditutup rupanya meleset. Rupanya hujan di luar sana. Lebat dan lebat dan akhirnya kawasan rumah saya disimbahi hujan setelah sekian lama panas dan kering.

Sehari sebelum saya ada mendengar di berita bahawa pihak berwajib akan melakukan pembenihan awan akibat ketiadaan hujan yang lama dan masalah paras takungan air yang kritikal. Mungkin hujan pagi ini adalah kebetulan ataupun akibat pembenihan awan ? Yang pasti hujan turun dengan lebat dan cuaca pagi ini sejuk. Selebat mana pun hujan pagi, kehidupan di FPM berjalan seperti biasa. Ketika saya sampai jam 0750hrs , para ahli akademiknya sedang berkejar ke kelas dan pelajar-pelajar juga dilihat meredah hujan untuk ke kelas. Hujan lebat bukan penghalang mereka untuk meneruskan aktiviti akademik.

Sejak dua menjak ini, saban tahun akan ada masalah-masalah yang sama iaitu banjir yang dilihat semakin teruk dan melanda kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak terjejas. Kita semakin kerap mendengar dakwaan penduduk yang terjejas bahawa 'Ini lah banjir paling teruk sejak 20 tahun atau 30 tahun'. Kemudian, masalah denggi yang semakin parah dari semasa ke semasa. Saya pernah diserang denggi dan terlantar 5 hari di hospital jadi saya tahu bagaimana azabnya diserang denggi. Baru-baru ini rakan sekerja saya ditimpa musibah apabila ibu mertua nya meninggal dunia diserang denggi. Saya difahamkan bahawa isterinya terlebih dahulu diserang denggi dan kemudian barulah kedua ibu bapa mertuanya diserang denggi. Memang berat dugaan yang diberikan pada rakan sekerja saya itu. Semoga Allah memberi ketabahan kepada dia dan semoga Allah melindungi saya dan keluarga dari sebarang musibah.

Semalam saya ke Ace Hardware untuk membeli perangkap nyamuk jenama Khind. Saiznya besar dan nampak kukuh. Sebelum ini saya pernah membeli perangkap nyamuk yang akan membunuh nyamuk menggunakan elektrik. Perangkap tersebut yang saya gelarkan Penguin kerana berbentuk penguin memang amat efektif pada mulanya. Banyak nyamuk menjadi korban si penguin. Bagaimanapun setelah beberapa bulan saya gunakan, penguin mula meluaskan skop mangsa kepad nyamuk-nyamuk halimunan. Maksud saya, walaupun tiada nyamuk, perangkap elektrik penguin akan meletup seolah-olah ada nyamuk yang dibunuh. Ini menyebabkan saya khuatir mungkin penguin sendiri akan meletup dan terbakar ketika saya tiada dirumah. Salah satu aturan penggunaan yang berkesan bagi perangkap nyamuk ialah kita tidak berada di sekitar perangkap dan biasanya saya akan keluar rumah berpoya-poya bersama keluarga dan meninggalkan penguin menjalankan tugas rasminya.

Perangkap nyamuk jenama Khind ini berganda harganya dari penguin. Penguin harganya tidak lebih RM 30 sementara Khind pula harganya RM 137. Saiz dan material Khind lebih kukuh dari si Penguin. Keberkesanannya masih belum diuji berbanding penguin. Baru malam tadi saya gunakan Khind di ruang tamu rumah untuk memerangkap nyamuk yang terlepas masuk ke dalam rumah. Khind tidak menggunakan arus elektrik untuk membunuh nyamuk sebaliknya menyedut nyamuk ke dalam perangkapnya dan nyamuk akan mati sendiri kerana dehidrasi. Khind hanya menggunakan elektrik untuk menghidupkan lampu UV dan kipas dan ia akan hidup selama 4 jam sahaja sebelum ianya cut off sendiri.

Malam ini akan saya cuba lagi Khind untuk melihatkan keberkesanannya.
Inilah perangkap nyamuk Khind yang saya beli semalam.
Dibawah merupakan sedutan dari laman web rasmi Khind berkenaan produk ini.

How does Khind Magic Aedes Buster Work


It traps mosquitoes with 3 powerful non toxic attractions:


i) Odour - Carbon Dioxide generated by the Titanium Dioxide Coating in this buster  mimics the same Carbon Dioxide exhaled by human beings. Its attraction can be further enhanced by adding a natural scent of banana to it, by rubbing ripe banana or its skin onto the exterior of the buster. If supported by an air current, it can attract mosquitoes from 100 ft away

ii) Light - The Ultra Violet light of this Buster produces a strong visual attraction to mosquitoes which are within 30 ft

iii) Heat - Heat released from the UV lamps and the dark-coloured body of this buster mimics our body warmth and lure mosquitoes which are within 10 ft to the  Buster

Features & Consumer Benefit :-
  • Protect you and your loved ones from the menace of Aedes and other blood seeking mosquitoes
  • Safe & Hygienic......Non-toxic. No Chemical or insecticides used.
  • High quality Ultra Violet lamp for maximum attraction of mosquitoes. 
  • 2 year warranty excluding UV lamps
  • Free 2 units of UV lamps

Specifications :-
  • Voltage : 220-240V ~ 50Hz
  • Power : 26W
  • Carton Box Dimension : 260(L) X 212(W) X 385(H) mm
  • Gross Weight : 2kg
  • Colour : Maroon / Dark Blue

Monday, March 03, 2014

Sebab Air Dicatu

Sejak akhir-akhir ini akibat tiada hujan atau jumlah hujan yang turun tidak mencukupi, berlakulah insiden catuan air di banyak kawasan di Lembah Klang. Ternyata ini semua memberi kesusahan kepada penduduk terutama mereka yang tinggal di perumahan seperti flet dan apartmen. Saya bernasib baik kerana kawasan saya tidak termasuk dalam kawasan catuan dan juga tidak tinggal di perumahan flet atau apartmen. Rumah saya mempunyai tangki sendiri namun saya masih perlu berjimat air. Antara langkah utama ialah menghadkan penggunaan air ketika mandi oleh Adik Tibas dan Kakak. Kedua-dua mereka ini merupakan juara berkubang di dalam bath tub lebih-lebih lagi si Adik Tibas.

Semalam Adik Tibas jatuh di kawasan kanak-kanak di PPAS akibat terlampau gembira belari kesini dan kesana. Luka di bibir dan menurut Mummy, menangis sekejap. Baju pun berdarah. Selepas itu, kembali berlari kesini dan kesana. Kakak pun sama naik.

Berbalik kepada kisah catuan air, semoga hujan turun dengan lebat di kawasan tadahan air. Cuaca panas seperti sekarang ini bukan sahaja menjadi penyebab catuan air malah menjadi penyumbang wang kepada TNB hasil bacaan elektrik yang lebih tinggi dari bulan-bulan lain. Aircond dihidupkan lebih lama dari biasa.

Malam tadi, disaat air dicatu, saya pula terlebih buang air. Semuanya berlaku akibat makan char kuey teow di taman perumahan sebelah bersama Amir Hamzah Botak, orang kuat HKL. Char kuey teow menggunakan nama terkenal terbabit memang menyelerakan ketika dimakan namun apabila sampai di rumah perut menjadi kelam kabut, sendawa dan buang angin berkali-kali tanpa henti, mual tetapi masih sifar muntah dan buang air disaat orang lain di catu airnya. Keadaan sedikit terkawal selepas menggunakan balm gamat merah, disapu di perut. Pagi tadi  ketika bangun tidur, perut agak tidak selesa namun kadarnya telah menurun banyak, seperti menurunnya kadar air di empangan. Jadi dengan hati gembira saya beli sarapan pagi bersambal dan menikmati kopi merah yang dikatakan berkesan membuang toksin.

Selepas selesai sarapan, perut kembali meragam. Berlaku lagi pembuangan air, kali ini di pejabat. Nasib baik selepas proses membuang, buka paip dan air masih ada. Terlupa sebenarnya untuk periksa air di pili terlebih dahulu.

Disaat entri ini ditulis, masih berlaku pergolakan dan kekacauan di dalam perut saya. Mungkin saya akan ke klinik untuk menstabilkan keadaan. Lokasi klinik panel yang telah diubah menjadi lebih jauh mungkin menyebabkan saya cuba berusaha, berikhtiar dan bertawakkal di pejabat terlebih dahulu. Kita kembali ke kisah air semula.

Grafik dibawah menunjukkan kenapa air dicatu. Grafik diperolehi dari laman web Harian Metro.

Kredit to Harian Metro Info Grafik
Semoga hujan turun di kawasan tadahan air, semoga air tidak lagi dicatu dan semoga kekacauan perut saya ditamatkan sekaligus mengelakkan pembuangan air yang melampau disaat air dicatu. Tango Kilo, Selamat Bertugas.