Friday, November 15, 2013

Jatuh

Agak lama saya tidak post apa apa di sini. Post terakhir ialah mengenai pembelian HP Nokia Asha yang sehingga setakat ini saya gunakan sebagai second phone, tidak memberi apa apa masalah. Cuma sesuai dengan harga, maka processor dan RAM nya berada pada kelajuan yang minima atau ngam ngam soy. Cukup untuk Whatsapp, SMS dan Phone Call. Biasanya selepas connected to Unifi, terpaksa saya menunggu sedikit supaya semua text dalam Whatsapp saya loading.

Pada 19 Oktober 2013 bersamaan hari Sabtu merupakan satu hari dimana dalam keadaan tergesa-gesa hendak ke Kedah, ketika enjin kereta sudah dihidupkan dan semua keluarga saya sudah berada di dalam kereta, saya terjatuh tangga.

Ketika sedang menuruni tangga rumah jam 0555 hrs dalam keadaan lampu sudah ditutup, saya terlepas 2 anak tangga dan kaki kanan saya landing di lantai lalu terdengar bunyi Praak! pada ankle kanan saya. Berderau darah apabila mendengar bunyi seakan patah. Saya terduduk seketika dan perlahan-lahan saya cuba gerakkan kesemua jari kaki. Alhamdulillah jari-jari semua boleh bergerak walaupun perlahan. Masa ni, terasa panas di ankle kaki dan perlahan-lahan kesakitan terasa.

Saya cuba call Wife di dalam kereta untuk memaklumkan keadaan saya namun handphone dia off. Agaknya melihatkan saya terlalu lama di dalam rumah, wife saya keluar dari kereta dan menjenguk ke dalam rumah dan apabila melihat saya terbaring di tangga, dia sudah boleh menduga apa yang berlaku.

Wife kemudian mematikan enjin kenderaan dan membawa keluar anak-anak yang masih terpinga-pinga dengan perjalanan yang begitu 'sekejap'.

Trip ke Kedah terpaksa dibatalkan dan jam 0800 hrs saya dihantar ke klinik dimana doktor telah mendiagnose ligamen ankle saya koyak. 3 hari yang pertama memang memedihkan di mana selain memakan ubat doktor, tuaman air batu, pergerakan minima, penggunaan tongkat (saya masih simpan tongkat ketika otot betis kiri saya koyak akibat bermain badminton), saya juga terpaksa menahan kesakitan ketika tidur di malam hari.

Sehingga kini kaki saya masih belum pulih sepenuhnya walaupun sudah boleh berjalan dan memandu kereta namun pergerakan kaki agak tidak normal dan masih ada bengkak di kawasan ankle. Kadangkala pada malam hari ketika tidur akan terasa sedikit sakit, kalau dilanggar kawasan ankle memang meraung. Biasanya apabila bangun dari tidur akan terasa sakit.

Secebis kisah jatuh tangga, yang penting terus tuam dengan air batu. Saya bernasib baik jatuh di rumah.
 
Gambar 15 minit selepas jatuh.

No comments:

Post a Comment