Monday, September 30, 2013

TM Unifi Email

Jika mengikut perkiraan pengumuman yang telah dihebahkan dalam laman web http://www.unifipromo.com/important-announcement-discontinuation-of-tm-e-mail-services/ dan di Unifi Portal, segala jenis email percuma yang diberi ketika langganan produk TM seperti streamyx dan unifi akan dihentikan. Malah pelanggan baru juga telah tidak diberi sebarang email percuma dari TM semenjak 30 May 2013 untuk Streamyx dan 6 Jun 2013 untuk Unifi.

Malah, ketika ingin login ke portal Unifi, ada pengumuman bertulisan merah seperti di bawah :-

Dear customer, please be informed that UniFi email service will be valid until September 2013. Please change your preferred email accordingly. 

Bermakna hari ini merupakan hari akhir bagi email Unifi. Saya memang ada email unifi dan saya selalu menggunakannya. Malah, email tersebut saya link kan ke email client saya di Samsung. Sebenarnya, my main objective was to use the Samsung Mobile email client with my workplace email tetapi email Jabatan saya tidak boleh diakses menggunakan client tersebut maka saya menggunakan email Unifi dan menjadikannya sebagai email rasmi saya selain dari email Jabatan. 

Amatlah malang apabila TM menamatkan riwayat email percuma mereka. Sebenarnya jika hendak dikatakan entirely free pun tidak juga kerana seseorang perlulah mempunyai akaun dengan TM, then only they can get the free email service. Jadi, email tersebut dikira sebagai salah satu servis kerana membayar perkhidmatan TM. I'm not sure if it can be called free email service.

Saya terpaksa kembali ke email percuma yang ada di internet untuk dijadikan email rasmi kedua saya. Sepatutnya TM mengekalkan perkhidmatan email mereka kerana ianya boleh menjadi VAS kepada pengguna TM. Sekurang-kurangnya email ini lebih diyakini kerana semua maklumat profil diri pemilik akaun email di simpan oleh TM. Sekurang-kurangnya penerima email akan lebih yakin dengan pengguna email TM.

Hopefully TM can here this shout here in bringing back their email service. 

 

Sunday, September 22, 2013

Kemalangan Jalan Raya

Dua insiden berlaku. Satu kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di rnr restoran jejantas sungai buloh sementara satu lagi membabitkan lori tangki chemical terbalik di km 288 arah selatan berhampiran exit bandar mahkota. Kedua-dua dihantar oleh saksi tempat kejadian kepada saya dan kejadian berlaku pada hari ni sekitar jam 2-5 petang.

Thursday, September 19, 2013

Dia naik basikal

Anak saya dengan basikal barunya. Murah je rm 150 beli di meru. Banyak barang murah di meru.

Wednesday, September 04, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Rasanya masih belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 pada semua namun tujuan utama saya menulis entri ini bukanlah semata-mata untuk ucapkan Selamat Hari Raya tetapi tentang apa yang saya lihat sejak dua menjak sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Sebelum ini pun saya terlintas untuk menulis mengenai suasana sambutan Hari Raya sejak beberapa tahun kebelakangan ini setelah saya membaca mengenai topik yang hampir sama di blog Syahrilkadir. Bagi saya, pemerhatian saya mengenai sambutan Hari Raya dan pemerhatian Syahril Kadir adalah hampir sama.

1. Walaupun tahun ini dilaporkan jalan raya tidak sesesak tahun lepas, namun saya masih tetap menerima rungutan rakan-rakan dari Utara yang terpaksa menempuh tempoh perjalanan yang lama, lebih lama dari biasa.

2. Gaya pemanduan. Saya dapati ada beberapa jenis golongan pemandu ketika Hari Raya ini. Pertama adalah golongan yang memang tinggal di kampung tetapi berlagak seolah-olah dia lah pemandu terhebat dan dari gaya yang ditunjuk, dia seolah-olah ingin membuktikan pada perantau dari luar bahawa di kampung tersebut masih ada lagi pemandu sehebat pelumba F1. Golongan kedua pula perantau yang pulang ke kampung dan ingin menunjukkan bahawa beliau yang telah merantau ini mempunyai skill pemanduan yang hebat, kereta ubahsuai yang hebat dan motif utama untuk menunjuk kepada orang-orang kampung bahawa mamat dari bandar telah pulang beraya. Golongan-golongan ini hanya 1% tetapi membahayakan 99% lagi pemandu berhemah di jalan raya.

3. Gadget. Seperti Syahril Kadir, saya juga melihat perkara yang sama. Tetamu yang datang semua membawa smartphone, tablet, phablet dan iPad. Kalau di kampung saya, ketika ibu bapa yang berumur 50 tahun ke atas sedang berbual, anak-anak yang berumur belasan hingga 20-an pula sibuk samada bermain game di gadget, berwhatsapp, wechat dan pelbagai apps lain. Kalau yang berumur 30 ke atas pula sambil berbual sesekali melihat ke smartphone masing-masing.

4. Power Bank. Tahun ini saya melihat peningkatan penggunaan power bank di kalangan tetamu di kampung saya.

5. Kamera. Tahun sebelum ini ramai tetamu di kampung saya menggunakan DSLR untuk mengambil gambar. Sebelum zaman DSLR masing-masing membawa compact digital camera. Tahun ini saya cuma lihat ada 2 sahaja DSLR digunakan. Selebihnya mengambil gambar menggunakan smartphone, edit menggunakan apps dan terus post ke FB atau group Whatsapp.

6. Kelab kereta. Saya perhatikan semakin ramai kereta-kereta perantau di kampung saya mempunyai stiker pengenalan kelab di cermin belakang.

7. Mercun. Di kampung saya, bunga api seperti hari Merdeka, sama yang Syahril Kadir perhatikan.

8. Pulang ke bandar, open house menjadi trend. Hari minggu kenderaan sesak menuju open house.