Siang tadi, saya mendapat panggilan dari Astro yang menawarkan their latest service which is Astro IPTV dimana saya difahamkan Astro saya akan berfungsi menggunakan fibre optic dan internet saya akan mempunyai kelajuan lebih dari Unifi saya.
Hampir juga saya tergoda dengan tawaran dari Astro terutama dari segi peningkatan kelajuan internet dan penjimatan yang bakal saya perolehi. Sekarang saya menggunakan Astro Super Pack dengan bayaran RM 132.50 (termasuk cukai) dan Unifi 5Mbps dengan bayaran RM149. Jumlah keduanya ialah RM 281.50. Itu belum lagi dikira bayaran Astro saya di kampung berjumlah RM 40 (family pack sebab mak dan ayah saya hanya inginkan siaran yang clear dan juga Astro Oasis dan Hijrah).
Mengikut kata-kata penggoda dari Astro tadi, saya hanya perlu bayar RM 100 untuk Astro Super Pack saya kerana saya diberi diskaun selama 24 bulan dan RM 148 untuk IPTV saya. Ini bermakna jumlah keseluruhan ialah Rm248.
Soalan pertama saya ialah adakah dekoder saya masih boleh menggunakan Astro Dish dan jawapannya ialah Dish masih connect pada dekoder untuk channel 180. Kemudian saya susulkan soalan saya dengan pertanyaan samada dekoder saya boleh meggunakan Dish sepenuhnya untuk semua siaran. Ini menimbulkan satu perasaan pelik kepada penggoda Astro dan dia pula yang bertanya kepada saya kenapa perlu guna Dish sedangkan telah ada fibre optic untuk memberi siaran Byond.
Jawapan saya senang, internet di kawasan saya sering terputus dan saya tidak mahu menanggung risiko ketiadaan internet dan siaran TV sekaligus. Dengan sedikit kurang keyakinan, penggoda Astro tersebut menjawab boleh diusahakan.
Saya tidak pasti adakah Astro IPTV ini menggunakan infrastruktur TM.
Kemudiannya, setelah penggoda Astro meletakkan telefon untuk memberi saya ruang berfikir dahulu, saya pun berangan-angan menggunakan internet yang lebih laju dan sambil browse internet mencari maklumat berkenaan Astro IPTV, tiba-tiba satu kenyataan membuatkan saya terpaksa melupakan angan-angan untuk melayakkan saya merasa internet lebih 1 MBps dari Unifi saya sekarang iaitu :- KOS PANGGILAN TELEFON.
Astro IPTV mengenakan caj panggilan ke semua talian manakala Unifi tidak mengenakan sebarang caj panggilan ke talian TM dan percayalah, saya bergayut dengan ibu bapa saya di kampung sementara isteri saya juga bergayut dengan kedua ibu bapanya di kampung tanpa dikenakan sebarang caj. Yang penting talian yang dihubungi adalah talian TM. Setakat ini saya memang kerap berurusan dengan jabatan-jabatan yang menggunakan talian TM. Saya juga kerap menelefon pejabat saya menggunakan telefon Unifi saya dan tidak pernah lagi dikenakan sebarang caj panggilan. Sekurang-kurangnya saya dah jimat RM40 dari panggilan telefon.
Ini saya...anda bagaimana?
Oh Ya.. 10MBps yang dikatakan oleh penggoda Astro dengan bayaran Rm148 sebenarnya adalah Booster selama 30 jam sebulan. Lebih 30 jam maka kelajuan akan menjadi 6MBps. Mungkin cukup bagi sesetengah pengguna.
Just want to share my experience with Astro IPTV/Maxis fiber so that it will not happen to others..
ReplyDeleteIn my home area all fiber infrastructure belongs to TM, up to the BTU box dalam rumah customer. When we change to IPTV, Maxis will be using the same BTU box for their channel. Once you moved to IPTV, your Astro decoder no longer accept signal from dish, it will come from fiber.
Imagine if the TM BTU box rosak, who do you want to call? Kalau you call TM, diaorg akan cakap you are not their customer and they are not responsible to change the device. Kalau you call Astro, diaorg akan cakap BTU box tu belongs to TM and the cannot replace it for you. What they will do is to log a request to TM to come to your house and swap the device. Then boleh agak sendiri la macamana response time dari TM since we are not their client..
That is what happen to me.. from saturday last week until today TM tak come back to Astro yet on the date (only date, bukan utk datang tukar device) when they are available to come.
I am now literally fighting back with Astro to convert my decoder back to dish.. so still menunggu sampai bila Astro boleh solve my issue..
it happen to me jugak.....almost 8 bulan tak settle.
Delete