Pada 12 Jun 2013 bersamaan hari Rabu yang lalu, saya telah menghadiri satu program yang menarik, dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana. Program ini yang bertajuk Persediaan Menghadapi Bencana di Hospital Awam di Malaysia merupakan satu topik yang menarik.
Friday, June 28, 2013
Thursday, June 13, 2013
Sen Heng Experience
Sen Heng merupakan antara syarikat elektronik terbesar di Malaysia, merupakan pilihan saya sejak dahulu lagi dalam membeli barangan elektrik.Ada yang bertanya kenapa saya sering memilih Sen Heng, satu soalan yang sukar saya jawab. Mungkin kerana saya merasakan ia mempunyai after sales service yang boleh diharapkan. Antara barangan elektrik yang pernah saya beli di Sen Heng ialah TV, Home Theater, Peti Ais, Microwave, Oven, Electric Shaver, Hair Dryer dan yang terkini ialah Food Processor dan Blender. Kebetulan pula ketika ingin mencari Food Processor, Blender saya pula rosak. Alang-alang kedua-duanya sekali saya sambar, tersenyum lebar suri hati saya.
Pada asalnya, di Sen Heng seksyen 7 Shah Alam, tujuan saya hanya untuk membeli blender. Kemudian isteri saya ingin pula mencari blender yang boleh kisar air batu. Bila dah jumpa pula, bekas pengisar tersebut hanya satu sahaja yang diberi dan size pengisar pula tidak standard dengan bekas pengisar yang dijual di kedai. Akhirnya tumpuan beralih pada Panasonic Food Processor dan blender biasa. Maknanya dua item dibeli di Sen Heng.
Tiba-tiba teringat pula Oven Pensonic yang dibeli bulan November lepas di Sen Heng. Oven tersebut mengalami kerosakan tombol. Dan oleh kerana saya pernah membeli extended warranty replacement one to one, saya pun bertanya pada Sales Assistant di situ samada boleh atau tidak dibuat penukaran. Jawapannya BOLEH.
Malam itu juga saya kembali ke Sen Heng Seksyen 7 membawa oven saya yang rosak tombolnya. Oven tersebut diganti dengan oven baru dan saya pula perlu membayar RM21 kerana oven tersebut sebelum ini saya beli dengan harga promosi. Yang manisnya, replacement warranty saya ditambah lagi setahun. Bermakna dalam masa setahun dari hari ini, jika berlaku sebarang kerosakan, maka saya boleh lah replace one to one sekali lagi. Dibawah ialah rupa oven baru setelah direplace one to one. Thumbs up for good customer service, Sen Heng. Oh ya..hati tak keruan teringatkan home theater yang baru dilihat di Sen Heng..hehehe.
Wednesday, June 12, 2013
Mulanya Disini
Lagu yang mengenangkan saya di saat saya sekolah rendah.
(Seha)
Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Antara kita berdua
(Seha)
Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Antara kita berdua
Friday, June 07, 2013
Tiada Elektrik Lagi
image credit to http://www.alternative-energy-geek.com |
Rentetan dari kejadian ketiadaan elektrik di rumah saya seperti yang diceritakan di sini, keadaan selepas-selepas itu adalah tenang dan kehidupan adalah cerah dengan bekalan elektrik. Namun semalam sekitar jam 3 petang, without any warning elektrik terputus kembali. Sebenarnya kekerapan ketiadaan elektrik di kawasan perumahan saya adalah agak kerap seolah-olah kami seperti berada di satu kawasan hulu yang menggunakan generator.
Monday, June 03, 2013
Petang Yang Cantik
Langit Petang yang Cantik |
Petang tadi saya ke Seksyen 7 , Shah Alam kerana isteri ingin ke beberapa kedai disitu.Saya menetap di Shah Alam sejak dari tahun 1995 dan saya dapat melihat bagaimana pesatnya kawasan di atas membangun. Pelbagai kedai makan, kedai kain dan butik tumbuh ibarat cendawan di kawasan ini. Ketika ini kawasan dihadapan kedai tempat isteri saya shopping penuh dengan kenderaan, obviously need to park somewhere. Jadi saya merayau sementara isteri dan anak sulung saya ke kedai, saya dan adik Tibas yang sedang nyenyak dibuai mimpi di seat belakang merayau mencari tempat untuk berlabuh. Dan kawasan ini, satu kawasan lapang disebelah hospital Shah Alam yang dalam pembinaan menjadi tempat port saya. Tanpa enjin dimatikan kerana inginkan udara dingin buat menyenyakkan adik Tibas, inilah pandangan saya menerusi cermin hadapan.
Tiba-tiba terfikir, what a beautiful sky. Namun yang ada hanyalah camera phone. Lately memang saya amat jarang membawa bersama DSLR mungkin kerana ianya berat. DSLR tersimpan rapi dalam beg kamera menunggu masa yang sesuai untuk digunakan. Selepas habis agenda di Seksyen 7, kami semua ke pasar malam Meru. One of the best places on earth.
Published with Samsung Galaxy Note 2