Saturday, December 21, 2013

Satu Petang Di GM Klang




Bangunan Baru GM Klang (kredit pada laman web rasmi GM Klang)
Entri yang fresh dan ditulis pada malam Sabtu 21 Disember 2013 selepas Isyak. Waktu ini hujan lebat di luar rumah. Kaki pula masih letih kerana berjalan-jalan di GM Klang. Kami sebenarnya telah beberapa kali ke GM Klang yang lama (terletak bersebelahan GM Klang yang baru). Hari ini pula kami ke buat pertama kalinya ke GM Klang yang baru. Boleh check detail mengenai GM di sini.

Perjalanan dari rumah saya memakan masa kira-kira 20 minit namun kami mengambil masa hampir sejam kerana singgah di dua stesyen minyak iaitu Petronas (untuk beli jajan si Kakak dan Adik) dan Petron untuk saya keluarkan duit kerana stesyen Petronas yang pertama saya singgah mempunyai mesin ATM yang down. Sebenarnya tidak perlu saya singgah di stesyen minyak untuk keluarkan duit kerana di GM Klang terdapat dua mesin ATM RHB dan satu mesin ATM MEPS.

Kami melalui lebuhraya KESAS menghala ke Pulau Indah dan exit di Bandar Botani. Ada terpampang signboard besar GM Klang di situ. Tempat meletak kenderaan disediakan di dalam kompleks GM terbabit tapi saya lebih selesa meletakkan kenderaan di kawasan rumah kedai bersebelahan kerana jaraknya tidak jauh. Nasib baik tak hujan.



Adik berdiri sepanjang perjalanan ke GM Klang



Memasuki kompleks baru GM, saya mendapati bahawa susunan lebih teratur dan keadaan nyaman dengan aircond. Seperti kompleks membeli belah yang lain, GM juga mempamerkan keadaan dan keselesaan yang sama. Pelbagai barangan boleh diperolehi di sini seperti pakaian, peralatan, mainan, barang-barang elektronik, mobile phone and accessories dan PC.

Lokasi ground floor pula menempatkan kedai-kedai makan seperti Ayam Penyet, Foodcourt, Kopitiam, Marry Brown. Saya kira ada lebih dari 8 kedai makan di ground floor GM.

Suasana GM Klang pada petang Sabtu

Pada saya, GM menempatkan barang-barang harga patut yang kebanyakannya saya duga diimport dari negara-negara seperti China, Vietnam dan lain-lain. Ada juga barang-barang yang tidak saya jumpa di tempat lain.

Ada eskalator. Lif pun ada.


Papan tanda susunan kedai mengikut kategori


Minion pun ada dijual.

Nak beli mesin popcorn pun boleh




Last sekali, dah letih berjalan, kami minum petang di sebuah kopitiam di ground floor kompleks GM.
Saya makan nasi lemak biasa dan teh 3 layer, Kakak dan Adik makan Fries dan Orange Plum Juice (fresh oren letak asam boi) dan Mummy makan kuey tiau dan sirap, pau kaya pun ada.

Kopitiam tempat kami makan. 


Kakak bergaya dalam perjalanan pulang



Wednesday, December 18, 2013

Japan GT 2013

Layan gambar-gambar ketika Japan GT 2013 yang saya ambil menggunakan DSLR lama saya. Teknik panning digunakan dan saya akui saya tidak berapa mahir dengan teknik ini. Dari berpuluh-puluh tembakan hanya ini sahaja yang saya rasa agak presentable to audience. Itu pun kurang menarik kerana view from my seat tak berapa bagus.





Thursday, December 05, 2013

Menguap

Perbuatan menguap dilakukan apabila kita mengantuk. Sekarang musim hujan dan saya sekeluarga diserang selsema, batuk dan sedikit demam. Anak yang sulung terlebih dahulu diserang demam, sore throat, flu dan batuk dan diikuti oleh brader dalam gambar di atas dan juga saya.

Dari segi pemakanan ubat, saya mendahului dengan tahap kesenangan memakan ubat diikuti oleh brader dalam gambar diatas dan yang paling susah adalah anak sulung saya iaitu si Kakak. Seksa woo nak bagi dia makan, terpaksa grip dia. Kena berdua. Brader kat atas ni ubat demam dia okay sikit tapi ubat batuk selsema apabila nampak je syringe terus dia terkial kial berlari. Gambar kat atas tu masa dia baru beberapa bulan. Sekarang sudah setahun dua bulan dan dah pandai jalan terkedek-kedek.

Sekarang ni memang senang nak grip brader ni sebab dia kecik lagi. Tak tahu la nanti bila dah sama usia dengan Kakak iaitu hampir 5 tahun, mungkin kena mintak bantuan LSF, PORU atau FRU.

Bila semua dah makan ubat selsema, mulalah mengantuk dan menguap nguap. 

Semoga kami semua cepat sembuh.

Wednesday, November 20, 2013

Nasi Ganja

Minggu lepas saya balik Ipoh dan seorang rakan saya membawa saya pekena Nasi Ganja. Lokasi adalah di dalam Kedai Kopi cina di Jalan Yong Kalsum. Pada mulanya, saya tidak lah meletakkan harapan tinggi bahawa lidah dan tekak saya akan memberi two thumbs up pada rasa Nasi Ganja ini. Rakan saya bersungguh-sungguh mengatakan bahawa yang sedap ialah nasinya sendiri, bukan lauk.

Ketika saya sampai di kedai tersebut, orang ramai walaupun jam menunjukkan pukul 1500 hrs. Parking kereta agak sukar dan kami terpaksa parking di satu kawasan di belakang kedai. Senang cerita, anda tidak akan nampak kereta anda dari tempat anda makan. Ketika saya hendak keluar dari kereta, saya dihalang oleh seorang lelaki india. Dia berdiri betul-betul di pintu kereta saya. Berkali-kali saya menolak pintu kereta saya tetapi terhalang oleh lelaki india terbabit. Dengan perasaan geram campur lapar, saya jerit padanya suruh dia ketepi. Rupa-rupanya dia nak duit untuk makan. Saya cakap padanya 'Lu tunggu sini, nanti saya bawa nasi kasi lu makan lepas saya habis makan'. Bila saya balik ke kereta selepas makan, lelaki tersebut telah tiada.

Berbalik pada nasi ganja, saya order Teh Ais sementara rakan saya order Sirap. Katanya sirap disini sedap. Apabila nasi ganja saya sampai, ada lauk Ayam dan timun serta sambal seperti tempoyak tetapi rasanya sedap. Harga ialah RM 5.10 sepinggan. Setelah beberapa suapan, memang terasa kesedapannya tetapi tidak lah sampai ketagih. Saya ada dengar macam-macam kisah mengenai nasi ganja ini tetapi perkara tiada bukti sahih. Mungkin orang pelik dengan keadaan kedai sebegini mampu menarik ramai orang. Jika kedai tersebt ada aircond dan eksklusif dan pekerja semua cantik-cantik, saya rasa cerita sebegini tidak keluar. Apa-apa pun enjoy the meal dan saya tidak ketagih.

Nasi Ganja. Sepinggan RM 5.10. Makan hingga Licin.

Suasana dalam kedai Nasi Ganja di Jalan Yong Kalsom, Ipoh

Tuesday, November 19, 2013

Teknologi

Penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian sedikit sebanyak membantu saya untuk menjalankan tugasan tanpa terganggu. Antara teknologi yang kerap saya gunakan ialah aplikasi android iaitu Whatsapp. Perhubungan dengan rakan-rakan menjadi lebih mudah dan murah. Sebagai contoh, saya membeli insurans dengan rakan saya Zainul dimana urusan kami banyak menggunakan Whatsapp. Hanya 2 kali saya berjumpa dengan Zainul iaitu ketika menandatangani borang dan proses penyerahan polisi dan bayaran ezy pay.

Bercakap mengenai insurans, ramai yang approach saya menawarkan pelbagai jenis insurans tetapi saya memilih Zainul kerana di kawan lama saya di sekolah asrama penuh dahulu dan yang kedua dia boleh customize kehendak insurans saya dimana jumlah bayaran bulanan yang saya mampu. Kalau return tinggi tapi bulanan saya tak mampu pun tak guna juga. Lagipun Zainul adalah kawan saya yang memang saya selalu jumpa, ngeteh dan Whatsapp jadi walaupun pelaburan saya padanya adalah ciput tetapi interaction kami tidak putus. Apabila kami berjumpa, kami boleh menyembang hal-hal lain selain dari insurans. Saya ada mengambil satu lagi insurans dengan satu lagi syarikat juga dengan jumlah bayaran bulanan yang CIPUT tetapi return adalah cukup untuk cover keperluan saya. Apa yang berlaku ialah saya langsung tiada interaksi dengan ejen terbabit. Malah saya juga tidak ada sebab untuk berinteraksi dengan dia. Jadi, personal touch sudah hilang.


Ketika kali kedua hari ini Zainul berjumpa saya, dia terlupa pula memberitahu saya perlu fotokopi kad kredit saya untuk urusan Ezy Pay. Dengan teknologi, saya scan dan email salinan kad kredit saya yang telah dipalang dan ditutup nombor CVV belakang kad kepada Zainul Saya menggunakan HP 2060 dimana ianya murah, boleh scan, copy dan print black dan color dan yang penting Ink nya murah. Hanya RM 27 untuk satu katrij hitam dan RM 27 untuk katrij warna. Ye, saya masih boleh menjumpai kedai yang menjual katrij HP 2060 dengan harga RM 27.

Ketika saya ke Klang untuk membeli laser jet Samsung ML 2160 untuk diletakkan di bilik pejabat saya, penjual tersebut terkejut saya membeli katrij warna HP 2060 dengan harga RM 27 bulan lepas kerana di kedainya, harga katrij tersebut ialah RM 30. Mungkin dia menyangka kedainya adalah kedai paling murah di dunia.

Samsung ML 2160 saya beli kerana keperluan printing di pejabat lebih banyak, perlu lebih pantas dan hasilnya perlu lebih kualiti. Harga RM 199 sangat menarik perhatian saya mengenai printer laser jet ini dan ianya menggantikan HP Laser Jet yang telah saya gunakan since 2005. Dengan size yang kompak, printing speed juga cepat. Saya masih belum mencuba untuk print lebih dari 10 muka surat dalam satu masa, namun manufacturer claim bagi printer ini ialah 20 page per minute.

Harga toner compatible pula ialah RM 140, sedikit mahal berbanding compatible toner lain tetapi menurut Apple Toner iaitu syarikat tempat saya beli printer tersebut memberitahu bahawa compatible toner ini boleh print sebanyak 1500 pages. Original toner juga berharga RM 200 dan boleh memberikan output 1500 pages.

Buat yang mencari printer dan compatible toner tanpa perlu ke kedai (mereka boleh pos), boleh cuba layari laman web Apple Toner di www.tonersave.com.my . Saya telah ke kedai mereka di Bandar Botani, Klang dan mereka benar-benar wujud. Saya tidak mengatakan harga mereka paling murah di Malaysia tetapi antara yang termurah dalam survey saya.

Name Card kawan saya tempat saya membeli insurans dan melabur Public Mutual :)


Friday, November 15, 2013

Jatuh

Agak lama saya tidak post apa apa di sini. Post terakhir ialah mengenai pembelian HP Nokia Asha yang sehingga setakat ini saya gunakan sebagai second phone, tidak memberi apa apa masalah. Cuma sesuai dengan harga, maka processor dan RAM nya berada pada kelajuan yang minima atau ngam ngam soy. Cukup untuk Whatsapp, SMS dan Phone Call. Biasanya selepas connected to Unifi, terpaksa saya menunggu sedikit supaya semua text dalam Whatsapp saya loading.

Pada 19 Oktober 2013 bersamaan hari Sabtu merupakan satu hari dimana dalam keadaan tergesa-gesa hendak ke Kedah, ketika enjin kereta sudah dihidupkan dan semua keluarga saya sudah berada di dalam kereta, saya terjatuh tangga.

Ketika sedang menuruni tangga rumah jam 0555 hrs dalam keadaan lampu sudah ditutup, saya terlepas 2 anak tangga dan kaki kanan saya landing di lantai lalu terdengar bunyi Praak! pada ankle kanan saya. Berderau darah apabila mendengar bunyi seakan patah. Saya terduduk seketika dan perlahan-lahan saya cuba gerakkan kesemua jari kaki. Alhamdulillah jari-jari semua boleh bergerak walaupun perlahan. Masa ni, terasa panas di ankle kaki dan perlahan-lahan kesakitan terasa.

Saya cuba call Wife di dalam kereta untuk memaklumkan keadaan saya namun handphone dia off. Agaknya melihatkan saya terlalu lama di dalam rumah, wife saya keluar dari kereta dan menjenguk ke dalam rumah dan apabila melihat saya terbaring di tangga, dia sudah boleh menduga apa yang berlaku.

Wife kemudian mematikan enjin kenderaan dan membawa keluar anak-anak yang masih terpinga-pinga dengan perjalanan yang begitu 'sekejap'.

Trip ke Kedah terpaksa dibatalkan dan jam 0800 hrs saya dihantar ke klinik dimana doktor telah mendiagnose ligamen ankle saya koyak. 3 hari yang pertama memang memedihkan di mana selain memakan ubat doktor, tuaman air batu, pergerakan minima, penggunaan tongkat (saya masih simpan tongkat ketika otot betis kiri saya koyak akibat bermain badminton), saya juga terpaksa menahan kesakitan ketika tidur di malam hari.

Sehingga kini kaki saya masih belum pulih sepenuhnya walaupun sudah boleh berjalan dan memandu kereta namun pergerakan kaki agak tidak normal dan masih ada bengkak di kawasan ankle. Kadangkala pada malam hari ketika tidur akan terasa sedikit sakit, kalau dilanggar kawasan ankle memang meraung. Biasanya apabila bangun dari tidur akan terasa sakit.

Secebis kisah jatuh tangga, yang penting terus tuam dengan air batu. Saya bernasib baik jatuh di rumah.
 
Gambar 15 minit selepas jatuh.

Thursday, October 17, 2013

Asha 210

Isnin baru ni saya beli asha 210 as my second phone. Not much to be said except dengan harga yang rm 230, asha 210 ini berjaya menjalankan kerja kerja mengwhatsapp.
Cuma yang tak berapa sedap ialah dah tiga kali dia freeze sampai terpaksa cabut bateri. Kali pertama masa saya nak connect ke wifi tetapi sewaktu proses nak connect saya berubah fikiran dan tekan disconnect, terus asha freeze.
Kedua, selepas install whatsapp dan masukkan sim kad umobile dan microsd card. WAktu tengah guna whatsapp dia freeze.
Ketiga, jam 9 malam tadi. Selepas reload via internet oleh pekedai, dia freeze. Bila call boleh pulak ringing dan boleh pula terima sms tapi tak boleh nak buat apa apa sebab dia freeze. Terpaksa lagi cabut bateri.
What do you expect from a rm 230 phone from nokia? Note 3 performance?

Saturday, October 12, 2013

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir yang pertama pada budak ini. Hari ini jam 11.58 pagi dia dilahirkan ke dunia. Cepat masa berlalu

Monday, September 30, 2013

TM Unifi Email

Jika mengikut perkiraan pengumuman yang telah dihebahkan dalam laman web http://www.unifipromo.com/important-announcement-discontinuation-of-tm-e-mail-services/ dan di Unifi Portal, segala jenis email percuma yang diberi ketika langganan produk TM seperti streamyx dan unifi akan dihentikan. Malah pelanggan baru juga telah tidak diberi sebarang email percuma dari TM semenjak 30 May 2013 untuk Streamyx dan 6 Jun 2013 untuk Unifi.

Malah, ketika ingin login ke portal Unifi, ada pengumuman bertulisan merah seperti di bawah :-

Dear customer, please be informed that UniFi email service will be valid until September 2013. Please change your preferred email accordingly. 

Bermakna hari ini merupakan hari akhir bagi email Unifi. Saya memang ada email unifi dan saya selalu menggunakannya. Malah, email tersebut saya link kan ke email client saya di Samsung. Sebenarnya, my main objective was to use the Samsung Mobile email client with my workplace email tetapi email Jabatan saya tidak boleh diakses menggunakan client tersebut maka saya menggunakan email Unifi dan menjadikannya sebagai email rasmi saya selain dari email Jabatan. 

Amatlah malang apabila TM menamatkan riwayat email percuma mereka. Sebenarnya jika hendak dikatakan entirely free pun tidak juga kerana seseorang perlulah mempunyai akaun dengan TM, then only they can get the free email service. Jadi, email tersebut dikira sebagai salah satu servis kerana membayar perkhidmatan TM. I'm not sure if it can be called free email service.

Saya terpaksa kembali ke email percuma yang ada di internet untuk dijadikan email rasmi kedua saya. Sepatutnya TM mengekalkan perkhidmatan email mereka kerana ianya boleh menjadi VAS kepada pengguna TM. Sekurang-kurangnya email ini lebih diyakini kerana semua maklumat profil diri pemilik akaun email di simpan oleh TM. Sekurang-kurangnya penerima email akan lebih yakin dengan pengguna email TM.

Hopefully TM can here this shout here in bringing back their email service. 

 

Sunday, September 22, 2013

Kemalangan Jalan Raya

Dua insiden berlaku. Satu kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di rnr restoran jejantas sungai buloh sementara satu lagi membabitkan lori tangki chemical terbalik di km 288 arah selatan berhampiran exit bandar mahkota. Kedua-dua dihantar oleh saksi tempat kejadian kepada saya dan kejadian berlaku pada hari ni sekitar jam 2-5 petang.

Thursday, September 19, 2013

Dia naik basikal

Anak saya dengan basikal barunya. Murah je rm 150 beli di meru. Banyak barang murah di meru.

Wednesday, September 04, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Rasanya masih belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 pada semua namun tujuan utama saya menulis entri ini bukanlah semata-mata untuk ucapkan Selamat Hari Raya tetapi tentang apa yang saya lihat sejak dua menjak sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Sebelum ini pun saya terlintas untuk menulis mengenai suasana sambutan Hari Raya sejak beberapa tahun kebelakangan ini setelah saya membaca mengenai topik yang hampir sama di blog Syahrilkadir. Bagi saya, pemerhatian saya mengenai sambutan Hari Raya dan pemerhatian Syahril Kadir adalah hampir sama.

1. Walaupun tahun ini dilaporkan jalan raya tidak sesesak tahun lepas, namun saya masih tetap menerima rungutan rakan-rakan dari Utara yang terpaksa menempuh tempoh perjalanan yang lama, lebih lama dari biasa.

2. Gaya pemanduan. Saya dapati ada beberapa jenis golongan pemandu ketika Hari Raya ini. Pertama adalah golongan yang memang tinggal di kampung tetapi berlagak seolah-olah dia lah pemandu terhebat dan dari gaya yang ditunjuk, dia seolah-olah ingin membuktikan pada perantau dari luar bahawa di kampung tersebut masih ada lagi pemandu sehebat pelumba F1. Golongan kedua pula perantau yang pulang ke kampung dan ingin menunjukkan bahawa beliau yang telah merantau ini mempunyai skill pemanduan yang hebat, kereta ubahsuai yang hebat dan motif utama untuk menunjuk kepada orang-orang kampung bahawa mamat dari bandar telah pulang beraya. Golongan-golongan ini hanya 1% tetapi membahayakan 99% lagi pemandu berhemah di jalan raya.

3. Gadget. Seperti Syahril Kadir, saya juga melihat perkara yang sama. Tetamu yang datang semua membawa smartphone, tablet, phablet dan iPad. Kalau di kampung saya, ketika ibu bapa yang berumur 50 tahun ke atas sedang berbual, anak-anak yang berumur belasan hingga 20-an pula sibuk samada bermain game di gadget, berwhatsapp, wechat dan pelbagai apps lain. Kalau yang berumur 30 ke atas pula sambil berbual sesekali melihat ke smartphone masing-masing.

4. Power Bank. Tahun ini saya melihat peningkatan penggunaan power bank di kalangan tetamu di kampung saya.

5. Kamera. Tahun sebelum ini ramai tetamu di kampung saya menggunakan DSLR untuk mengambil gambar. Sebelum zaman DSLR masing-masing membawa compact digital camera. Tahun ini saya cuma lihat ada 2 sahaja DSLR digunakan. Selebihnya mengambil gambar menggunakan smartphone, edit menggunakan apps dan terus post ke FB atau group Whatsapp.

6. Kelab kereta. Saya perhatikan semakin ramai kereta-kereta perantau di kampung saya mempunyai stiker pengenalan kelab di cermin belakang.

7. Mercun. Di kampung saya, bunga api seperti hari Merdeka, sama yang Syahril Kadir perhatikan.

8. Pulang ke bandar, open house menjadi trend. Hari minggu kenderaan sesak menuju open house.



Friday, August 30, 2013

Bluetooth Untuk Aku

Macam tajuk lagu entri kali ini. Sebenarnya sekadar menceritakan kesukaran untuk transfer file dari device Samsung Smartphone ke Fujitsu notebook. Samsung menggunakan OS Jelly Bean 4.1.2 sementara Fujitsu menggunakan Windows 7.

Dimulakan dengan masalah pair pada kedua-dua device. Rupanya ada passcode key untuk salah satu pihak yang perlu dipatuhi oleh pihak yang lagi satu. Prosedur nya mudah. Pihak Fujitsu hendaklan klik Yes jika passcode key Samsung yang dipaparkan pada device Samsung adalah sama yang dilihat di Fujitsu.

Hati pun melonjak gembira apabila keduanya dah berpasangan dan berpacaran dengan harapan ianya berkekalan. Rupanya masih ada kekurangan yang gagal dilaksanakan iaitu Transfer File. Failure memanjang, Setelah di Google masalah ini, rupanya ia masalah sejagat. Penyelesaian ialah menggunakan aplikasi lain untuk transfer file.

Sementara masih di pejabat, solusi sementara ialah menggunakan kaedah azali iaitu kabel USB. Ingatkan baru nak POYO pada kawan-kawan transfer file tanpa kabel. Akan ku download applikasi transfer file over the air ini di rumah.

Saturday, August 24, 2013

Unifi vip10

Baru sahaja upgrade dengan bayaran rm169 sahaja sebulan for life. Memang laju.

Sunday, August 18, 2013

Roti canai

Roti canai melayu sedap dan lembut tapi lembab betul nak tunggu dia siap.

Thursday, August 08, 2013

Hdr hari raya

Hari raya mood in hdr. Selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Thursday, August 01, 2013

My Mobile Phone History.

This entry is actually from my English Blog but I decided to paste it over here because it has historical value to me. 

Perjalanan penggunaan mobile phone saya bermula dari tahun 1998 apabila menggunakan telefon Alcatel One Touch Easy dengan harga RM600++. Line pula ialah Maxis, considered the best GSM line ketika itu.

Alcatel One Touch Easy


Saya menggunakan Alcatel One Touch Easy bersama line Maxis sehinggalah saat saya ingin ke UK untuk melanjutkan pengajian. Di UK, saya menggunakan Ericsson PH337 dan menggunakan line Pay As You Talk (kalau disini dipanggil prepaid) Vodafone.
Ericsson PH337

Pulangnya saya dari UK pada tahun 2001, saya menggunakan handphone Nokia 3210 yang dianggap sangat canggih ketika itu kerana ia tiada antena, mempunyai calculator dan juga mempunya game Ular. Sangat lah hebat sehinggakan seorang rakan yang terlebih dahulu memilik handphone tersebut sanggup menjemput kami makan di rumahnya semata-mata untuk melaram dengan Nokia 3210 barunya. Saya tidak berapa ingat akan harganya tetapi saya rasa sekitar RM800-1k.

Handphone yang ada Game !! Nokia 3210




Tahun 2003, ketika saya sedang berjalan-jalan di Jusco Bukit Raja, saya terpandang satu handphone di kedai Mobile Shop. Kecil tetapi mempunyai ring tone yang sangat canggih waktu itu dipanggil polyphonic. Kagum dengan kekecilan handphone tersebut serta bunyi ringtone nya yang hebat, saya terpanggil membazir hampir 1k untuk membeli Panasonic GD 50. Menarik apabila handphone ini boleh surf internet menggunakan WAP. Tiada lagi 3G atau GPRS waktu itu. Web content pula sangat lah basic tetapi memadai. 

Ringtone yang canggih pada zamannya.

Penggunaan internet pada Panasonic GD 50 mengakibatkan handphone saya diserang virus. Simptomnya adalah ringing tiba-tiba dan bila dijawab tiada sesiapa di talian. Saya menghantar Pana ini ke Mobile Shop untuk proses pemulihan dan pemutihan namun simptom tersebut terjadi kembali. Nasib baik ketika itu 3210 saya masih dalam simpanan. Sambil-sambil dating dengan girlfriend saya (kini isteri saya) di Subang Parade pada tahun 2004, saya Trade In Pana ini dengan Samsung X430. Saya kurang pasti berapa harga yang dibazirkan waktu itu tetapi yang pasti ianya tidak lebih RM 800. Inilah handphone Flip pertama saya.
Flip dan lampu led dia boleh bertukar warna

Apabila saya mendengar kewujudan Sony Ericsson W550i pada tahun 2006, saya tertarik dengan kehebatan bunyi dan Mp3 yang boleh dimainkan oleh handphone ini. Lalu saya ke Carefour Subang Jaya bersama girlfriend saya (kini isteri saya) dan menyambar handphone ini dengan harga RM 900. Waktu ini lah baru saya tahu erti AP set dan handphone saya ini merupakan AP set. Ada kamera, MP3 dan boleh layan video 3GP. Tapi saya lebih tertarik dengan fungsi MP3 player dan bunyi audionya yang kuat.Handphone ini jugalah yang menyaksikan saya akhirnya abandon my Maxis 012  saya dan beralih ke Celcom kerana kawasan rumah sewa saya yang baru tiada perkhidmatan Maxis. Sayang kerana number Maxis itu telah saya gunakan dari tahun 1998 dan saya lost contact ramai kawan-kawan. 

Benda ini berbunyi kuat dan boleh memainkan MP3 dan 3GP.

Tahun 2008, saya bertukar ke Sony Ericsson K530i. Dan masih maintain line Celcom, saya tukar sim kad saya kepada sim kad 3G untuk menggunakan 3G pada handphone baru ini. Harganya Rm699. Kamera 2MP dan boleh buat video call 3G. Ada MP3, Bluetooth dan Radio selain kamera dan video call 3G. 
Pegang pun selesa
Seronok menggunakan handphone ini kerana apabila dipegang juga selesa di tangan. Fits just nice. Sehinggalah pada 24 November 2009, saya ke Subang Parade untuk beli aiskrim Baskin Robbin. Pada jam 1400 hrs ketika sibuk meletakkan aiskrim Jamoca Almond, saya terus memandu kereta saya untuk pulang ke pejabat sehinggalah apabila sampai ke Bukit Jelutong saya menyedari handphone saya tiada. Rupa-rupanya tertinggal di atas bumbung kereta. While driving, I prayed silently to God so that I could find my mobile. God answered my prayer, THANK GOD, after 10 minutes of searching, I found my mobile lying in the middle of the road totally smashed up by dozens of vehicles. Lost every single bit of data in it including phone numbers. Yes, I forgot to pray that the mobile be safe. My fault. 

Jahanam. Total Damage.
Nasib saya baik kerana pada bulan Ogos 2009 ketika ke Plaza Masalam untuk mencari handphone baru untuk wife saya, saya membeli handphone Nokia E71 (second hand) kerana tertarik dengan software Garmin GPS dan digunakan untuk second line saya serta sebagai GPS. Secara tak langsung, kini Nokia E71 diangkat menjadi Primary phone saya. 

Keypad yang sangat lembut

Ketika saya terlantar di hospital akibat demam denggi (entri di sini), saya banyak menghabiskan masa malam saya dengan browse internet melayan facebook dan mencari fakta atau auta. Agak susah browse menggunakan E71 kerana ianya bukan touchscreen dan skrin yang tidak berapa besar. Lagi pula kadang kala handphone ini mati dengan sendirinya kerana akibat beberapa kali jatuh, bateri sudah tidak berapa touch dengan connector. Akhirnya saya join the Android Madness dengan membeli Samsung Galaxy Ace dengan harga RM 899.

My first android madness
Pada mulanya, segalanya mencukupi untuk kegunaan saya. Lebih-lebih lagi ketika itu Market (nama lama Google Play) mempunya pelbagai apps percuma untuk diterokai. Namun apabila bermulanya kegilaan Whatsapp dan ramai rakan-rakan mula menggunakan Whatsapp, handphone ini mula menjadi lembab ditambah dengan pelbagai jenis apps yang saya gunakan. Akhirnya handphone ini dijual kepada seorang rakan dengan harga RM 350.

13 May 2012, saya dan seorang rakan sepejabat membeli sebuah Galaxy Tab 7.0 plus, sebuah Galaxy S2 dan rakan saya membeli Galaxy Note. Pada mulanya saya juga ingin membeli Galaxy Note kerana harga S2 dan Note di kedai terbabit iaitu di Subang Jaya hanya RM80 beza. Tetapi kerana memikirkan bahawa RM 80 itu besar nilainya (bersamaan seminggu makan di luar), maka saya batalkan hasrat murni saya untuk memiliki Note. Lagipun, apabila saya pegang Note dan letakkan di telinga, rasa seperti pegang pinggan makan. Tetapi memang saya akui Note mempunyai processor yang laju walaupun saya letakkan side by side dengan S2 tidak banyak perbezaannya. Lagipun oleh kerana badan saya sudah besar, maka device yang kecil saya cari untuk saya bawa kemana-mana, yang boleh dimasukkan dalam poket.
Maka, sah lah S2 menggantikan Ace saya dan Tab 7 plus pula hadiah hari lahir untuk isteri saya, (walaupun saya yang lebih banyak gunakan Tab tersebut ketika di rumah). Untuk mengurangkan risiko tab 7 plus itu menjadi seperti hak milik saya yang saya bawa kemana-mana untuk tujuan kerja atau melaram, saya pakaikan Tab 7 plus tersebut dengan baju warna pink. Nasib baik takde aksesori bunga kalau tak dah lama saya letak.

Lancar browse Internet, call, kamera pun cantik

July 11 2013 saya ke kedai Samsung Setia Alam City Mall untuk membeli Samsung Galaxy Note II. Samsung S2 saya beri pada isteri saya untuk dia gunakan. Sebab utama ialah Galaxy Note II merupakan smartphone yang mempunyai ketahanan bateri. Sila rujuk entri di sini untuk kisah Samsung Galaxy Note II. Rabak duit aku derr...

Laju, praktikal untuk kerja dan bateri tahan lama
Jika ditanya dalam banyak-banyak handphone lama-lama yang saya teringin untuk guna kembali jika diberi kesempatan, saya inginkan kembali Nokia E71 kerana keypad QWERTY yang lembut serta mudah untuk menaip SMS. Note II saya boleh digunakan khas untuk mobile internet sahaja.

p/s : Sorry for the typo. Entri ditulis saat mengantuk pada jam 0355 hrs.

Monday, July 29, 2013

Fakta Menarik Dunia Mobile Phone 2012

Antara fakta menarik dipetik dari majalah Mobile World Julai 2013.

1. Terdapat 6.8 billion pelanggan talian telefon bimbit di seluruh dunia dan rantau Asia dan Asia Pasifik sahaja mempunyai 3.547 billion pengguna.

2. Pasaran terbesar mobile phone ialah di China (1.155 billion pelanggan talian bimbit) diikuti India (700 juta pelanggan) dan USA (320 juta pelanggan). Indonesia di tempat keempat dengan 260 juta pelanggan.

3. Android menguasai 68.8% operating system telefon bimbit diikuti oleh iOS sebanyak 18.8%.

4. 1.2 billion manusia melayari internet menggunakan mobile devices.

5. Samsung menguasai pasaran telefon bimbit dengan 30.3% diikuti Apple sebanyak 19.1%.


Sunday, July 28, 2013

Pengalaman Demam Denggi

Entri dibawah merupakan entri lama di blog lama saya iaitu entri pada Jun 2011. Peristiwa tersebut adalah satu sejarah dalam hidup saya kerana itulah kali pertama saya dimasukkan ke hospital. 


Saturday, July 27, 2013

Kelahiran Anak Sulung Saya


Ini adalah entri di blog lama saya. Tarikh entri ialah pada 11 Mei 2009. Anak sulung saya kini berusia empat tahun. Gambar atas tu gambar dia. Dah pandai tanya saya, 'Daddy..kita tak pegi ke?' Maknanya dia ajak saya keluar la tu. Bila saya tanya balik 'Kakak nak pegi mana?' Dia jawab pulak, ' Pegi Giant ke, Jaya Grocer ke'. Terkesima sekejap saya. Hehehe...

Dibawah ini adalah entri pada 11 Mei 2009. How historical the event was to us.



Thursday, July 25, 2013

My Astro History



This entry was published previously in my English Blog. I decided to paste back the content as it has historical value in my life.


Wednesday, July 24, 2013

Majalah



Saya gemar membaca dan majalah merupakan salah satu bahan kegemaran saya. Setiap bulan saya akan membeli majalah-majalah sebagai santapan minda. Berikut merupakan majalah-majalah yang saya beli iaitu :-

Saturday, July 20, 2013

Updated Jelly Bean

Finally had finished updating my wife's galaxy s2 GT I9100 from ICS to Jelly Bean. Sekarang all devices in our home are running 4.1.2 termasuk 7.0 plus dan Note 2. Hanya ipad, Blackberry and our nokia's je yg lain.
It was 71% battery at the start of the ota update and 56% after it finishes all the process. Update was done using unifi wifi. Overall smooth process. Semalam saya receive another update for note 2 but i think it was a minor one as no difference were seen.

Wednesday, July 17, 2013

Buku

Kawasan buku-buku berkaitan research di library di office saya.
Alhamdulillah, library hanya sepelaung jaraknya. Antara rajin dan malas sahaja yang membezakan.

Monday, July 15, 2013

Jelly Bean For My Tab

Finally my tab dah diupgrade ke jelly bean hasil usaha sendiri berbekalkan unifi. Tu pun selepas kena bebel pada entri sebelum ini.

Sunday, July 14, 2013

Upgrading samsung

Saya dalam proses untuk upgrade samsung tab 7 plus saya ke android jelly bean. Agak pelik kerana setelah selesai download firmware dan setelah 50% firmware di install di tab saya, win 7 saya akan display message failure to recognize device. Nasib baik juga saya masih dapat reboot kembali ke original firmware.
Paling pelik ialah kerana ini adalah device malaysia region with samsung malaysia warranty. Sebelum ini samsung s2 saya yang merupakan ap set dari region uk tidak mempunyai sebarang masalah pun ketika diugrade.

Friday, July 12, 2013

Device Finalized

Saya sebelum ini mempertimbangkan untuk menukar Celcom saya kepada Maxis atas beberapa sebab. Yang pertama ialah saya merasakan Celcom tidak menghargai pelanggan setianya dan kedua ialah saya cuba untuk memanjangkan kontrak dan menukar pelan Celcom saya untuk membeli device dengan lebih murah namun saya perlu mendapatkan talian baru Celcom. Lebih sedih, nombor Celcom saya sekarang ini tidak boleh lagi digunakan kerana saya perlu mengambil nombor baru. Jika saya bertukar ke Maxis, bukan sahaja saya boleh membeli device dengan lebih murah malah saya boleh mengekalkan number telefon saya.

Blogger Official Apps

Saya baru sahaja download blogger official apps untuk digunakan di note2 saya. Ini adalah cubaan pertama memblogging menggunakan apps tersebut.

Thursday, July 11, 2013

Berdiri dalam bilik


Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, July 05, 2013

Astro IPTV dan Unifi



Siang tadi, saya mendapat panggilan dari Astro yang menawarkan their latest service which is Astro IPTV dimana saya difahamkan Astro saya akan berfungsi menggunakan fibre optic dan internet saya akan mempunyai kelajuan lebih dari Unifi saya. 


Friday, June 28, 2013

Program Ceramah Pengukuhan Pengurusan Rekod Perubatan


Pada 12 Jun 2013 bersamaan hari Rabu yang lalu, saya telah menghadiri satu program yang menarik, dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana. Program ini yang bertajuk Persediaan Menghadapi Bencana di Hospital Awam di Malaysia merupakan satu topik yang menarik. 

Thursday, June 13, 2013

Sen Heng Experience




Sen Heng merupakan antara syarikat elektronik terbesar di Malaysia, merupakan pilihan saya sejak dahulu lagi dalam membeli barangan elektrik.Ada yang bertanya kenapa saya sering memilih Sen Heng, satu soalan yang sukar saya jawab. Mungkin kerana saya merasakan ia mempunyai after sales service yang boleh diharapkan. Antara barangan elektrik yang pernah saya beli di Sen Heng ialah TV, Home Theater, Peti Ais, Microwave, Oven, Electric Shaver, Hair Dryer dan yang terkini ialah Food Processor dan Blender. Kebetulan pula ketika ingin mencari Food Processor, Blender saya pula rosak. Alang-alang kedua-duanya sekali saya sambar, tersenyum lebar suri hati saya.

Pada asalnya, di Sen Heng seksyen 7 Shah Alam, tujuan saya hanya untuk membeli blender. Kemudian isteri saya ingin pula mencari blender yang boleh kisar air batu. Bila dah jumpa pula, bekas pengisar tersebut hanya satu sahaja yang diberi dan size pengisar pula tidak standard dengan bekas pengisar yang dijual di kedai. Akhirnya tumpuan beralih pada Panasonic Food Processor dan blender biasa. Maknanya dua item dibeli di Sen Heng.

Tiba-tiba teringat pula Oven Pensonic yang dibeli bulan November lepas di Sen Heng. Oven tersebut mengalami kerosakan tombol. Dan oleh kerana saya pernah membeli extended warranty replacement one to one, saya pun bertanya pada Sales Assistant di situ samada boleh atau tidak dibuat penukaran. Jawapannya BOLEH.

Malam itu juga saya kembali ke Sen Heng Seksyen 7 membawa oven saya yang rosak tombolnya. Oven tersebut diganti dengan oven baru dan saya pula perlu membayar RM21 kerana oven tersebut sebelum ini saya beli dengan harga promosi. Yang manisnya, replacement warranty saya ditambah lagi setahun. Bermakna dalam masa setahun dari hari ini, jika berlaku sebarang kerosakan, maka saya boleh lah replace one to one sekali lagi. Dibawah ialah rupa oven baru setelah direplace one to one. Thumbs up for good customer service, Sen Heng. Oh ya..hati tak keruan teringatkan home theater yang baru dilihat di Sen Heng..hehehe.